Sunday, December 9, 2012

PENANG POWIIS JUNIOR FENCING CHAMPIONSHIP 2012

Tarikh : 9 Disember 2012
Venue : Prince of Wales Island International School, Balik Pulau

Bagi memastikan Sukan Lawan Pedang ini tidak terus ketandusan atlet Pelapis, Persatuan Lawan Pedang Amatur Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri serta Prince of Wales Island International School telah telah menganjurkan Kejohanan Penang POWISS Junior Fencing 2012 pada 8 – 9 Disember 2012.

Kejohanan ini berjaya menarik minat kira-kira 60 orang atlet-atlet remaja dari Pulau Pinang serta Kelab dari Kuala Lumpur & Indonesia untuk mennyertainya. Secara keseluruhannya, kejohanan berlangsung baik & lancar dengan bantuan daripada Persatuan, jurulatih serta atlet-atlet senior negeri.

Diharap kejohanan dalaman seperti ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bagi memastikan barisan atlet Pelapis di negeri akan terus mampu menjadi pemangkin kepada atlet-atlet senior sedia ada. 








Read more...

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN TAEKWONDO

Tarikh                :    6hb Disember 2012 (Khamis)
Masa Latihan     :    6.30 petang hingga 9.00 malam
Tempat              :    Desa Mawar Community Hall, Bandar Ayer Itam, Pulau Pinang

Kehadiran :
1.  En. Maniam A/L Krishnan - Jurulatih
2.  Cik Krishnavani A/L Krishnan - Jurulatih
3.  Atlet Pelapis - 6 Lelaki, 4 Wanita
4.  Atlet Pembangunan - 30 Lelaki, 9 Wanita

LATIHAN
1.   Warm up
2.   Stretching
3.   Basic Kicks (Front Kick, Turning Kick, Back Kick, Side Kick dan Chopping Kick)
4.   Step Sparring
5.   Technique Sparring for Tournament Players 
6.   Basic Movement
7.   Warm Down

Ujian
1.   Dimaklumkan oleh Jurulatih satu Ujian Pertukaran Tali Pinggang ‘grading’ akan diadakan pada tarikh berikut bertempat di Pusat Latihan tersebut di atas :
Tarikh   :   9hb Disember 2012 (Ahad)
Masa    :   9.00 pagi


Pertandingan
1.   Kejohanan taekwondo TM (WTF) - NSC - MILO Antara Kelab-Kelab Malaysia Kali Ke - 2, 2012 di Stadium Indera Muda, Ipoh, Perak pada 13 - 16 Disember 2012.
  
Kecederaan
Tiada

Peralatan
1.  Kepunyaan Kelab dan atlet sendiri.

Program Binaan
Tiada

Ulasan
1.   Sampai di Pusat Latihan pukul 6.30 petang dan mendapati beberapa Atlet Pelapis dan Pembangunan telah hadir.  Latihan dimulakan pada 7.00 malam dan berakhir 9.00 malam.  Atlet-Atlet diminta hadir setengah jam sebelum latihan bermula dan akan mengadakan sesi pemanasan badan (warm up) yang di ketuai oleh Atlet Senior. 

2.   Mendapati kehadiran Atlet Pelapis dan Pembangunan amat memuaskan dan mereka menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh.

3.   Mengadakan perjumpaan dan perbincanga bersama Jurulatih Maniam tentang kejohanan yang akan disertai dan mendapati semua pengurusan penginapan dan pengangkutan telah selesai diuruskan oleh pihak Kelab.  

4.   Sepanjang perbincangan bersama Jurulatih Maniam, sesi latihan dikelolakan oleh Jurulatih Krishnavani (Jurulatih Kelab Taekwondo Bravo).  Telah menyerahkan cek elaun bagi bulan November 2012.

5.   Sebelum meninggalkan Pusat Latihan telah berjumpa dengan Atlet-Atlet untuk memaklumkan "Program Jelajah Janji Ditepati" anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang bersama Jabatan Perdana Menteri pada 8hb Disember 2012 di USM Pulau Pinang dan perjumpaan keluarga atlet yang hadir.

Fatimah Jamil







Read more...

Wednesday, November 28, 2012

KEM BINA SEMANGAT SUKAN TENPIN BOWLING

Tarikh : 24 November 2012
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air, Tg. Bungah

Kem Bina Semangat Sukan Tenpin Boling bermula pada jam 8.30 pagi. Selepas pendaftaran aktiviti senaman ringan diadakan oleh JSM Tenpin Boling En. Albert dan dibantu oleh Pn Nooraini.

En. Tommy daripada ISNPP memulakan aktiviti dengan membahagikan kepada 4 kumpulan.

 Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :

1.      Blindfold
2.      To Thurth and lie
3.      Human Knot
4.      Station Games

Seterunya oleh Pn. Mariani daripada ISNPP, memberi  penerangan kawalan pernafasan semasa dalam keadaan pertandingan. Cara senaman dan latihan yang sesuai untuk seukan boling.

JSM juga turut memberitahu atlet matlamat kem ini adalah untuk melahirkan atlet yang kuat dari segi rohani, jasmani dan emosi dalam mencapai kejayaan dalam sukan. Mempertingkatkan kefahaman semangat sepasukan untuk diaplikasikan  dalam menangani tekan stress dalam pertandingan. Terima kasih kepada semua yang melibatkan diri dalam menjayakan program ini.

Ahmad Firdaus Yusoff








Read more...

Tuesday, November 20, 2012

LAPORAN RINGKAS 3rd MSN-TM NATIONAL TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2012

Tarikh         :   16hb  -  18hb November 2012
Kejohanan   :   Kejohanan Taekwondo Kebangsaan Ke-3
Tempat       :    Gym 2, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Kehadiran :
1.   En. Maniam A/L Krishnan - Jurulatih
2.   Cik Krishnavani A/P Govindasamy - Jurulatih
3.   Atlet - 4 Lelaki, 1 Wanita (Pelapis Negeri), 2 Lelaki (Atlet Negeri)

Aktiviti Hari Pertama (16hb Nov. 2012) 
1.   Trial-Weight-In
2.   Pendaftaran
3.   Actual-Weight-In
4.   Mesyuarat Pengurus Pasukan
5.   Atlet menjalani latihan ringan
6.   Perjumpaan bersama atlet


Hari Kedua (17hb Nov. 2012) - Court A

1.   Kejohanan Male Heavy Open Above 87 (13 Bouts) : 
Atlet Pelapis Negeri - Vivegan A/L Vasu Vs Wong Kai Meng (ATM) - Penang Kalah di Pus. 2   
Atlet Negeri - Hemanandanan A/L Subramaniam Vs Nicholas Nathan (KORYO) - Penang Kalah di Pus. 2
                                                                               
2.   Kejohanan male Middle Open 80 - 87 (11 Bouts)

3.   Male Fly Open 54 - 58 (21 Bouts)


Hari Kedua (17hb Nov. 2012) - Court B

1.   Male Feather Open 63 - 68 (16 Bouts) : 
Atlet Negeri - Thniah Peng Keong Vs -  Abdul Majid Bin Mohd (ATM)  - Penang Kalah di Pus. 2

2.   Female Feather Open 53 - 57 (8 Bouts) : 
Atlet Pelapis Negeri - Fatin Syamimi Mohd Firuz Vs carmen Lee Wen Chee (TL) - Penang Kalah di Pus. 2 

Hari Ketiga (18hb Nov. 2012) - Court A

1.   Male Bantam Open 58 - 63 : 
Atlet Pelapis Negeri - Muhamed Nasir Bin Abdul Kalam Vs Ryan Chong Wy Lun (ATM)  - Penang Kalah di Pus. 2
Atlet Pelapis Negeri - Muhamed Shakur Bin Seeni Shahul Hameed Vs Muhd Redzuan Bin Sahi - Penang Kalah di Pus. 1 

2.   Male Light Open 68 - 74 : 
Atlet Pelapis Negeri - Muhamad Sharil Bin Ismail Vs Purusothaman Rau (Kedah) - Penang Kalah di Pus. 2


Ulasan :

1.   Pasukan Pulau Pinang berangkat ke Kuala Lumpur pada 15hb Nov. 2012 malam dan sampai di Casa Bukit Jalil 16hb Nov. 2012 pagi.

2.   Kejohanan ini merupakan Kejohanan Terbuka di Peringkat Kebangsaan, seramai 130 peserta lelaki dan 57 peserta wanita yang mengambil bahagian.

3.   Majlis Perasmian dijalankan oleh Y.A.M.  Tunku Tan Sri Imran Ibni Al-Marhum Tunku Ja'afar

4.   Pada hari kedua pertandingan untuk Pasukan Pulau Pinang hanya di Court A sahaja & tiada pingat yang diperolehi dari Pasukan Negeri Pulau Pinang.

6.   Kejohanan ini memberikan peluang pendedahan dan pengalaman kepada Atlet Pelapis Negeri bertanding bersama atlet-atlet di Peringkat Kebangsaan.

 Fatimah Jamil










Read more...

Monday, November 12, 2012

HAPPY DEEPAVALI..


Happy Deepavali kepada semua atlet, jurulatih serta seluruh warga sukan yang beragama Hindu dari USPTN Pulau Pinang..

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved