Wednesday, August 18, 2010

PEMANTAUAN SDO KE PLN TINJU

Tarikh : 16 Ogos 2010
Masa : 4.45 petang hingga 6.30 petang
Tempat : Kompleks Sukan Titi Mukim, Seberang Prai Utara, Butterworth, Pulau Pinang.

Jumlah atlet : 13 orang
Hadir : 6 orang

Perjumpaan bersama JSM Zainuddin untuk menyerahkan cek elaun bagi bulan Februari hingga Jun 2010 yang baru diterima dan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak USPTN.

Sepanjang pemantauan, mendapati atlet menjalani latihan dengan penuh semangat walaupun di bulan puasa. Mereka yang hadir merupakan bakal atlet yang akan di bawa ke Kejohanan Karnival Pelapis Negeri yang akan berlangsung dalam bulan Oktober 2010.

Memeriksa peralatan latihan dan mendapati Gloves yang sediada hanya 10 oz dan 12 oz sahaja. JSM Zainuddin memohon untuk mendapatkan Gloves 14 oz sebanyak 4 pasang dan 16 oz 2 pasang untuk tujuan latihan.

Tindakan yang diambil :

17 Ogos 2010 telah berbincang dengan Penyelaras Sukan MSNPP dan PSN untuk medapatkan Gloves bagi 14 oz sebanyak 4 pasang dan 16 oz sebanyak 2 pasang bagi tujuan latihan.

Diakhir sesi latihan, telah berjumpa dengan atlet dan memberikan kata-kata semangat untuk meneruskan latihan. Bercadang untuk bertemu keluarga atlet selepas hari raya dan meminta JSM Zainuddin memaklumkan kepada atlet yang lain dan menetapkan hari perjumpaan.

Sebelum meninggalkan pusat latihan, telah meluangkan masa untuk melihat atlet angkat berat dan JSM Jamil yang sedang menjalani latihan di sebelahan pusat latihan tinju.

Bersama-sama ini dilampirkan beberapa keping gambar yang sempat di ambil. Sekian dimaklumkan, terima kasih.
--
Fatimah Jamil
Pegawai Pembangunan Negeri (SDO)























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved