Tuesday, November 29, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 28 November 2016 (Isnin)
Masa : 3.00 pm - 5.00 pm
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Liu Shu Nan - JLN
2. Jessica Tan Ai Ling - JPM MSNPP
3. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 11 Orang

LATIHAN
1. Flexibility
2. Acro elements
3. Dance elements
4. Dismount

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Bil 2/2016 yang dicadangkan akan berlangsung pada 15 Disember 2016 jam 3.00 petang untuk WAG. 

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Gimnastik Artistik Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2016 pada 2 hingga 4 Disember 2016 di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Lampu - Masih dalam proses pembaikan setelah proses naiktaraf bumbung lengkap.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan memandangkan hari ini merupakan hari pertama menjalani latihan sejak proses pembaikan bumbung dijalankan seperti dalam memo yang sebelum ini adalah pada 15 November. Namun begitu, hanya hari ini dibenarkan menjalani latihan dan perlu berhati-hati sekiranya proses pendawaian dijalankan latihan perlu diberhentikan oleh jurulatih.
2. Atlet menjalani latihan dengan penuh semangat kerana sudah lama tidak menjalani latihan selepas program latihan bersama di Taiping yang lalu.
3. Jurulatih memaklumkan bagi atlet yang tidak bersedia ke kejohanan tidak akan menyertai kejohanan yang akan datang ini.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Monday, November 28, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TAEKWONDO

Tarikh :  27 November 2016 (Ahad)
Tempat : Dewan Ria, Butterworth
Masa : 6.30 malam hingga 8.30 malam

KEHADIRAN
1. Master Rajendran a/l Rajoo - JSM 
2. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN
3. Atlet : 14 Orang

LATIHAN
1. Warm up & stretching
2. Fitness training
3. Muscle endurance training
4. Cooling down

UJIAN KECERGASAN
Tiada

PERTANDINGAN
Kejohanan Taekwondo National Interclub Championship 2016 pada 15 hingga 17 Disember 2016 di Stadium Matshushita, Shah Alam, Selangor.

ULASAN RINGKAS
1. Atlet-atlet akan menyertai Kejohanan Taekwondo National InterClub Taekwondo Championship pada 15 hingga 17 Disember 2016 di Stadium Matshushita, Shah Alam, Selangor.
2. Taekwondo Negeri Pulau Pinang (TNPP) akan menganjurkan Kejohanan Tekwondo Festival Sukan Kombat (FESKOM) 2016 pada penghujung bulan 27 hingga 29 Disember 2016.
3. Seorang atlet Pelapis Negeri iaitu Khairi Sebastian telah menyertai Kejohanan Grand Final Sport Excel Circuit 2016 pada 11 hingga 13 November 2016 dan memperoleh pingat emas.
4. Jurulatih akan menyertai program TM (WTF) Examiners & Instructors Seminar pada tarikh 3 Disember 2016 di Kuala Lumpur.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN AKUATIK RENANG

Tarikh : 27 Nov 2016 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi – 9.00 pagi
Tempat : Chinese Swimming Club Penang.

KEHADIRAN
1. Jurulatih
- JSM Lim Jun Ting

2. Atlet
- 12 atlet lelaki (Pelapis)
- 10 atlet wanita (Pelapis)

LATIHAN
1. Warm -Up
2. Time Trial

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Memohon pembelian alatan seperti
        -  Dry Land Pulling Rope ( 8 pieces )
        -  Kicking Board (20 pieces)
        -  Stopwatch (2 pieces)

PROGRAM BINAAN
1. Akan menganjurkan Kem Sukan Renang pada 28-31 Disember 2016. Penyertaan dijangka seramai 60 orang.

ULASAN RINGKAS
1. Latihan telah dijalankan seperti biasa dan mengikut program yang telah disusun oleh jurulatih.
2. Kehadiran atlet memuaskan berikutan atlit rata-rata telah habis musim peperiksaan.
3. Persatuan memohon pembelian peralatan seperti yang dinyatakan di ruangan peralatan.
4. Jurulatih memaklumkan pertambahan atlit setiap bulan hasil daripada pemilihan yang dilakukan oleh jurulatih.Ini berikutan kehadiran ibu bapa membawa anak mereka ke kelab untuk menyertai sukan renang.Atlit yang terpilih akan dipantau selama beberapa bulan sebelum diserap masuk kedalam program.Ini berterusan bagi mengekalkan jumlah atlit yang tidak bertahan  lama didalam program.
5.Secara keseluruhannya,semua dalam keadaan baik.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan Oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2016

Tarikh : 27 November 2016 (Ahad)
Tempat : Gimnasium 1, Institut Sukan Negara, Bukit Jalil
Hari terakhir kejohanan telah memberi impak yang begitu baik kepada pasukan pelapis Pulau Pinang untuk berlatih dengan lebih baik bagi setanding dengan atlet-atlet yang berpotensi tinggi seperti Kuala Lumpur dan Selangor. Acara yang dipertandingkan pada hari ini ialah group exercise bagi U10, U8, dan pre junior. Seterusnya untuk individual adalah acara U10 (bola) dan pre junior (belantan).

Pada hari ini hanya seorang atlet pelapis Pulau Pinang yang akan bertanding dalam acara U10 bola. Berikut disertakan keputusan penuh hari terakhir kejohanan yang melibatkan atlet Pelapis Pulau Pinang :-

Kategori : U10 (Bola)
Caitlin Cheah Pei Syuen - 8.483 mata (10/16)

Setelah selesai semua pertandingan pada hari ini, penyampaian hadiah telah dijalankan pada jam 2.00 petang. Secara keseluruhan pasukan Pulau Pinang telah menunjukkan prestasi yang memuaskan dengan memenangi tempat ketiga dalam acara belantan bagi U9 dan tempat kelima bagi acara gelung U9, bola G4, Belantan U10, gelung G4 dan belantan G4. Namun masih banyak elemen yang perlu diperbaiki oleh jurulatih dan latihan yang lebih intensif kepada atlet.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN HARI KEEMPAT KEJOHANAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN GIMRAMA SIRI 2/2016

Tarikh : 26 November 2016 (Sabtu)
Tempat : Gimnasium 1, Institut Sukan Negara, Bukit Jalil
Hari ini merupakan hari ke-4 kejohanan diteruskan lagi dengan beberapa acara pada sebelah pagi iaitu tali & belantan bagi G4 dan riben & bola bagi G5. Seterusnya pada jam dua hingga enam setengah petang diteruskan lagi dengan acara gelung bagi pre junior, U9,U10, dan G4 ,belantan bagi U10 dan tali untuk U9. 

Berikut disertakan keputusan penuh hari keempat yang melibatkan atlet Pelapis Pulau Pinang :-

Kategori : G4 (Tali)
Ong Wei Yee - 11.766 mata (11/19)
Evelyn Foo Yi Fei - 11.066 mata (14/19)

Kategori : G4 (Belantan)
Ong Wei Yee - 11.650 mata (9/19)
Evelyn Foo Yi Fei - 10.300 mata (15/19)

Kategori : G4 (Gelung)
Ong Wei Yee - 11.766 mata (8/15)
Evelyn Foo Yi Fei - 11.066 mata (12/15)

Kategori : U9 (Gelung)
Nicole Cheng Qi Ern - 7.866 mata (7/14)

Kategori : U9 (Tali)
Nicole Cheng Qi Ern - 7.600 mata (13/14)

Kategori : U10 (Gelung)
Caitlin Cheah Pei Syuen - 8.000 mata (12/14)

Kategori : U10 (Belantan)
Caitlin Cheah Pei Syuen - 9.033 mata (7/16)

Penyampaian hadiah tamat pada jam 7.20 malam dan atlet yang berumur 9 dan 10 tahun diminta tunggu untuk melakukan mini selection bagi YOG. Jurulatih kebangsaan dan Puan Petrina meminta gimnas U9 & U10 berbaris untuk melihat kriteria yang diingini. Akhir sekali mereka membuat keputusan untuk memanggil semula gimnas U9 & U10 pada bulan Disember 2016 untuk melakukan pemilihan seterusnya.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved