Saturday, September 21, 2013

LAPORAN HARI PERTAMA & KEDUA KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN, SIRKIT 01/2013

 Tarikh : 19 September 2013 (Khamis) dan 20 September 2013 (Jumaat)
Masa : 9.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang
Acara : 10M Air Pistol - Lelaki (Individu) dan 10M Air Pistol - Wanita (Individu)
Acara : 10M Air Rifle - Wanita (Individu) dan 10M Air Rifle - Lelaki (Individu)

Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun, Sirkit 01/2013 pada hari pertama 19 September 2013 bermula pada pukul 9.50 pagi dan acara bermula agak lewat kerana terdapat beberapa masalah teknikal. Pada hari kedua kejohanan pasukan dari negeri Johor telah berjaya merangkul dua (2) pingat bagi Acara 10M Air Pistol - Lelaki dan satu (1) pingat bagi 10M Air Pistol - Wanita.

Pasukan dari negeri Pulau Pinang juga tidak ketinggalan apabila Cheryll Anne Augustine telah menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila telah berjaya merangkul pingat emas bagi Acara 10M Air Pistol - Wanita dan mengumpul mata sebanyak 352.

Pada hari kedua 20 September 2013 bermula dengan acara 10M Air Rifle - Wanita dan 10M Air Rifle - Lelaki. Pada hari kedua acara bermula dengan lancar dan mengikut masa seperti di dalam jadual kejohanan. Kejohanan pada hari kedua juga pasukan dari negeri Johor berjaya merangkul satu (1) pingat bagi setiap acara yang dipertandingkan pada hari tersebut.

Berikut merupakan keputusan penuh bagi acara-acara yang dipertandingkan pada hari pertama dan kedua Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun, Sirkit 01/2013 :-

Tarikh : 19 September 2013 (Khamis)

Acara   : 10M Air Pistol - Lelaki (Individu)
Emas    : Hazeq Haqeem Bin R Azmi (Johor) - 537 Mata
Perak    : Andy Er Zhen Wei (Johor) - 536 Mata
Gangsa : Syaidiq Hanif Bin June Hassen (Pahang) - 535 Mata

Acara   : 10M Air Pistol - Wanita (Individu)
Emas    : Cheryll Anne Augustine (Pulau Pinang) - 352 Mata
Perak    : Yvonne Ong (Johor) - 349 Mata
Gangsa : Nur Balqis Zailan (WP Kuala Lumpur) - 345 Mata

Tarikh : 20 September 2013 (Jumaat)

Acara   : 10M Air Rifle - Wanita (Individu)
Emas    : Nur Ain Binti Kamari (Johor) - 387 Mata
Perak    : Siti Noorzaimira Binti Mohd Zaini (N.Sembilan) - 381 Mata
Gangsa : Nur Izazi Binti Rosli (WP Kuala Lumpur) - 378 Mata

Acara   : 10M Air Rifle - Lelaki (Individu)
Emas    : Iqbal Hazim Bin Nordin (Johor) - 568 Mata
Perak    : Muhd Afiq Fakhri Azman (Selangor) - 560 Mata
Gangsa : Muhammad Nabil Bin Mashudi (Terengganu) - 558 Mata

Sekalung ucapan tahniah kepada semua pemenang yang telah bersungguh-sungguh menunjukkan prestasi yang cemerlang dan kepada yang tewas jangan berputus asa. Pada hari keempat kejohanan 21 September 2013, acara yang akan dipertandingkan ialah Acara 10M Air Pistol - Wanita (Pasukan) dan Acara 10M Air Pistol - Lelaki (Pasukan). Sekian sahaja laporan pada hari pertama dan kedua Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun, Sirkit 01/2013.

Sekian,Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

Thursday, September 19, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 18 September 2013 (Rabu)
Masa : 7.00 malam hingga 10.00 malam.
Tempat : Akademi Gimnastik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Zhang Jin Quan – JLN (Majlis Sukan Negeri)


Atlet
1. Pelapis - Lelaki 6 Orang

Latihan
1. Latihan Fizikal
2. Latihan Senam Lantai
3. Latihan Palang Sejajar

Ujian
1. Tiada

Pertandingan 1. Kejohanan Gimnastik Artistik SportExcel 2013 akan diadakan pada 15-16 November 2013 bertempat di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

2. Kejohanan Gimnastik Artistik Kebangsaan 2013 akan diadakan pada 16-17 November 2013 bertempat di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Kecederaan
1. Tiada

Peralatan
1. Kebanyakan peralatan koyak, berkarat dan rosak seperti :
      i. Trampoline – Jaring sudah koyak
      ii. Pommel Horse – Tempat pemegang sudah patah
      iii. Palang Sejajar – Berkarat dan tidak dapat diselaraskan lagi
      iv. Mattress – Koyak dan berlubang

Program Binaan
1. Tiada

Ulasan Ringkas

1. Atlet sangat berdisiplin dan berlatih dengan bersungguh-sungguh.
2. Jurulatih Foong Kok Seng menghadiri Bengkel Penyelarasan Program Latihan Sukan Gimnastik-Artistik MSN/KPM/MGF pada 19 September 2013 bertempat di Bilik Dahlia, Majlis Sukan Negara Malaysia dan beliau bertolak dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur pada 18 September 2013.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

Wednesday, September 18, 2013

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN, SIRKIT 01/2013

Tarikh : 18 September 2013 (Rabu)
Masa : 5.00 Petang
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia dan Kelab Menembak Pulau Pinang telah mengadakan Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun Sirkit 01/2013 bermula 18 September 2013 sehingga 22 September 2013 di Kelab Menembak Pulau Pinang.

Kejohanan ini juga merupakan sebagai salah satu langkah kesinambungan program pembangunan menembak bagi menilai prestasi setiap atlet remaja di bawah Program Pelapis Unit Sukan Prestasi Negeri masing-masing.

Sebanyak 11 negeri telah mengambil bahagian iaitu Perak, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor, Sarawak, Sabah dan juga termasuk negeri tuan rumah iaitu Pulau Pinang. Jumlah atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini ialah sebanyak 47 orang atlet lelaki dan 52 orang atlet wanita.

Sesi pendaftaran dan pemeriksaan peralatan telah dijalankan. Atlet juga telah membuat latihan rasmi menembak sebagai persediaan kejohanan. Taklimat dan mesyuarat pengurus pasukan berlangsung sekitar jam 5.30 petang.

Sebanyak 4 acara yang dipertandingkan iaitu 10M Air Pistol-Men, 10M Air Pistol-Woman, 10M Air Rifle-Men dan 10M Air Rifle-Woman. Setiap atlet perlu membuat tembakan sebanyak dua (2) kali iaitu bagi acara individu dan berpasukan. Sesi penyampaian hadiah akan diadakan pada 21 September 2013 dan 22 September 2013. Hadiah pemenang akan disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sukan Negara (MSN) Dato' Abdul Jalil Bin Abdullah.

Diharap atlet-atlet daripada pasukan Pulau Pinang dapat mempersembahkan prestasi yang terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

Tuesday, September 17, 2013

KEJOHANAN SKUASY PENANG JUNIOR CLOSED 2013

Tempat : Nicol David International Squash Centre (NDISC), Bukit Dumbar
Tarikh : 14 - 16 September 2013
Masa : 9.30 pagi – 5.00 petang

Pada 14 hingga 16 September 2013 telah berlangsung Kejohanan Skuasy Penang Junior Closed 2013 di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar, Pulau Pinang. Kejohanan ini hanya terbuka kepada pemain-pemain remaja di seluruh negeri Pulau Pinang sahaja. 

Pertandingan ini terbahagi kepada 5 kategori peringkat umur iaitu bawah 11,13,15,17 dan 19. Manakala format pertandingan adalah sama seperti kejohanan remaja yang biasa dipertandingkan di peringkat kebangsaan iaitu berbentuk sirkit. Namun, bagi kategori bawah 17 dan 19 tahun format berbentuk liga di gunakan ekoran kekurangan penyertaan atlet yang rata-rata menumpukan kepada peperiksaan.

Penganjuran kejohanan seperti ini memberikan pendedahan awal kepada atlet-atlet kepada situasi sebenar pertandingan peringkat kebangsaan. Ia juga merupakan platform kepada Persatuan Squash Pulau Pinang (SRAP) untuk mengenalpasti atlet-atlet yang mampu diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi. 

Akhir kata, selamat maju jaya buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan pada kali ini. Selamat maju jaya!

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Sunday, September 15, 2013

LAPORAN KEJOHANAN BERBASIKAL TERBUKA PERLIS 2013

Tempat : Kangar Perlis
Tarikh : 13 hingga 15 September 2013.
Masa : 9.00 am - 6.00 pm.

Kejohanan Berbasikal Terbuka Perlis 2013 telah diadakan pada 13 - 15 September 2013. Kejohanan terbahagi kepada kategori Lelaki Junior (18 tahun dan ke bawah),Lelaki Elit (19 tahun dan ke atas) dan Terbuka Wanita. Pasukan Pulau Pinang telah menghantar seramai 8 pelumba untuk acara Lelaki Junior. Kejohanan bermula pada hari Jumaat dan untuk hari pertama kejohanan, acara lebuhraya sejauh 93.8 KM telah diadakan dimana melibatkan pelumba seramai 100 orang pelumba. Keputusan pada hari pertama kejohanan hanya 3 orang pelumba Pulau Pinang berjaya menamatkan perlumbaan dimana tempat terbaik diperoleh oleh Mohammad Danish Al Farouq (tempat ke 64),Mohd Elias Razali  (tempat ke  67) dan Mohd Tasnim Safwan (tempat ke 77) daripada 100 pelumba. Lain-lain pelumba tidak dapat meneruskan perlumbaan akibat masalah teknikal pada basikal masing-masing.

Hari ke-2 Kejohanan diteruskan dengan acara lebuhraya yang melibatkan jarak 98 km. Pelumba yang bermula hari ini seramai 104 orang. Acara dimulakan pada pukul 3.00 petang dan berakhir kira-kira 6.00 petang. Pulau Pinang menghantar 8 pelumba yang sama seperti sebelumnya dan untuk acara ini hanya 2 pelumba Berjaya menamatkan perlumbaan iaitu Mohammad Danish Al Farouq (tempat ke 55) dan Mohd Tasnim Safwan (tempat ke  61). Berlaku sedikit peningkatan dari segi ranking keputusan dari hari sebelumnya. Lain-lain pelumba tidak dapat menamatkan perlumbaan berikutan masalah teknikal dan kemalangan kecil sewaktu perlumbaan.

Hari terakhir Kejohanan Berbasikal Terbuka Perlis 2013 diteruskan dengan acara Kriterium sejauh 39.6 km (12 lap@4 Sprint). Kali ini Pulau Pinang hanya menghantar 6 pelumba berikutan lain-lain pelumba mengalami kecederaan. Keputusan perlumbaan menyaksikan semua pelumba tidak dapat menamatkan perlumbaan berikutan masalah teknikal.

Rumusan untuk kejohanan kali ini, kebanyakan pelumba masih kurang dari segi pengalaman dan rata-rata antara mereka hanya seorang berumur 17 tahun dan yang lain berumur 14-15 tahun. Selain itu tahap kecergasan turut mempengaruhi keputusan perlumbaan. Antara faktor-faktor lain yang mungkin boleh dilakukan penambahbaikan seperti stratergi perlumbaan,persediaan atlet dan kelengkapan sebelum perlumbaan. Secara keseluruhannya pelumba-pelumba muda ini mampu pergi jauh dengan adanya jadual latihan yang lebih terancang dan sistematik. Pujian harus diberi kepada Mohammad Danish Al Farouq, Mohd Tasnim Safwan dan Mohd Elias Razali yang menunjukkan kesungguhan untuk bersaing dan menamatkan perlumbaan.

Sekian, Terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved