Saturday, June 12, 2010

SUKMA 2010 - SEKITAR PEMANTAUAN PERTANDINGAN SUKAN LAWAN PEDANG & SEPAKTAKRAW

Ayer Keroh, Melaka
11 Jun 2010

Pemantauan di venue sukan Lawan Pedang dan Sepaktakraw telah dijalankan semalam. Di venue Lawan Pedang, tiada Pingat yang dimenangi oleh atlet Pulau Pinang. Atlet-atlet hanya mampu layak hingga ke peringkat Suku Akhir sahaja sebelum tewas kepada lawan masing-masing. Walaubagaimanapun, pemburan pingat akan diteruskan ..






Seterusnya, pemantauan ke MITC diteruskan dimana pasukan Sepaktakraw Pulau Pinang menentang pasukan Kelantan. Pasukan Pulau Pinang menang 2-1.
Regu A
1. Mohd Fazil Asri
2. Muhd Redzuan Zainol Abidin
3. Muhd Anuar Samsudin
(Menang 24-22 & 21-19)
Regu B
1. Azwari
2. Mohd Alif
3. Mohd Hafiz
(Menang 23-21 & 21-19)
Regu C
1. Ibrahim Yusof
2. Mohd Adli Bakar
3. Amri Majid
(Tewas 21-12, 18-21 & 15-10)

Tahniah diucapkan .. Esok (12 Jun) jam 9.00 pagi Pasukan Pulau Pinang akan turun menentang Pasukan Negeri Kedah Darul Aman..




Seterusnya pada jam 11.00 malam, satu mesyuarat bersama Pengarah MSNegeri dan urusetia-urusetia pasukan telah diadakan di Ayer Keroh Country Resort.












0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved