Wednesday, August 25, 2010

PEMANTAUAN SDO - PLN MEMANAH

Tarikh Lawatan : 19hb Ogos 2010 (Khamis)
Tempat Lawatan : PLN Memanah Batu Uban, Pulau Pinang
Masa Lawatan : 5.40 petang sehingga 6.30 petang
Ketika lawatan diadakan, hanya terdapat 6 atlet yang berlatih di bawah latihan JPM Jaffery Low pada waktu itu. Dimaklumkan oleh Jurulatih, ketika bulan puasa peratus kehadiran atlet yang hadir adalah kurang dari bulan2 sebelumnya. Latihan yang diadakan adalah free shoot. Terdapat 3 atlet baru (recurve) sedang menjalani latihan free shot untuk jarak 30m dan 3 atlet lagi sedang menjalani latihan jarak 50m. Jurulatih memaklumkan dan memohon untuk diadakan satu latihan pusat sebelum ke Karnival Pelapis Sirkit 02/2010 di Negeri Sembilan. Cadangan itu akan dipertimbangkan dan akan dimaklumkan kepada pihak MSNegara dan MSNegeri.
Semasa lawatan, Pegawai Psikologi Pusat Satelit Pulau Pinang Cik Nur Diana juga ada hadir sama bagi melihat perkembangan atlet ketika latihan di bulan puasa. Difahamkan, PLN tersebut perlu dipindahkan di kawasan berhampiran kerana kawasan asal akan dibangunkan. Pihak saya masih didalam perbincangan bersama pihak JBS Pulau Pinang untuk menempatkan PLN Memanah dikawasan yang sesuai dan cuba untuk mengekalkan Padang Kompleks Belia & Sukan (KOMBES) Pulau Pinang di Batu Uban sebagai pusat latihan. Ada beberapa kawasan yang tidak digunakan tetapi saya perlu berbincang lagi dan mengambil faktor jarak padang dan kedudukan matahari. Sehingga kini, atlet masih berlatih di KOMBES Batu Uban sehingga diberitahu kelak.
Semasa pemantauan, saya mengambil kesempatan bertemu dengan JPM dan memaklukan pihak MSNegeri Pulau Pinang akan menubuhkan Majlis Sukan Daerah bagi membantu program pembangunan sukan di daerah dan dua daerah telah bersetuju untuk membantu didalam sukan memanah iaitu Daerah Barat Daya dan Daerah Seberang Perai Selatan. Pihak Pelapis akan membantu didalam menjayakan program sebegini bagi mendapatkan lebih ramai atlet terutama didalam sukan memanah.Sekian serba sedikit laporan semasa pemantauan diadakan. TQ
--
Shasha Tarmuzi



















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved