Monday, October 30, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TAEKWONDO

Tarikh : 28 Oktober 2017 (Sabtu)
Masa : 8.30 pg – 10.30 pg
Tempat : Dewan SMK Sg Nibong, Georgetown

KEHADIRAN
1. Rajaderan A/L Rengasamy - JSM
2. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 8 atlet

LATIHAN
1. Warm up
2. Chopping Kick
3. Side Kick
4. Cooling Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Jurulatih ada memohon beberap peralatan kecil seperti Kicking target, Body Target dan penimbang. Pihak Unit masih belum menerima sebarang surat permohonan bersama 3 sebutharga untuk diproses.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut perancangan jurulatih.
2. Kehadiran pada sesi latihan kurang memuaskan kerana beberapa atlet terlibat dengan aktiviti sekolah.
3. Jurulatih masih belum menerima apa-apa keputusan daripada Pengerusi JKKK kawasan Sungai Nibong untuk permohonan dewan serbaguna bagi kemudahan latihan.
4. Jurulatih memaklumkan bahawa Persatuan Sukan Negeri akan menganjurkan Kejohanan Penang Closed 2017 pada 12 November 2017 di Dewan Millenium Kepala Batas.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TENIS

Tarikh : 26 Oktober 2017 (Khamis)
Masa : 5.40 pm - 7.00 pm
Tempat : Gelanggang Tenis JBSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Francis Su - JSM

ATLET
1. 7 Orang

LATIHAN
1. Physical Training
2. Matchplay On court

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Pelapis Negeri Siri 2/2017 yang akan berlangsung pada bulan November atau Disember dimana pihak jurulatih perlu menyemak tarikh kehadiran atlet yang sesuai untuk menjalankan ujian tersebut seperti yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat JKK Bil 2/2017 yang lalu

PERTANDINGAN
1. Penang International Junior Open 2017 pada 2 hingga 6 Disember di Penang Sports Club.

KECEDERAAN

1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran kurang memuaskan kerana minggu peperiksaan yang masih belum tamat.
2. Jurulatih juga memaklumkan beliau baru pulang dari kursus tenis di Indonesia selama seminggu dan akan memberikan laporan kejohanan ynag telah disertai pada bulan Oktober pada minggu hadapan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Thursday, October 26, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 24 Oktober 2017 (Selasa)
Masa : 8.30 pm - 10.20 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 6 Orang

LATIHAN
1. Balance
2. Pivot
3. Routine

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1.
 Karnival Bakat 2/2017 pada 22 hingga 26 November 2017 di Pahang
2. Kejohanan Gimrama Sportexcel-MSN-MILO-MGF Sirkit Kedua pada 26 hingga 27 November 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
3. Kejohanan Gimrama Kebangsaan Kali Ke 28 bermula pada 27 hingga 28 November 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
4. Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2017 pada 28 November hingga 2 Disember 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran atlet memuaskan dan PPN telah dimaklumkan bahawa Victoria Manalang Tan Fu Hur akan pulang menjalani latihan di Malaysia pada bulan Oktober 2017.
2. JSM iaitu Cik Mah kah Yi akan mengakhiri tugasan beliau sebagai jurulatih pada 9 November 2017 serta tempat beliau akan digantikan dengan Cik Lee Xin Ee sepertimana yang telah dipohon oleh MJAPP.
3. Latihan atlet tidak mencukupi untuk ke kejohanan kerana dua hari dalam seminggu tidak dapat memberi kesan seperti yang dimaklumkan oleh atlet dan jurulatih sendiri.
4. Pencarian jurulatig sepenuh masa dan luar negara masih tidak dapat diselesaikan selama dua tahun kerana faktor mata wang. PPN memohon MJAPP untuk mempercepatkan proses tersebut.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SKUASY

Tarikh : 24 Oktober 2017 (Selasa)
Masa : 4.30 pm hingga 6.30 pm
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar.

KEHADIRAN
1. Muhammad Ammar  (JSM)
2. Khoo Teng Hin (JPM USPTNPP)
3. Aaron Soyza (JPM MSNPP)
4. Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 32 orang

LATIHAN
1. Tiada

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Bil 2/2017 yang telah dipersetujui dalam JKK 2/2017 sukan skuasy, jurulatih akan memilih satu tarikh pada bulan November atau Disember selepas tamat kejohanan dan ujian tersebut akan dijalankan bersama atlet SUKMA 2018

PERTANDINGAN
1. Kejohanan SAP Challenge 3 pada 24 hingga 27 Oktober di NDISC
2. Kejohanan National Interstate 2017 pada 25 hingga 29 di NSC Squash Centre,Jalan Duta namun tarikh tersebut berkemungkinan akan bertukar.
3. Kejohanan 19th Ong Beng Hee/ Nicol David Cahallenge Trophy 2017 pada 20 hingga 26 November 2017 di MSP Squash Court, Kuantan

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. Pada hari ini telah bermula kejohanan dalaman iaitu Kejohanan SAP Challenge 3 pada 24 hingga 27 Oktober di NDISC. 
2. Semasa pemantauan dijalankan atlet pelapis masih berada dalam peringkat kumpulan pertandingan
3. PPN juga mengingatkan JPM untuk memohon perlanjutan kontrak kerana kontrak beliau akan tamat pada 31 Disember 2017.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Tuesday, October 24, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN AKUATIK RENANG

Tarikh : 24 Oktober 2017 (Selasa)
Masa : 8.00 pg – 10.00 pg
Tempat : Chinese Swimming Club (CSC), Tanjung Bungah

KEHADIRAN
1. Lim Jun Ting - JSM
2. Ho Heen Ming - Jurulatih Chinese Swimming Club (CSC)
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 2 orang

LATIHAN
1. Land Exercise
2. Warm Up
3. Freesytle  Sprints & Kick
​4​. Backstroke drill

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
​-Tiada-​

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan telah dijalankan seperti biasa dan mengikut program yang telah disusun oleh jurulatih.
2. Kehadiran atlet kurang memuaskan disebabkan atlet bersekolah pagi dan menghadapi peperiksaan akhir tahun.
3. Tarikh Mesyuarat JKK USPTN Bil 2/2017 yang dijangka pada 26 Oktober 2017 terpaksa ditunda kepada tarikh 7 November 2017. Tarikh tersebut ditunda atas sebab Lawatan Penilaian Prestasi USPTN Pulau Pinang bermula 25 hingga 26 Oktober 2017.
4. Pihak Persatuan masih belum menggunakan kuota kejohanan yang telah diperuntukkan pada tahun ini. Kelulusan kuota kejohanan adalah sebanyak 3 kejohanan. Mengikut takwim tahunan hanya tinggal 1 kejohanan yang boleh disertai oleh atlet Pelapis iaitu 36th National Inter-Club Swimming Championships - President Cup pada 24 hingga 26 November 2017 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
5. Jurulatih mencadangkan agar peruntukkan kewangan kejohanan dapat disalurkan kepada PPN atau jurulatih sendiri bagi memudahkan pelarasan. Keputusan akan diputuskan di dalam Mesyuarat JKK Bil 2/2017.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved