Sunday, December 9, 2012

PENANG POWIIS JUNIOR FENCING CHAMPIONSHIP 2012

Tarikh : 9 Disember 2012
Venue : Prince of Wales Island International School, Balik Pulau

Bagi memastikan Sukan Lawan Pedang ini tidak terus ketandusan atlet Pelapis, Persatuan Lawan Pedang Amatur Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri serta Prince of Wales Island International School telah telah menganjurkan Kejohanan Penang POWISS Junior Fencing 2012 pada 8 – 9 Disember 2012.

Kejohanan ini berjaya menarik minat kira-kira 60 orang atlet-atlet remaja dari Pulau Pinang serta Kelab dari Kuala Lumpur & Indonesia untuk mennyertainya. Secara keseluruhannya, kejohanan berlangsung baik & lancar dengan bantuan daripada Persatuan, jurulatih serta atlet-atlet senior negeri.

Diharap kejohanan dalaman seperti ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bagi memastikan barisan atlet Pelapis di negeri akan terus mampu menjadi pemangkin kepada atlet-atlet senior sedia ada. 








0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved