Thursday, December 8, 2011

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW BWH 21 TAHUN PSM

Tarikh : 2 Hingga 4 Disember 2011
Tempat : Gelanggang Sepaktakraw Kompleks Belia dan Sukan P. Pinang

Pada 2 Disember 2011 jam 8.30 pagi kejohananan ini bermula. Kejohanan ini diadakan secara liga dan peringkat kalah mati dipusingan ke dua. Untuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia Cawangan Pulau Pinang telah menaja Pasukan Pulau Pinang.

Seramai 12 orang atlet pelapis telah menyertai kejohanan ini. Pasukan Pulau Pinang dan GPMS bergambung dan 5 regu telah menyertai kejohanan ini.
Pada 3 Disember 2011 peringkat suku akhir telah berlangsung dan hanya 2 regu dari Pulau Pinang yang layak untuk meneruskan saingan ke peringkat seterusnya.

Pada 4 Disember 2011 peringkat separuh akhir telah berlangsung dan 1 Pulau Pinang regu layak ke separuh akhir menewaskan regu Banting dengan mata 3-0 dan layak ke perlawanan akhir bertemu MSN Negeri Sembilan C.
Pada perlawanan akhir regu Pulau Pinang telah berjaya menewaskan regu MSN Negeri Sembilan C dengan mata 3-0.

Ahmad Firdaus Yusoff



















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved