Friday, April 25, 2014

LAPORAN HARI PERTAMA DAN KEDUA KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 1/2014 BAGI SUKAN MENEMBAK

Tarikh   : 23 April 2014 (Rabu) dan 24 April 2014 (Khamis)
Tempat : Lapang Sasar Menembak Sungai Batu Pahat, Perlis.

Kejohanan Menembak Karnival Remaja Kebangsaan Siri 1/2014 membuka tirai pada 23 April 2014 (Rabu). Acara yang dipertandingkan pada hari pertama kejohanan ialah 10M Air Rifle Lelaki dan pasukan Pulau Pinang tidak mengambil bahagian dalam acara ini.

Acara yang dipertandingkan pada hari kedua kejohanan 24 April 2014 (Khamis) ialah 10M Air Rifle Wanita. Pada hari kedua kejohanan pasukan pelapis Pulau Pinang tidak meraih sebarang pingat.

Berikut adalah keputusan rasmi atlet Pulau Pinang pada hari kedua kejohanan :-

Acara   : 10M Air Rifle Wanita
Vernicia Hor Synn Yi - 385.2 x-7 (20/27)
Nur Fatihah Binti Md Amin - 369.6 x-2 (23/27)
Clarissa Cheam Hui Ying - 361.5 x-5 (25/27)
Sekian sahaja laporan pada hari pertama dan kedua Kejohanan Menembak Karnival Remaja Kebangsaan Siri 1/2014. Diharap pasukan pelapis Pulau Pinang dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik pada hari ketiga kejohanan.

Sekian, Terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA SUKAN OLAHRAGA KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 1/2014

Tarikh : 24 April 2014 (Khamis)
Tempat : Stadium Utama Kangar, Perlis

Untuk makluman Karnival Remaja Kebangsaan Siri 1/2014 bagi sukan Olahraga bermula pada 24 April 2014. Semua atlet di peringkat negeri mahupun kelab turut serta memeriahkan bagi sukan Olahraga pada kali ini.

Berikut disertakan keputusan bagi atlet Pulau Pinang pada hari ini :-

LOMPAT JAUH
1. Ke-6 - Nurfarhana Bt Mohamad Jalil (PP) – 4.01 meter

LONTAR PELURU
2. Ke-6 - Yee Jong Kun – 7.36 meter
3. Ke-7 - Rssags Rages Kanna – 7.24 meter

Hanya 3 atlet yang bertanding pada hari pertama dan bagi acara 100m atlet Pulau Pinang tidak layak ke final.

Sekian.

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA SUKAN MEMANAH KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 1/2014

Tarikh : 24 April 2014 (Khamis)
Tempat : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Arau, Perlis

Kejohanan Memanah Karnival Remaja Kebangsaan Siri 1/2014 membuka tirai pada hari ini. Pertandingan kali ini melibatkan kategori bawah 21 tahun (KAT 1) dan kategori bawah 16 tahun (KAT 2). Pasukan Pelapis Negeri Pulau Pinang membariskan seramai 14 orang atlet terdiri daripada 8 orang lelaki dan 6 orang wanita. Hari ini mempertandingkan pusingan FITA bagi 4 jarak bagi setiap kategori. 2 Jarak setiap sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Berikut adalah keputusan rasmi atlet Pulau Pinang pada hari pertama kejohanan:

LELAKI KAT 1
1. Dennis Koay Ting Fan - 1128/2
2. Quak Ting Sheng - 1008/11
3. Khor Gui Tang - 967/13

WANITA KAT 2
1. Syarfa Zulaikha Bt Shabuddin - 1156/1
2. Teoh Wen Zhing - 1110/4
3. Hurunain Bt Abdul Aziz - 847/14

LELAKI KAT 2
1. Lim Kar Hoe - 955/33
2. Tan Chin Wei - 869/42
3. Teoh Yi Bhin - 837/47
4. Ahmad Abdillah - 811/53

WANITA KAT 2
1. Kayalvhilly Partiben - 1114/4
2. Pritiswary Muniswaran - 936/20
3. Nurin Sofiya - 695/39

Pada hari kedua esok bakal mempertandingkan acara pusingan olimpik. Sekian laporan hari pertama dari sukan memanah.

Terima kasih.

Disediakan oleh
Suhairi Othman

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA SUKAN TINJU KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 1/2014

 Tarikh : 24 April 2014 ( Khamis)
Tempat : Arena Futsal Kompleks Sukan Kangar Perlis.
Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang

Hari ke-2 bermula seperti biasa dimana sesi timbang dan pemeriksaan kesihatan diadakan pada sebelah pagi untuk kesemua petinju yang layak ke pusingan seterusnya. Perlawanan bermula pada sebelah petang bermula pada jam 2.00 petang. Pada hari ini seramai 6 petinju dari Pulau Pinang bertanding mengikut kategori berat masing-masing. 3 petinju kategori umur 13-14 tahun telah melayakkan diri ke perlawanan Akhir Berikut keputusan perlawanan hari ini.

(13 -14 Tahun)

Kategori 38 kg
1. Muhammad Qayyum Abid (PNG) vs Danish Thaqif Bin Zainal (KDH)

Kategori 40 kg
2. Muhammad Rasdenal Haikal (PNG) vs Muhammad Fitri Aiman Bin Azuan (KDH)

Kategori 44 kg
3. Shekh Ramatullah Ibrahim (PNG) vs Muhammad Akmar Farhan Bin Mohammad Pauzi ( KDH)

Kategori 42kg
4. Emi Nur Zamani Bin Eddy Zulkifli (PNG) vs Mohd Nasiruddin Bin Yahya (PNG)

(15 – 16 Tahun)

Kategori 46kg
5. Izzul Iman Asari (PNG) vs Mohd Hadri Bin Kudrad (JHR)

(17 – 18 Tahun)

Kategori 52kg
6. Mohammad Harizwan Zainuddin (PNG) Vs Arfiqanie Mohd Asnsohari (PK)

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA SUKAN ANGKAT BERAT KARNIVAL REMAJA KEBANGSAAN 1/2014

Tarikh : 24 April 2014 (Khamis)
Tempat : Dewan Utama IKBN, Kuala Perlis
Masa : 9.00 pagi - 5.45 petang

Karnival Remaja Kebangsaan 1/2014 bagi Sukan Angkat Berat diteruskan lagi pada hari kedua dengan kategori 56 kg, 62 kg, 69 kg, 77 kg & 85 kg bagi kategori Terbuka. Kejohanan bermula seawal jam 7.00 pagi dengan timbang berat bagi kategori 56 kg. Kategori yang dipertandingkan hari ini adalah medan pemilihan kelayakan untuk layak ke Sukan Komanwel 2014 di Glasgow Scotland.

Disertakan keputusan untuk hari ini : -

Kategori 56 kg Kategori Terbuka
Snatch
1. Mohd Faizal Baharom (PHG) - 112 kg
2. Mohd Azroy Hazal Wafie (PHG) - 110 kg
3. Mohd Aznil Bidin (KDH) - 107 kg

Clean & Jerk
1. Mohd Faizal Baharom (PHG) - 135 kg
2. Zulhiemie Md Fisol (MAL) - 132 kg
3. Mohd Aznil Bidin (KDH) - 130 kg

Kategori 62 kg Kategori Terbuka
Snatch
1. Naharudin Mahayudin (SLGR) - 117 kg
2. Mohd Hisyam Nadmi (TRG) - tiada angkatan
3. Amirul Hamizan Ibrahim (PHG) - tiada angkatan

Clean & Jerk
1. Naharudin Mahayudin (SLGR) - 142 kg
2. Amirul Hamizan Ibrahim (PHG) - 135 kg
3. Mohd Hisyam Nadmi (TRG) - tiada angkatan

Kategori 69 kg Kategori Terbuka
Snatch
1. Mohd Azrul Huzairi Ramli (PHG) - 131 kg
2. Safuan Saniey Khadry (ATM) - 110 kg
3. Mohd Hafizi Adzman (PRK) - 107 kg

Clean & Jerk
1. Mohd Azrul Huzairi Ramli (PHG) - 155 kg
2. Safuan Saniey Khadry (ATM) - 135 kg
3. Mohd Hafizi Adzman (PRK) - 115 kg

Kategori 77 kg Kategori Terbuka
Snatch
1. Mohd Hafifi Mansor (TRG) - 141 kg
2. Abdul Mubin Rahim (TRG) - 140 kg
3. Loro Wellkinson (PK) - 134 kg
9. Abdul Haris Che Pi (PP) - tiada angkatan
- untuk makluman Mohd Hafifi & Abdul Mubin telah memecahkan rekod lama iaitu 136 kg yang dipegang oleh Zulkifli Che Rose.

Clean & Jerk
1. Mohd Hafifi Mansor (TRG) - 177 kg
2. Abdul Mubin Rahim (TRG) - 177 kg
3. Loro Wellkinson (PK) - 160 kg
9. Abdul Haris Che Pi (PP) - tiada angkatan
- Mohd Hafifi & Abdul Mubin telah memecahkan rekod lama iaitu 171 kg yang dipegang oleh Abdul Mubin sendiri.

Kategori 85 kg Kategori Terbuka
Snatch
1. Mohd Faerul Talib (ATM) - 128 kg
2. Mohd Fazrul Azrie (PHG) - 127 kg
3. Muhd Hisyamuddin (TRG) - 127 kg

Clean & Jerk
1. Mohd Faerul Talib (ATM) - 152 kg
2. Mohd Yusof Azmi (KDH) - 150 kg
3. Arief Azwan Zulkifli (SLGR) - 147 kg

Kategori 56 kg & 77 kg pada hari ini yang melibatkan atlet Pulau Pinang agak mengecewakan dari segi angkatan.

Kejohanan tamat pada jam 5.45 petang dan akan bersambung pada esok hari dengan kategori 44 kg, 48 kg, 53 kg, 58 kg, 63 kg, 69 kg, +69 kg (wanita bawah 17 tahun) dan kategori 94 kg, +94 kg lelaki bawah 17 tahun)

Sekian, Terima Kasih

Laporan dari Perlis Indera Kayangan

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved