Tuesday, November 7, 2017

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)



Pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua atlet Pelapis Pulau Pinang yang sedang menduduki peperiksaan SPM 2017 bermula hari ini 6 November 2017 hingga 4 Disember 2017!!..

.
"The easiest way to do well in your exams is to treat them like a giant punching bag. Use all the strength of your memory and punch the daylight of your tests. All the very best ! "

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN PELAYARAN

Tarikh : 5 November 2017 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air, Pulau Pinang (PKSA)

KEHADIRAN
1. Ahmad Shah Bin Ismail (JSM)

LATIHAN
-Tiada

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
- Kekurangan bot latihan, memerlukan alat-alat ganti (tali, center board, tiang)

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN
1. Tiada latihan di jalankan kerana faktor keselamatan.
2. Kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda Pulau Pinang pada 4 November 2017 mengakibatkan PLN Pelayaran di PKSA mengalami kerosakan.
3. Hasil dari pemantauan PLN, bumbung stor peralatan roboh ditimpa dahan pokok. Tiada kerosakan yang terjadi pada peralatan latihan. Pentas berhadapan dengan stor penyimpanan peralatan juga turut roboh ditiup angin. 
4. Kakitangan PKSA telahpun membuat laporan kepada pihak MSNPP dan Pengarah MSNPP telah pun membuat lawatan ke PLN pelayaran dan beliau memohon kakitangan PKSA untuk membuat satu mesyuarat berkaitan dengan stor peralatan pelayaran di PKSA.

Sekian. Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN MEMANAH

Tarikh : 5 November 2017 (Ahad)
Masa : 4.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Kan Kar Inn - JSM

ATLET
1. 7 orang

LATIHAN

1. Warm Up & Streching
2. Latihan shooting mengikut jarak
3. Cooling Down

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

KECEDERAAN
-Tiada

PERALATAN
1. Beberapa peralatan seperti target butt mengalami kerosakan teruk

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual jurulatih yang ditetapkan.
2. Kehadiran kurang memuaskan berikutan ad keluarga atlet terlibat dengan kejadian ribut dan banjir kilat.
3. Berkenaan target butt, pengarah bersetuju untuk memberi bantuan kepada pusat latihan yang memerlukan. Buat sementara ini, atlet menggunakan target butt yang di beli sendiri oleh keluarga atlet.
4. Secara keseluruhan, semua dalam keadaan baik

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Fazli Hisam Mohd Zainol Abidin 

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN LAWN BOWLS

Tarikh : 4 November 2017 (Sabtu)
Masa : 9.00 am - 3.00 pm
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
2. Zakaria Bin Ahmad - JSM MSNPP
3. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 6 Orang

LATIHAN
1. Warm up
2. Game - Pairs

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Open Pairs Terengganu yang akan berlangsung pada 14 hingga 20 November 2017 di Kompleks Gong Badak Terengganu

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Satu set bowls yang telah diperuntukkan oleh Majlis Sukan Negara telah diterima oleh jurulatih daripada pembekal.


PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. PPN dimaklumkan oleh jurulatih di saat akhir berkenaan perubahan tempat bagi "Talent Identification- New Athletes" yang asalnya berlangsung di Green-Manjung namun pihak mereka menolak kerana tempat tersebut tidak siap sepenuhnya lagi dan memohon Pulau Pinang untuk menjadi wakil bagi Zone 1 Utara.
2. PPN dimaklumkan sepatutnya program TID ini perlu berlangsung dua hari serentak dengan zon lain iaitu 4 hingga 5 November 2017 namun disebabkan penyertaan yang tidak memberangsangkan di zon utara, pemilihan hanya dijalankan pada 4 November 2017. Seterusnya, seperti dalam peraturan menyatakan setiap negeri perlu menghantar 5 orang lelaki dan 5 orang wanita, namun negeri Perlis hanya menghantar 2 penyertaan, Kedah dan Perak tiada penyertaan, dan Pulau Pinang 6 orang penyertaan disebabkan 4 orang tidak dapat hadir kerana kecemasan banjir di kawasan rumah.
3. Observer pada 4 November 2017 tersebut ialah Cik Azlina dan Cik Nur Fid, keputusan pemilihan akan dimaklumkan kemudian sebelum pihak MLBF menjalankan centralize training di Kuala Lumpur.
4. Program ini berlangsung pada jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang dan pada sebelah tengah hari hujan telah turun dengan lebat dan green bermasalah dengan air bertakung. Masalah green pernah dibangkitkan sebelum ini tapi MPSP pemilik gelanggang tersebut tidak mempunyai bajet untuk penambahbaikan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 3 November 2017 (Jumaat)
Masa : 8.00 pm - 9.30 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 7 Orang

LATIHAN
1. Flexibility
2. Leap
3. Routine

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Karnival Bakat 2/2017 pada 22 hingga 26 November 2017 di Pahang
2. Kejohanan Gimrama Sportexcel-MSN-MILO-MGF Sirkit Kedua pada 26 hingga 27 November 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
3. Kejohanan Gimrama Kebangsaan Kali Ke 28 bermula pada 27 hingga 28 November 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
4. Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2017 pada 28 November hingga 2 Disember 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN

1. Kehadiran atlet memuaskan dan Cik Mah Kah Yi hanya tinggal sehari sahaja lagi latihan yang beliau perlu lengkapkan sebelum meletakkan jawatan sebagai JSM MSNPP.
2. Skuad latihan SUKMA akan menyertai 3 kejohanan daripada bulan november hingga disember kecuali Victoria Manalang Tan Fu Hur yang kembali ke Malaysia tapi berpindah ke Johor, dimana beliau akan bertanding mewakili Pulau Pinang tetapi menjalani latihan di Johor Bahru. Bagi kejohanan tahun ini beliau tidak akan menyertai apa-apa kejohanan disebabkan semasa di China latihan banyak ditumpu pada group exercise apabila pulang ke Malaysia dua orang jurulatih melihat rutin individu yang dilakukan tidak memuaskan dari segi tarian dan elemen yang diperlukan.
3. Pihak PPN akan mendapatkan butiran dua orang jurulatih beliau di Johor untuk memberi keterangan dengan lebih lanjut serta surat rasmi daripada MJAPP.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved