Monday, November 28, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMRAMA

Tarikh : 22 November 2016 (Selasa)
Masa : 7.30 pm - 9.00 pm
Tempat : Dewan dan Gelanggang Silat, MSNPP

KEHADIRAN

1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP
3. Koay Chia Li - JSM MJAPP
4. Yeoh Beng Choo - Setiausaha MJAPP

ATLET
1. 19 Orang

LATIHAN
1. Leaps, Pivot & Flexibility
2. Rope
3. Clubs
4. Freehand

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Gimrama Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2016 yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 November 2016 di Kuala Lumpur
2. Karnival Bakat Sukan Gimrama Pelapis Negeri Siri 3/2016 yang akan berlangsung pada 29 November hingga 3 Disember 2016 di Melaka

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN

1. Bumbung gimnasium gimrama MSNPP dalam proses penambahbaikna dan diberi tempoh sehingga 15 November 2016 untuk melengkapkan proses tersebut. Oleh itu, atlet gimrama Pasukan Pelapis Pulau Pinang menumpang pusat latihan silat dan taekwondo untuk menjalani latihan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. PPN memaklumkan kepada jurulatih notis penutupan gimnasium sehingga 15 November 2016 dipanjangkan sehingga pemberitahuan kelak kerana masih terdapat beberapa kawasan dalam gimnasium perlu dibaiki antaranya tandas dan pendawaian elektrik. 
2. Kehadiran atlet amat memberangsangkan kerana kejohanan yang akan berlangsung para atlet memberikan komitmen yang tinggi.
3. Jurulatih juga memaklumkan terdapat beberapa atlet yang akan diberhentikan kerana tidak dapat memberikan komitmen yang baik untuk hadir menjalani latihan.
4. Terdapat 2 orang atlet pelapis Pulau Pinang iaitu Nicole dan Caitlin sedang menjalani latihan bagi mini pemilihan untuk diserap ke National team. Namun begitu, hal ini masih dalam pemilihan dan perbincangan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BOLING PADANG

Tarikh : 22 November 2016 (Selasa)
Masa : 5.30 petang hingga 7.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET

1. 5 Orang 

LATIHAN
1. Draw
2. Deliver
3. Mini game

UJIAN

1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Sime Darby Piala Mutiara 2016 yang dijangka akan berlangsung pada 16 hingga 18 Disember 2016.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Satu quotation untuk pembelian bowls telah diterima dan dalam proses pembelian.
2. Pihak MPSP telah memberi maklumbalas kepada MSNPP berkenaan kos yang diperlukan untuk membaiki green lawn bowls sebanyak RM12,000.00. Namun pihak MPSP masih tidak mengambil apa-apa tindakan disebabkan kekangan bajet yang perlu dikeluarkan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan memandangkan cuaca yang tidak menginzinkan.
2. Jurulatih memaklumkan bahawa kontrak JPM MSNPP tidak disambung dan pasukan pelapis perlu membayar sewa ring untuk menjalankan latihan kerana selama ini pasukan pelapis Pulau Pinang menjalani latihan bersama pasukan SUKMA Pulau Pinang. Oleh itu hal ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat JKK Siri 2/2016.
3. PPN memaklumkan kepada jurulatih Mesyuarat JKK Siri 2/2016 akan dijalankan pada 7 Disember 2016.
4. Jurulatih masih menunggu pembelian bowls dimana pihak PPN memaklumkan perlu menunggu sukan lain yang ingin membuat pembelian untuk memudahkan proses permohonan dan pembelian.
5. Jurulatih memaklumkan bahawa Persatuan Lawn Bowls Pulau Pinang akan mengelolakan satu kejohanan tahunan iaitu Kejohanan Sime Darby Piala Mutiara 2016 pada tarikh yang dijangka 16 hingga 18 Disember 2016. Namun begitu pihak persatuan memohon bantuan kewangan daripada MSNPP dan masih menunggu jawapan kelulusan bajet kejohanan tersebut.

Sekian, Terima Kasih.
 
Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLD BADMINTON

Tarikh : 22 November 2016 (Selasa)
Masa : 4.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : New Town Sports Centre - (Daerah Seberang Perai Selatan)

KEHADIRAN
1. En Tan Hun Bun - JSM (PLD)
2. Cik Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 8 orang

LATIHAN
1. Servis
2. Shadow
3. Game Play

UJIAN

-Tiada-

PERTANDINGAN
- Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Jurulatih memaklumkan semua atlet masih baru dan dalam proses pembelajaran dan masih terdapat atlet yang dilatih tidak memberi komitmen dalam latihan dari segi kehadiran, latihan dan banyak lagi.
2. Jurulatih juga memaklumkan menpunyai seorang atlet yang mempunyai bakat dan dapat diserap dalam pasukan Pulau Pinang pada tahun depan untuk bertanding dalam Kejohanan Dalaman yang dilakukan oleh pihak PBA.
3. Kehadiran atlet pada latihan kali ini agak memuaskan.
4. PPN memaklumkan kepada jurulatih Mesyuarat JKK Siri 2/2016 akan dijalankan pada 9 Disember 2016.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN TENIS

Tarikh : 23 November 2016 (Rabu)
Masa : 4.30 Petang hingga 6.00 Petang
Tempat : Gymnasium MSN Pulau Pinang 

KEHADIRAN
1. 9 Orang atlet Pelapis

LATIHAN
1 Agility Footwork Drill
2. Resistance bend drill 
3. Mini Hurdle Jump

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Hak milik persendirian atlet.
2. Memohon bantuan peralatan seperti bola & jaring

ULASAN RINGKAS
1. Hanya sesi latihan gym sahaja dijalankan berikutan cuaca hujan.
2. Pihak persatuan memaklumkan akan menganjurkan 33RD PENANG OPEN INTERNATIONAL JUNIORS’ AGE GROUP TENNIS CHAMPIONSHIP  pada 28 Nov – 3 Disember di Penang Sports Club.
3. Sebahagian ramai atlit di bawah program USPTN akan menyertai kejohanan berkenaan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan Disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Tuesday, November 22, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 21 November 2016 (Isnin)
Masa : 4.00 ptg - 7.00 ptg
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. Ahmad Rahimi Azizan - JSM
2. Syed Roslan Syed Khalid - JSM
3. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN

ATLET
1. 35 orang

LATIHAN
1. Warm Up & Streching
2. Break Ball
3. Latihan Servis
4. Cooling Down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Atlet dan jurulatih akan menyertai Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016 pada 30 November hingga 3 Disember 2016 di Ayer Keroh Melaka.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Jurulatih ada memohon jaring tahanan bola memandangkan yang sedia ada telah koyak.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual jurulatih yang ditetapkan.
2. Atlet dalam persiapan untuk menghadapi kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 3/2016 pada 30 November hingga 4 Disember 2016 di Ayer Keroh, Melaka.
3. PPN ada berbincang bersama jurulatih untuk mencadangkan nama jurulatih yang akan ditempatkan di Pusat Latihan Daerah yang dipilih. Nama tersebut akan dipanjangkan kepada pihak Persatuan untuk persetujuan bersama.
4. PPN memaklumkan bahawa Mesyuarat JKK Bil 2/2016 akan diadakan pada awal bulan Disember dan masih menunggu tarikh daripada Persatuan.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved