Thursday, September 22, 2011

KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN 2011 - FINALE

Tarikh : 21hb September 2011 (Rabu)
Masa : 3.00 petang hingga 6.45 petang
Tempat : Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang

LAPORAN RINGKAS :

Hari ini merupakan hari terakhir bagi kejohanan tersebut diatas dan sebanyak 9 Bouts di pertandingkan seperti berikut :

1. KATERGORI : 46KG
Muhammad Isma Izzuddin (Kelantan) bertemu Mohd Shukairie - Kelantan Menang

2. KATERGORI : 49KG
Mohamad Zulfika (Kelantan) bertemu Mohd Amirul Asraf (Pulau Pinang) - Kelantan Menang

3. KATERGORI : 52KG
Rakulan (Melaka) bertemu Jagadish (Pulau Pinang) - Pulau Pinang Menang

4. KATERGORI : 56KG
Muhammad Adzha (Pulau Pinang) vs Wan Muhammad Ridzuan (Kelantan) - Pulau Pinang

5. KATERGORI : 60KG
Mohamad Jalanie (Perak) vs Rafa'el Mika'el (Pulau Pinang) - Pulau Pinang Menang

6. KATERGORI : 64KG
Muhd Syazwan (Negeri Sembilan) vs Nik Mohd Akhbar (Terengganu) - Terengganu Menang

7. KATERGORI : 69KG
Ram Kumar (Melaka) vs Hashmil (Perak) - Keputusan Melaka Menang

8. KATERGORI : 75KG
Mohamad Sharul Nizam (Pulau Pinang) vs Mohd Hanafi (N.Sembilan) - N.Sembilan Menang

9. KATERGORI : 81KG
Mohd Hafizi (N.Sembilan) bertemu Khir Akyazli (Perak) - Keputusan Perak Menang

Majlis Penutupan Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2011 di sempurnakan oleh YB. Puan Lydia Ong Kok Fooi, EXCO Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Majlis Penyampian Hadiah disempurnakan oleh :
1. Mejor Bersara Wan Abdul Hamid Bin Wan Mahmood
Presiden Persatuan Tinju Amator Pulau Pinang
bagi katogeri : 64kg dan 69kg.

2. En. Kho Chin Hong
Pegawai Sukan, Jabatan Belia & Sukan, Pulau Pinang.
bagi katorgeri : 81kg dan 46kg

3. YB. Puan Lydia Ong Kok Fooi
EXCO Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
bagi katogeri : 49kg, 52kg, 56kg, 60kg dan 75kg.

Majlis berakhir dengan jamuan ringan yang di sediakan oleh pihak penganjur kepada semua kontigen-kontigen yang mengambil bahagian. Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil







































Read more...

Wednesday, September 21, 2011

PENANG YOUTH JUDO CHAMPIONSHIP CIRCUIT 2/2011

Tarikh : 17 September 2011
Masa : 11.30 am
Venue : Kompleks Silat Negeri, Batu Uban

Sekalung tahniah diucapkan kepada Persatuan Judo Pulau Pinang atas penganjuran kejohanan ini yang dilihat sangat proaktif dalam mencungkil bakat-bakat baru sebagai pelapis kepada atlet-atlet senior sedia ada. Seramai 60 orang atlet bawah 12 tahun mengambil bahagian dalam kejohanan pada kali ini. Kepada ibubapa yang sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada anak-anak, terima kasih & syabas diucapkan.
































Read more...

KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN 2011 - Semi Final

Tarikh : 20hb September 2011 (Selasa)
Masa Pemantauan : 3.30 petang hingga 4.50 petang
Tempat : Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN HARI KE-4 (Semi Final):

Sebanyak 8 Bouts yang di pertandingkan hanya tiga atlet Pulau Pinang (PP) yang bertanding seperti berikut :

1. Mohd Amirul Asraf (PP - 49kg) vs Aisamudin Maula (Kedah) - Keputusan PP menang
2. Muhammad Adzha (PP - 56kg) vs Muhammad Fitri (Pahang) - Keputusan PP menang
3. Mohamad Sharul Nizam (PP - 75kg) vs Mohammad Afiq (Pahang) - Keputusan PP menang

Peringkat Akhir yang akan berlangsung pada 21hb September 2011, pukul 3.00 petang dan seramai lima atlet Pulau Pinang berjaya. Mereka adalah seperti berikut :

1. Mohd Amirul Asraf - 49kg : Atlet Pelapis Negeri/Skuad Latihan SUKMA
2. Jagadish - 52kg : Atlet Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan SUKMA
3. Muhammad Adzha - 56kg : Atlet Skuad Latihan SUKMA
4. Rafa'el Mika'el - 60kg : Atlet Pelapis Negeri/Skuad Latihan SUKMA
5. Mohamad Sharul Nizam - 75kg : Atlet Pelapis Negeri/Skuad Latihan SUKMA

Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil









































Read more...

LAPORAN HARI KE-3 KEJOHANAN LAWN BOWLS FOURS KEBANGSAAN TERBUKA PERLIS 2011

Sebanyak 12 pasukan yang mengambil bahagian pada sesi pagi dengan menggunakan 6 rink sahaja di Gelanggang B. Jam 10.40 pagi,permainan terpaksa di berhentikan kerana hujan lebat dan satu perjumpaan bersama semua pengurus pasukan yang terlibat untuk mendapat persetujuan bagi menghentikan permainan dan point di end yang terakhir dikira keputusan muktamat,dan semua setuju dengan keputusan tersebut.

Sesi kedua dimulakan tepat jam 2.00 petang dan tamat jam 4.00 petang di Gelanggang B. 12 pasukan juga yang mengambil bahagian pada sesi kali ini. Cuaca juga cerah dan permainan berjalan dengan lancar sehingga sesi terakhir pada jam 4.00 petang hingga 6.00 petang.

Berikut adalah keputusan penuh bagi pasukan Pulau Pinang pada hari ini.

Pasukan Wanita (9.00 am - 10.40 am)
Penang vs Terengganu4 - 28

Pasukan Lelaki (2.00 pm - 4.00 pm)
Penang vs UniMAP10 - 14

Sekian untuk hari ini dan jumpa lagi esok untuk laporan seterusnya. TQ

Shasha Tarmuzi



















Read more...

Tuesday, September 20, 2011

KEJOHANAN TINJU REMAJA KEBANGSAAN 2011 - 3rd Day

Tarikh : 19hb September 2011 (Isnin)
Masa Pemantauan : 5.14 petang hingga 6.15 petang
Tempat : Dewan Terbuka Jabatan Belia & Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang.

Laporan ringkas :

Hari ini merupakan hari ketiga kejohanan dan sesampai tempat kejohanan mendapati beberapa atlet Pulau Pinang sedang menjalani latihan. Sebanyak 10 Bout di pertandingkan pada hari tersebut di atas dan hanya dua orang atlet Pulau Pinang yang bertanding iaitu :

1. Rafa'el Mika'el (PP - 60kg) vs Nazreen (Sarawak) - Keputusan PP menang
2. Jagadish (PP - 52kg) vs Muhammad Helmi (Negeri Sembilan) - Keputusan PP menang.


Sesampai di tempat pertandingan mendapati negeri Perak dan Johor sedang bertanding dan pertandingan tersebut merupakan Bout yang terakhir.
Hasil maklumbalas dari Jurulatih Sepenuh Masa MSN Pak Jhonny memaklumkan dua atlet Pulau Pinang telah berjaya ke Peringkat Akhir iaitu Rafa'el Mika'el (60Kg) dan Jagadish (52kg). Kedua-dua atlet ini merupakan Atlet Pelapis Negeri dan juga Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang.

Pada 20hb September 2011 adalah merupakan pertandingan Peringkat Separuh Akhir dan tiga atlet Pulau Pinang akan bertanding dan mereka adalah :

1. Mohd Amirul Ashraf (49kg) Atlet Pelapis Negeri.
2. Muhammad Adzha (56kg) Atlet Negeri dari Angkatan Tentera.
3. Mohd Sharul Nizam (75kg) Atlet Pelapis Negeri dan Skuad Latihan SUKMA XV 2012


Semuga ketiga-tiga atlet Pulau Pinang ini berjaya ke peringkat seterusnya.
Pemantauan diteruskan kepada peserta-peserta yang mengambil Peperiksaan Hakim Tinju yang dianjurkan Persatuan Tinju Amatur Negeri Pulau Pinang. Mendapati 4 orang peserta wanita dari 29 orang peserta, hanya seorang sahaja kakitangan MSN Pulau Pinang yang mengambil peperiksaan tersebut diatas iaitu En. Ravichandran Ramasamy.

Di akhir pemantau berjumpa JSM Zainuddin (Pelapis Negeri) untuk membincangkan tindakan susulan kepada Program Sesi Taklimat dan TID yang telah di Jalankan di SMK Perai, Seberang Perai Utara yang lalu dan berjumpa dengan atlet-atlet Pulau Pinang dengan memberikan kata-kata semangat. Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil




















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved