Monday, December 5, 2016

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN MEMANAH KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 3/2016

Kejohanan : Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016
Sukan : Memanah
Tarikh : 1 Disember 2016 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Dataran Sejarah Ayer Keroh Melaka

Hari ini merupakan hari permulaan di mana saingan sebenar kepada pemanah-pemanah muda akan bermula dengan menguji kekuatan mental dan fizikal pemanah di tambah pula dengan iringan doa dan harapan daripada kami selaku pegawai dan jurulatih yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan pemanah-pemanah daripada Pelapis Negeri berjuang sehingga titisan terakhir. Saingan sebelah pagi dimulakan dengan sightest jam 8.00 pagi untuk sesi pemanasan badan sebelum saingan sebenar jam 9.00 pagi. Acara pagi hanya berlangsung acara Double 50M Lelaki & Wanita Bawah 14-15 tahun.

Untuk karnival kali ini, Pasukan Pulau Pinang menurunkan barisan pemanah yang melibatkan Pusat Latihan Negeri dan Pusat Latihan Daerah. Kekuatan pemanah adalah seramai 21 pemanah (14L & 7W) yang melibatkan semua acara yang dipertandingkan.

Berikut disertakan keputisan rasmi kejohanan untuk acara Double 50M Lelaki & Wanita Bawah 14-15 tahun yang melibatkan Pasukan Pulau Pinang :-

Acara Double 50M Lelaki (14-15 tahun)
1.Muhammad Aliff Aiman (SEL) - 655/1
2.Muhammad Azim Omar (KED) - 635/2
3.Muhammad Aqil Azman (SWK) - 581/3
4.Kenneth Loh Jian Han (PEN) - 481/24
5.Akmal Husaini Johari (PEN) - 480/26
6.Muhammad Farid Danial (PEN) - 415/35
7.Adam Haris Roslan (PEN) - 392/40
8.Ahmad Saidi Mohd Azman (PEN) - 383/41

Acara Double 50M Wanita (14-15 tahun)
1.Siti Hajar Asyiqin (SEL) - 558/1
2.Nur Ain Mohd Saiful (SMK Seri Rusa) - 558/2
3.Nur Natella Syuhada Nazer (KED) - 557/3
4.Lim Fang Ying (PEN) - 495/13
5.Seow Pei Chyng (PEN) - 482/14
6.Sam Jia Rou (PEN) - 482/15
7.Anis Fatin Nabila (PEN) - 195/39

Acara Double 25M Lelaki (11-13 tahun)
1.Izz Azraei Izzudin (SEL) -693/1
2.Syafeeq Mohd Zakir (WP) - 678/2
3.Mohd Amirul Asyraf (WP) - 675/3
4.Calvin Loh Jian Neng (PEN) - 655/10
5.Muhd Amier Irfan (PEN) - 641/16
6.Liew Kai Wen (PEN) - 598/32
7.Mohd Aiman Zakwan Mohd Azahar (PEN) - 594/33
8.Muhd Hafiz Fathi (PEN) - 581/43

Acara Double 25M Wanita (11-13 tahun)
1.Sufia Nabilah Subarje (TER) - 683/1
2.Maizatul Najihah Md Yusof (KED) - 680/2
3.Erika Rinir Anak Denis (SAR) - 677/3
4.Nur Balqis Fathi (PEN) - 646/10
5.Nur Hidayah Zulkefli (PEN) - 545/33
6.Nor Syafiza Umairah Marzuki (PEN) - 485/40

Pertandingan hari ini tamat pada jam 7.00 petang akan akan bersambung pada esok hari (2 Dis 2016) dengan acara perseorangan individu lelaki 14-15 tahun & wanita 11-13 tahun pada sebelah pagi dan wanita 14-15 tahun & lelaki 11-13 tahun pada sebelah wanita.

Sekian, Terima Kasih
Laporan dari Ayer Keroh Melaka

Read more...

LAPORAN HARI PERTAMA (MESYUARAT PENGURUS PASUKAN) KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 3/2016

Tarikh : 30 November 2016 (Rabu)
Tempat : Ayer Keroh, Melaka

Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/3016 telah membuka kalendar pada akhir tahun 2016 dimana penganjuran kali ini akan dilaksanakan oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Melaka bersama Persatuan Negeri. Kejohanan ini akan berlangsung selama 4 hari bermula pada 30 November hingga 3 Disember 2016 yang melibatkan 9 lokasi pertandingan iaitu Angkat Berat (Mydin Mall Ayer Keroh), Olahraga (IPG Durian Daun), Memanah (Dataran Sejarah Ayer Keroh), Tinju (Melaka Mall Ayer Keroh), Gimnastik (Dewan Gimnastik Ayer Leleh), Gimrama (Kompleks Sukan Komuniti Krubong), Menembak (Lapang Sasar Menembak Ayer Keroh), Sepak Takraw (Dewan MSN Ayer Keroh) & Akuatik Terjun (Pusat Akuatik Hang Jebat). Sebanyak 14 negeri terlibat secara langsung dalam kejohanan kali ini, namun pasukan pelapis Pulau Pinang hanya mengambil bahagian dalam 8 sukan daripada 9 sukan yang dipertandingkan.

Kontinjen Pulau Pinang telah bertolak dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang secara berperingkat pada jam 8.00 pagi dan tiba di Melaka pada jam 5.30 petang. Penglibatan keseluruhan bagi kontinjen Negeri Pulau Pinang adalah seramai 178 orang yang melibatkan 7 orang pegawai, 23 orang jurulatih, dan 148 orang atlet.

Objektif kejohanan ini berlangsung adalah sebagai medan pendedahan atlet-atlet pembangunan yang berumur 11 hingga 15 tahun. Di samping itu juga atlet-atlet dapat merasai suasana pendedahan pertandingan  sebagai persediaan untuk ke kejohanan yang lebih tinggi secara berperingkat-peringkat.

Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi sukan yang terlibat telah selesai diadakan dimana fasa sebelah petang hanya sukan Memanah dan Olahraga manakala pada sebelah malam melibatkan sukan Sepaktakraw, Menembak, Gimnastik Artistik, Gimrama, Tinju, Angkat Berat. Secara keseluruhan mesyuarat kali ini tiada isu-isu berbangkit dan pihak penganjur mengingatkan kepada semua negeri agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Pihak penganjur mengucapkan "Selamat Berjuang" kepada semua negeri yang bertanding.

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari Ayer Keroh Melaka

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMRAMA

Tarikh : 29 November 2016 (Selasa)
Masa : 8.00 pm - 9.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 12 Orang

LATIHAN
1. Leaps, Pivot & Flexibility
2. Ball
3. Hoop
4. Ribbon

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Sukan Gimrama Pelapis Negeri Siri 2/2016 pada 16 Disember 2016 jam 8.00 malam

PERTANDINGAN
1. Karnival Bakat Sukan Gimrama Pelapis Negeri Siri 3/2016 yang akan berlangsung pada 29 November hingga 3 Disember 2016 di Melaka

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN

1. Kawasan warm up yang dimakan anai-anai masih menunggu pihak persatuan untuk menggantikan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Jurulatih memaklumkan masih ada beberapa atlet yang baru memasuki sukan gimrama akan ke karnival bakat dan masih terdapat beberapa atlet yang kurang bersedia dan lupa elemen yang telah diajar.
2. Jurulatih memklumkan kekangan fokus daripada jurulatih merupakan salah satu faktor atlet tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik bagi karnival bakat. JSM tidak dapat menampung atlet yang ramai.
3. PPN telah menyuarakan masalah jurulatih sepenuh masa kepada pihak persatuan namun sudah memasuki setahun masih tiada jawapan untuk jpm. Hal ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat JKK 2/2016 untuk mendapat kata putus dari MJAPP.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 29 November 2016 (Selasa)
Masa : 7.00 pm - 8.00 pm
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Zhang Jiquan - JLN MSNPP
2. Foong Kok Seng - JPM MSNPP
3. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 12 Orang

LATIHAN
1. Flexibility
2. Parallel Bars
3. Ring

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Bil 2/2016 yang dicadangkan akan berlangsung pada 9 Disember 2016 jam 8.00 malam untuk MAG. 

PERTANDINGAN

1. Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 2/2016 yang akan berlangsung pada 30 Nov hingga 3 Disember 2016 di Melaka.
2. Kejohanan Gimnastik Artistik Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2016 pada 2 hingga 4 Disember 2016 di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Lampu - Masih dalam proses pembaikan setelah proses naiktaraf bumbung lengkap

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Jurulatih memaklumkan atlet tidak dapat menjalani latihan dengan baik dan tidak mencukupi masa untuk ke kejohanan memandangkan proses naik taraf bumbung di gimnasium dilanjutkan sehingga 28/11/2016 atlet dapat menjalani latihan pertama.
2. Kehadiran atlet memuaskan memandangkan jurulatih memaklumkan kepada atlet hanya mereka yang akan ke kejohanan perlu datang menjalani latihan untuk memberi fokus yang lebih.
3. Keadaan lampu di gimnasium masih dalam proses pembaikan dan PPN memaklumkan kepada jurulatih sekiranya ada proses pembaikan mohon memberhentikan latihan bagi mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak diingini.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Tuesday, November 29, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BADMINTON

Tarikh : 28 November 2016 (Isnin)
Masa : 7.30 malam hingga 9.00 malam
Tempat : Dewan Badminton Bukit Dumbar, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. En Razlan Rajan - JPM (Lantikan BAM)
2. En Chaw Kheng - JPM (Lantikan BAM)
3. Cik Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 31 orang

LATIHAN
-Tiada

UJIAN

-Tiada

PERTANDINGAN
- Celcom Axiata Gosen PBA Penang Closed Individual Badminton Tournament 2016 yang sedang berlangsung, kejohanan telah bermula dari 23 hingga 28 November 2016 di Dewan Badminton PBAPP.

KECEDERAAN
- Tiada

PERALATAN

- Tiada

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Hari ini merupakan hari terakhir Celcom Axiata Gosen PBA Penang Closed Individual Badminton Tournament 2016, penyertaan sangat menggalakkan memandangkan kejohanan terbuka yang dianjurkan.
2. Seramai 31 orang atlet Pelapis yang menyertai kejohanan terbuka pada kali ini namun yang sampai peringkat akhir dan memenangi kejohanan ini adalah seperti berikut :-

3. Pasukan Pelapis Pulau Pinang berjaya membawa pulang 2 Emas, 1 Perak dan 8 Gangsa.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved