Friday, January 14, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PLN - BADMINTON

Tarikh : 10 Januari 2011 [Isnin]
Masa : 7.00 malam hingga 9.40 malam
Tempat : Dewan Badminton Persatuan Pulau Pinang Bukit Dumbar, Penang.

Pemantauan hari pertama kejohanan yang di bawah.

Kejohanan : Kejohanan Badminton Perseorangan Bawah 12, 14, 16 dan 18 tahun
Tarikh : 10 - 18 Januari 2011
Tempat : Dewan Badminton Persatuan Pulau Pinang Bukit Dumbar, Penang.
Masa : 7.00 malam hingga 9.00 malam
Anjuran : Persatuan Badminton Negeri Pulau Pinang

Hanya atlet bawah 12 dan 14 tahun lelaki sahaja yang dipertandingkan pada hari pertama.

Dua katergori dipertandingkan di kejohanan ini iaitu Peseorangan dan Bergu (Lelaki dan Wanita).

Kejohanan tersebut diatas hanya untuk sekolah-sekolah di negeri Pulau Pinang sahaja (Kawasan Pulau dan Seberang Perai) yang dibiayai oleh Persatuan Negeri.

Kelihatan JSM Loh Bok Seang, Tony Tan Gim Him dan Choong Kah Tzun hadir dan kesemuanya bertanya bilakah surat perlantikan yang baru akan diterima.

PPN : Memaklumkan akan diberitahu apabila telah menerima keputusan dari pihak pusat (MSNM).


Tujuan Kejohanan :

1. Untuk membuat pemilihan atlet Pelapis Negeri yang layak ke Kejohanan Badminton Remaja 100plus Zon A (Peringkat Pertama) yang dijangka akan di adakan pada 2 - 5 Mar 2011 di Negeri Kedah.

2. Program TID bagi tahun 2011, mencari bakat baru yang berpotensi untuk di serapkan kedalam Program Pembangunan Negeri dan Program Pelapis Negeri.


Angaran atlet yang mengambil bahagian :

Bawah 12 tahun Lelaki = 58 orang (12 orang dari Pelapis Negeri)
Bawah 12 tahun Wanita = 18 orang (6 orang dari Pelapis Negeri)

Bawah 14 tahun Lelaki = 55 orang (14 orang dari Pelapis Negeri)
Bawah 14 tahun Wanita = 10 orang (8 orang dari Pelapis Negeri)

Bawah 16 tahun Lelaki = 49 orang (6 orang dari Pelapis Negeri)
Bawah 16 tahun Wanita = 14 orang (9 orang dari Pelapis Negeri)

Bawah 18 tahun Lelaki = 24 orang (3 orang dari Pelapis Negeri)
Bawah 18 tahun Wanita = 10 orang (6 orang dari Pelapis Negeri)


Sekian dimaklumkan, terima kasih.

FATIMAH BINTI JAMIL












0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved