Monday, April 23, 2018

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK REMAJA KEBANGSAAN SIRI 1/2018

Tarikh : 21 April 2018 (Sabtu)
Tempat : Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Kejohanan Gimnastik Artistik Remaja Kebangsaan Siri 1/2018 telah memasuki hari kedua kejohanan.

Pada hari kedua kejohanan, pasukan dari Negeri Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam 2 kategori iaitu Class 2 & Class 3. Latihan rasmi dijalankan pada jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi. Pertandingan bermula jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Sesi penyampaian hadiah berakhir jam 4.00 petang

Berikut merupakan keputusan rasmi pada hari kedua kejohanan bagi atlet-atlet dari pasukan Negeri Pulau Pinang :-

Kategori : Class 2

Wilson Yeoh Wei Sin
Individual All Around Final - Perak (2/43)
Floor Exercise - 13.667 (10/43)
Pommel Horse - Perak (2/43)
Rings - 13.233 (4/41)
Vault - Gangsa (3/43)
Parallel Bars - 13.367 (4/43)
Horizontal Bars - Emas

Kategori : Class 3

Soon Khye Ze
Individual All Around Final - 76.717 (14/28)
Floor Exercise - 12.900 (20/26)
Pommel Horse - 13.750 (11/26)
Rings - 12.300 (13/27)
Vault - 13.767 (18/27)
Parallel Bars - 11.467 (23/27)
Horizontal Bars - 12.533 (10/27)

Yap Zi Yi
Individual All Around Final - 72.700 (20/28)
Floor Exercise - 13.233 (15/36)
Pommel Horse - 13.400 (20/26)
Rings - 10.000 (25/27)
Vault - 14.100 (13/27)
Parallel Bars - 12.000 (20/27)
Horizontal Bars - 9.967 (23/27)

Pasukan Pelapis Pulau Pinang berjaya membawa pulang 1 Emas 2 Perak dan 1 Gangsa bagi kategori Class 2. Sekian sahaja laporan pada hari kedua Kejohanan Gimnastik Artistik Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 1/2018.


Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK REMAJA KEBANGSAAN SIRI 1/2018

Tarikh : 20 April 2018 (Jumaat)
Tempat : Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Gimnastik Artistik Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 1/2018 pada 20 hingga 22 April 2018 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimnastik Artistik dijalankan pada 20 April 2018 bermula jam 6.00 petang dan pertandingan akan bermula pada keesokan hari. Atlet pelapis Gimnastik Artistik Pulau Pinang pada kejohanan kali ini hanya menghantar pasukan lelaki kerana pasukan wanita sudah melepasi level 5 dan bagi atlet baru masih belum bersedia ke kejohanan.

Sebanyak 14 negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Melaka, Selangor, Pahang, Kelantan, Sarawak, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Terengganu

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian bagi class 1,2 dan 3. Pendaftaran telah dilakukan seramai 9 orang gimnas. Kejohanan kali ini memberi pengalaman yang baru bagi jurulatih separuh masa USPTNPP yang baru sahaja dilantik pada Mac lalu iaitu Encik Rico Tan Teik Jin yang membawa gimnas ke pertandingan buat pertama kali.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TENPIN BOLING

Tarikh : 19 April 2018 (Khamis)
Masa : 4.00 ptg - 7.00 ptg
Tempat : Mega Bowling Centre, Seberang Perai

KEHADIRAN
1. Nooriani Bt Abdul Rahman - JSM
2. Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 14 orang

LATIHAN

1. Warm Up & Streching
2. Bowler sparring practice record
3. Cooling Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Sarawak International Open Tenpin Bowling Championships 2018 yang akan berlangsung pada 25 hingga 28 April 2018 di Megalanes Sarawak, Kuching
2. Kejohanan Piala Remaja MILO Ranking Master - 2nd Leg 2018 yang akan berlangsung pada 5 Mei 2018 di Megamall Bowling Centre Seberang Prai

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Hak milik pensendirian.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual jurulatih yang ditetapkan.
2. Jurulatih memaklumkan terdapat beberapa perubahan tarikh bagi kejohanan sportexcel 
3. Pada kejohanan sportexcel 2nd leg di Terengganu yang lepas pasukan pelapis Pulau Pinang berjaya membawa pulang 1 emas. 
4. Bagi atlet yang tidak memberi komitmen dalam menjalani latihan dan sebagainya telah digugurkan oleh jurulatih. 

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat 

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN BERBASIKAL

Tarikh : 19 April 2018 (Khamis)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat  : Gimnasium Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang 

KEHADIRAN
1. Fazli Hisam Mohd Zainol Abidin (PPN)
2. Misheelan a/l Ganesan (JPM MSNPP)
3. Atlit Pelapis (3 lelaki)

LATIHAN
1. Latihan suaian fizikal mengikut plan program yang telah ditetapkan oleh ISNPP

UJIAN
1. 1 RM Test

PERTANDINGAN
1.Tiada

KECEDERAAN
1. Chan Jie Ming  yang terlibat kemalangan ketika latihan masih berehat sehingga dibenarkan semula untuk menyertai latihan. Beliau kini terlibat dalam proses pemulihan

PERALATAN
1. Pihak Persatuan akan memohon pembelian “Seat “melalui peruntukan pembelian peralatan kecil. 

PROGRAM BINAAN
1. Ujian Kecergasan Bil 1/2018 akan dijalankan pada 21 April 2018.

ULASAN RINGKAS  
1. Latihan berjalan seperti biasa mengikut perancangan.
2. Atlet dibawah program Pelapis yang disnarai pendek ke SUKMA 2018 menjalani UJjian 1 RM kendalian ISNPP
3. Atlet yang tidak terlibat , menjalani latihan road & roller
4. Secara keseluruhan semua berjalan dengan baik.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Thursday, April 19, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SKUASY

Tarikh : 18 April 2018 (Rabu)
Masa : 3.30 pm hingga 5.30 pm
Tempat  : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar.

KEHADIRAN
1. Muhammad Ammar  (JSM)
2. Khoo Teng Hin (JPM USPTNPP)
3. Aaron Soyza (JPM MSNPP)
4. Fazli Hisam Mohd Zainol Abidin - PPN

ATLET
1. 113 Orang

LATIHAN
Tiada

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Bil 1/2018 akan dijalankan pada bulan Mei.

PERTANDINGAN
1. Kejohanan SAP Challenges sedang berlansung bermula 16 hingga 20 April 2018.

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. Kehadiran atlet memberangsangkan pada hari ini berikutan berlansungnya kejohanan SAP Challenge 2/2018.
2. Penyertaan seramai 113 atlet akedemi squash penang melibatkan beberapa kategori umur.
3. JKK Bilangan 1/2018 akan dijalankan pada bulan Mei berikutan tarikh yang ditetapkan bertindih dengan kejohanan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Fazli Hisam Mohd Zainol Abidin

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved