Thursday, December 8, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BOLING PADANG

Tarikh : 5 Disember 2016 (Isnin)
Masa : 9.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 12 Orang

LATIHAN
1. Tactical Draw
2. Accuracy and weight control
3. Mini Games

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Sukan Boling Padang Siri 2/2016

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Piala Mutiara Open 2016, yang akan berlangsung pada 16 hingga 18 Disember 2016 dikelola oleh Persatuan Lawn Bowls Pulau Pinang

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Satu quotation untuk pembelian bowls telah diterima dan dalam proses pembelian.
2. Pihak MPSP telah memberi maklumbalas kepada MSNPP berkenaan kos yang diperlukan untuk membaiki green lawn bowls sebanyak RM12,000.00. Namun pihak MPSP masih tidak mengambil apa-apa tindakan disebabkan kekangan bajet yang perlu dikeluarkan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. PPN memberi peringatan kepada jurulatih Mesyuarat JKK BIL 2/2016 Sukan Boling Padang akan berlangsung pada 7/12/2016 (Rabu) jam 3.00 petang di MSNPP.

2. Kehadiran atlet memuaskan memandang kejohanan piala mutiara yang semakin dekat.
3. Pembelian peralatan kecil bagi sukan boling padang akan diserahkan pada bulan Disember 2016.
4. PPN memaklumkan kepada jurulatih bahawa ujian kecergasan siri 2/2016 perlu dijalankan bagi melihat perbandingan norms dan prestasi atlet yang boleh dikaitkan dengan ujian dijalankan oleh pihak ISN.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Wednesday, December 7, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 6 Disember 2016 (Selasa)
Masa : 4.00 petang - 7.00 petang
Tempat : SMK (P) St George, Georgetown

KEHADIRAN
1. Kan Kar Inn - JSM
2. Shamani a/p Ganesen - JSM
3. Salina Putriana Erierpius - JPM Negeri
4. Mariani Binti Sanawi - Ketua Unit ISNPP
5. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 20 orang

LATIHAN

1. Warm Up & Streching
2. Program Latihan Fizikal
3. Cooling Down

UJIAN
- Ujian Kecergasan akan dijalankan pada 9 Disember 2016 (Jumaat) di Perkarangan MSNPP dengan bantuan pihak ISNPP.

PERTANDINGAN
- Jurulatih dan atlet akan menyertai kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Sirkit 2/2016 pada 16 hingga 19 Disember 2016 di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. PPN memaklumkan bahawa peralatan akan diterima daripada pihak Bahagian Atlet dalam masa terdekat.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS

1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual jurulatih yang ditetapkan.
2. Latihan fizikal (gym) akan dijalankan di pusat latihan memandangkan gimnasium MSNPP dalam proses penambahbaikan sehingga selesai.
3. Mesyuarat JKK Bil 2/2016 akan dijalankan pada 7 Disember 2016 (Rabu) pada jam 9.00 pagi. Kehadiran telah dimaklumkan kepada MSNPP, ISNPP, Persatuan dan Jurulatih.
4. Jurulatih dan atlet baru selesai menyertai Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016 di Melaka bermula 30 November hingga 3 Disember 2016. Pencapaian pasukan Pulau Pinang tidak membawa balik pingat akan tetapi prestasi scoring meningkat pada setiap atlet.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Monday, December 5, 2016

LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN TINJU KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 3/2016

TarikH : 30 Nov – 3 Dis 2016
Tempat : Melaka Mall,Melaka

Pada 30 Nov hingga 3 Dis 2016 yang lalu telah diadakan Kejohanan Karnival Bakat Remaja Kebangsaan Siri 3/2016. Kejohanan bermula pada hari Rabu sehingga Sabtu. Pulau Pinang telah menghantar seramai 17 petinju pada kejohanan ini. Bermula dengan sesi timbang berat dan pemeriksaan kesihatan bagi semua petinju seawal jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira 10.00 pagi pada hari pertama diikuti hari-hari berikutnya. Proses undian dijalankan pada hari pertama. Acara bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir kira-kira jam 10 malam.

Secara keseluruhan, pasukan Pulau Pinang memperoleh 2 Emas, 6 Perak, 3 Gangsa mengikut kategori masing-masing. Berikut pencapaian petinju-petinju Pulau Pinang mengikut kategori masing-masing.


KATEGORI 12 - 13 TAHUN.

30 - 33 kg.
1) Najmuddin Bin Abdul Rahman (PP)
2) Muhd Amirul Zikri Bin Mohd Zoher (Insta)
3) Adzhan Mu Minin (Sel)
3) Muhamad Hakeem Bin Azha (TunTuah)

33 - 36 kg
1) Muhd Hafizul Fizly Bin Zainuddin (PP)
2) Muhd Adlan Bin Mohd Yusof (NS)
3) Muhd Adam bin Mazlan (Insta)
3) Mohd Alif Bin Mohd Akmal ( Sel)

39 - 42 kg
1) Jorzan Farel Jirawi (Swk)
2) Muhammad Aliff (PP)
3) Nurul Adzmi (NS)
3) Muhd Danial Bin Yulizan ( Johor)

42 - 45 kg
1) Mohd Faiz Bin Rokhamizazli (Kelantan)
2) Muhammad Saifiy Daniel ( PP)
3) Muhammad Zulfahmi (Kedah)
3) Muhammad Hafizal ( Melaka)

45 - 48 kg
1)Muhammad Ramadhan Roslan ( Ter)
2) Muhd Hafizuddin Bin Fazli (PP)
3) Muhammad Hamizan (Insta)
3) Muhd Aizat Naqiuddin Bin Mohd Azali (NS)

Kategori 14 - 15 tahun.

44-46 kg.
1) Mohd Firuz Yee (sabah)
2) Mohd Hafizhan Khuzairi bin Sobri (pp)
3) Akmal Hakimi Bin Mohd Dzulrahimin (NS)
3) Ruban Al Jayarahman (KL)

48-50 kg
1) Muhammad Amar Rabbani ( Kedah)
2) Kuberan (insta)
3) Abdul Halim Bin Abdul Rahman (Johor)
3) Irfan Naqiuddin ( KL)

63-66 kg
1) Muhamad Ariff Zulkofli (NS)
2) Muhamad Iqbal Naim (Perak)
3) Muhamad Shahqirin Omar (Melaka)
3) Avinash Al Sithambaram (Insta)

Sekian, Terima Kasih

Read more...

LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 3/2016

Kejohanan : Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016
Sukan : Sepaktakraw
Tempat : Dewan MSN Ayer Keroh Melaka
Tarikh : 1 hingga 3 Disember 2016

LATAR BELAKANG
Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016 ini diadakan untuk memberikan kejohanan pendedahan di peringkat umur bawah 15 tahun bagi atlet yang tidak pernah menyertai mana-mana kejohanan.  Kejohanan ini  melibatkan 9 jenis sukan iaitu Angkat Berat, Gimnastik Artistik, Olahraga Memanah, Menembak, Sepaktakraw, Tinju, Akuatik Terjun dan Gimrama.  Kejohanan ini juga merupakan salah satu kaedah untuk mencari bakat baru bagi sukan-sukan yang dipertandingkan.

KANDUNGAN
Kejohanan Karnival Bakat ini telah melibatkan 3 siri iaitu siri pertama di negeri Terengganu pada 12 hingga 15 Mei 2016, siri kedua di Pulau Pinang pada 15 hingga 18 Ogos 2016 dan siri ketiga pada 30 November hingga 3 Disember 2016.

Kejohanan ini melibatkan penyertaan keseluruhan seramai 1816 orang yang terdiri daripada 1536 orang atlet dan 280 orang pegawai dan jurulatih.  Sebanyak 9 jenis sukan dipertandingkan melibatkan peringkat  umur dari 7 hingga 15 tahun. 

PENYERTAAN
Pasukan Pulau Pinang telah menghantar penyertaan bagi sukan Sepaktakraw yang melibatkan regu 13 tahun, regu 14 tahun dan regu 15 tahun. Pasukan Pulau Pinang tidak menghantar regu 12 tahun pada karnival kali ini. Penyertaan keseluruhan telah melibatkan semua 14 negeri pada karnival terakhir ini.

KEPUTUSAN PENUH
KATEGORI BAWAH 12 TAHUN


Johan : Terengganu
Naib Johan : Johor
Ketiga bersama : Kelantan & Pahang

KATEGORI BAWAH 13 TAHUN

Johan : Selangor
Naib Johan : Negeri Sembilan
Ketiga bersama : Terengganu & Johor

KATEGORI BAWAH 14 TAHUN

Johan : Selangor
Naib Johan : Negeri Sembilan 
Ketiga bersama : Melaka A & Perlis B

KATEGORI BAWAH 15 TAHUN

Johan : Johor
Naib Johan : Pulau Pinang A
Ketiga bersama : Pulau Pinang B & Selangor

PENUTUP
Secara keseluruhan pasukan Pulau Pinang telah membawa balik 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa . Satu pencapaian yang membanggakan dan memuaskan kepada semua atlet-atlet yang telah menyertai pada kejohanan kali ini. Para atlet juga telah menunjukkan prestasi yang di luar jangkaan pada setiap permainan. Pihak Unit mengucapkan tahniah kepada semua pemenang-pemenang dan yang  tidak berjaya jangan berputus asa. Kejohanan kali ini adalah sebagai medan untuk berusaha dengan gigih untuk berjaya pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih

Laporan dari Ayer Keroh Melaka

Read more...

LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN MEMANAH KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 3/2016

Kejohanan : Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016
Sukan : Memanah
Tarikh : 2 Disember 2016 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dataran Sejarah Ayer Keroh Melaka

Kejohanan memasuki hari ketiga pertandingan dengan acara perseorangan individu bagi peringkat umur 14-15 tahun (lelaki & wanita) dan 11-13 tahun (lelaki & wanita). Pertandingan bermula jam 8.00 pagi dengan latihan rasmi selama 30 minit untuk sesi pemanas badan sebelum pemanah dilepaskan untuk saingan sebenar pada jam 8.30 pagi. Acara pagi dihentikan pada jam 12.30 tengahari untuk memberi lalaun kepada semua menunaikan solat jumaat sebelum bersambung pada jam 2.30 petang.

Berikut disertakan keputusan rasmi yang berlangsung pada hari ini melibatkan pemanah Pulau Pinang :-

Perseorangan Individu Lelaki 14-15 Tahun
Peringkat kalah mati 1/32 

1. Ahmad Saidi Mohd Azman (PEN) vs Kenneth Loh Jian Han (PEN)
- Kenneth Loh Jian Han layak ke peringkat 1/16 selepas mengalahkan lawannya dengan mata 0-6.

2. Muhammad Aqil Aiman (WP) vs Adam Haris Roslan (PEN)
- Muhammad Aqil Aiman layak ke peringkat 1/16 selepas mengalahkan lawannya dengan mata 5-0.

3. Muhammad Faris Danial (PEN) vs Muhammad Haziq (JHR)
- Muhammad Haziq layak ke peringkat 1/16 selepas mengalahkan lawannya dengan mata 0-6.

4. Ahmad Haddul Basori (TRG) vs Akmal Husaini (PEN)
- Akmal Husaini layak ke peringkat 1/16 selepas mengalahkan lawannya dengan mata 1-7.

Perseorangan Individu Lelaki 14-15 Tahun
Peringkat kalah mati 1/16

1. Muhammad Yusri (TRG) vs Kenneth Loh Jian Han (PEN)
- Muhammad Yusri layak ke peringkat 1/8 selepas mengalahkan lawannya dengan mata 6-2.

2. Muhaimin Afif (WP) vs Akmal Husaini (PEN)
- Muhaimin Afif layak ke peringkat 1/8 selepas mengalahkan lawannya dengan mata 6-2

Berikut pemenang Perseorangan Individu Lelaki 14-15 Tahun.

Emas - Muhammad Aliff Aiman (SEL)
Perak - Ayub Abu Hanifah (SEL)
Gangsa - Mohd Naqiuddin Rejab (NSE)
Keempat - Muhammad Azim Omar (KED)

Perseorangan Individu Wanita 14-15 Tahun
Peringkat kalah mati 1/32 

1. Lim Fang Ying mendapat bye dan layak ke peringkat 1/16.

2. Seow Pei Chyng mendapat bye dan layak ke peringkat 1/16.

3. Dania Natasya (NSE) vs Anis Fatin Nabila (PEN)
- Anis Fatin Nabila tidak layak ke peringkat 1/16 selepas tewas pada lawannya dengan mata 6-0.

4. Sam Jia Rou mendapat bye dan layak ke peringkat 1/16.

Perseorangan Individu Wanita 14-15 Tahun
Peringkat kalah mati 1/16

1. Lim Fang Ying (PEN) vs Doreen Dodih (SBH)
- Lim Fang Ying tidak layak ke peringkat seterusnya selepas kalah pada lawannya dengan mata 2-6.

2. Siti Aisyah (TRG) vs Seow Pei Chyng (PEN)
- Seow Pei Chyng layak ke peringkat 1/8 selepas mengalahkan lawannya dengan mata 2-6.

3. Sam Jia Rou (PEN) vs Amira Farhana (NSE)
- Sam Jia Rou tidak layak ke peringkat seterusnya selepas kalah pada lawannya dengan mata 4-6.

Perseorangan Individu Wanita 14-15 Tahun
Peringkat kalah mati 1/8

1. Seow Pei Chyng (PEN) vs Nur Natella Syuhada (KED)
- Seow Pei Chyng tidak layak ke peringkat seterusnya selepas kalah pada lawannya dengan mata 0-6.

Berikut pemenang Perseorangan Individu Wanita 14-15 Tahun.

Emas - Nur Arissa Fatihah Muhd Rizal (WP)
Perak - Nur Rafiqa Izzani Zaidi (PHG)
Gangsa - Najwa Mohd Nizam (JHR)
Keempat - Nur Natella Syuhada Nazer (KED)

Perseorangan Individu Lelaki 11-13 Tahun
Peringkat kalah mati 1/32 

1. Mohd Aiman Zakwan (PEN) vs Liew Kai Wen (PEN)
- Liew Kai Wen layak ke peringkat 1/16 selepas mengalahkan lawannya dengan mata 2-6.

2. Jonathan Neo Yong (MEL) vs Muhd Amier Irfan (PEN)
- Muhd Amier Irfan tidak layak ke peringkat seterusnya selepas kalah pada lawannya dengan mata 6-4.

3. Mohd Rahimi (JHR) vs Muhammad Izhan Fikir (PEN)
- Muhammad Izhan Fikir tidak layak ke peringkat seterusnya selepas kalah pada lawannya dengan mata 6-0.

4. Muhd Amirul Asyraf (WP) vs Muhammad Amar Muqris (PEN)
- Muhammad Amar Muqris tidak layak ke peringkat seterusnya selepas kalah pada lawannya dengan mata 7-1.

5. Muhammad Adry Azali (KED) vs Muhd Hafiz Fathi (PEN) 
- Muhd Hafiz Fathi layak ke peringkat 1/16 selepas mengalahkan lawannya dengan mata 2-6.

6. Muhammad Hafiz Danial (PEN) vs Harizzuddin Arif (SEL)
- Muhammad Hafiz Danial tidak layak ke peringkat seterusnya selepas kalah pada lawannya dengan mata 0-6.

7. Syamielrieza Aidil (PEN) vs Calvin Loh Jian Neng (PEN)
- Calvin layak ke peringkat 1/16 selepas mengalahkan lawannya dengan mata 0-6.

Perseorangan Individu Lelaki 11-13 Tahun
Peringkat kalah mati 1/16

1. Muhd Hafiz Fathi (PEN) vs Muhammad Alif (TRG)
- Muhd Hafiz Fathi tidak layak ke peringkat 1/8 selepas kalah pada lawannya dengan mata 1-7.

2. Ahmad Najmi Sham (PRK) vs Calvin Loh Jian Neng (PEN)
- Calvin layak ke peringkat 1/8 selepas mengalahkan lawannya dengan mata 1-7.

Perseorangan Individu Lelaki 11-13 Tahun
Peringkat kalah mati 1/8

1. Muhd Irfan Adlan (WP) vs Calvin Loh Jian Neng (PEN)
- Calvin tidak layak ke peringkat seterusnya selepas tewas pada lawannya dengan mata 6-2.

Berikut pemenang Perseorangan Individu Lelaki 11-13 Tahun.

Emas - Mohd Rahimi Mohd Azmi (JHR)
Perak - Muhammad Alif Muhd Fadzir (TRG)
Gangsa - Helmi Hakim (NSE)
Keempat - Muhd Irfan Adlan Luqman (WP)

Perseorangan Individu Wanita 11-13 Tahun
Peringkat kalah mati 1/32 

1. Nur Hidayah Zulkefli (PEN) vs Nur Rafiqa (PHG)
- Nur Hidayah tidak layak ke peringkat 1/16 selepas tewas pada lawannya dengan mata 4-6.

2. Fathin Nur Firzanah (JHR) vs Nor Syafiza (PEN)
- Nor Syafiza tidak layak ke peringkat 1/16 selepas tewas pada lawannya dengan mata 2-6.

3. Nur Balqis Fathi mendapat bye dan layak ke peringkat 1/16.

Perseorangan Individu Wanita 11-13 Tahun
Peringkat kalah mati 1/16

1. Nur Balqis Fathi (PEN) vs Safi Qurratu Aini (PHG)
- Nur Balqis Fathi layak ke peringkat 1/8 selepas mengalahkan lawannya dengan mata 7-1.

Perseorangan Individu Wanita 11-13 Tahun
Peringkat kalah mati 1/8

1. Nur Balqis Fathi (PEN) vs Nur hidayah Yahya (JHR)
- Nur Balqis Fathi layak ke peringkat suku akhir selepas mengalahkan lawannya dengan mata 6-2.

Perseorangan Individu Wanita 11-13 Tahun
Peringkat suku akhir

1. Nur Balqis Fathi (PEN) vs Maizatul Najihah (KED)
- Nur Balqis Fathi tidak layak selepas kalah pada lawannya dengan mata 4-5.

Berikut pemenang Perseorangan Individu Wanita 11-13 Tahun.

Emas - Sufia Nabilah Subarjo (TRG)
Perak - Rushida Mohd Shahril Rizal (KED)
Gangsa - Alia Maisarah Hamdan (JHR)
Keempat - Maizatul Najiha Md Yusof (KED)

Pencapaian Pasukan Memanah Pulau Pinang amat memuaskan walaupun setiap pemanah tidak membawa balik pingat namun prestasi scoring meningkat.

Pertandingan tamat pada jam 5.30 petang dan akan bersambung pusingan olimpik berpasukan pada hari terakhir (3 Disember 2016)

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari Ayer Keroh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved