Friday, April 18, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PEMILIHAN ATLET KE KEJOHANAN REMAJA KEBANGSAAN BAGI SUKAN TINJU (PULAU PINANG)

Tarikh : 17 April 2014 (Khamis)
Masa : 5.00 petang – 6.30 Petang
Tempat : Gelanggang Tinju MSN, Batu Uban, Pulau Pinang

Pada 17 April 2014 satu sesi pemilihan tinju untuk kejohanan Remaja Kebangsaan 2014 telah diadakan bagi memilih atlet mewakili Pulau Pinang ke kejohanan tersebut. Sesi sparring ini ditangguhkan pada mulanya atas permintaan jurulatih.

Sesi sparring ini telah disertai 3 buah pusat latihan iaitu Pusat Latihan Tinju Batu Uban, Pusat Latihan Tinju Titi Mukim dan Kelab Indian Star Pulau Pinang dimana melibatkan 20 orang petinju. Sesi sparring dijalankan mengikut kategori berat yang dipertandingkan untuk Kejohanan Remaja Kebangsaan di Perlis nanti.

Seramai 12 peserta telah terpilih dari sparring yang telah dijalankan. Mereka dipilih melalui  penilaian 3 orang jurulatih iaitu Johny Kasiran, Zainuddin dan Arumugam. Sesi berakhir kira-kira 6.30 petang.

Tahniah kepada yang terpilih, semoga dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika Kejohanan nanti.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN OLAHRAGA

Tarikh : 17 April 2014 (Khamis)
Tempat : Stadium MPSP Bukit Mertajam
Masa : 5.30 petang

KEHADIRAN
1. K. Mahalingam (JSM)
2. 13 Atlet.

LATIHAN
1. Drill, Walking, 200M, Interval Run, Curve Starting Blok, Accelaration 60M, Speed Endurance.

UJIAN
- Tiada -

PERTANDINGAN
1. Karnival Remaja Kebangsaan 23 - 26 April 2014, Kejohanan Olahraga Terbuka Kedah 25 - 26 April 2014.

KECEDERAAN 
- Tiada -

PERALATAN
- Tiada -

PROGRAM BINAAN
1. TID / Klinik akan dijalankan pada awal bulan Mei 2014 SMK Permatang Rawa dan SMK Permai Indah.

ULASAN
1. Makluman, atlet yang layak ke SUKMA Perlis akan menyertai Kejohanan Terbuka Kedah dan selebihnya akan menyertai Karnival Remaja Kebangsaan di Perlis.
2. Jurulatih memaklumkan bahawa latihan juga turut dibantu oleh jurulatih serantau iaitu En. Krishnan dan En. Mazlan.
3. Berkaitan dengan TID/Klinik Jurulatih Pelapis Negeri dan Jurulatih Serantau akan bekerjasama menjalankan program terbabit.
4. Hasil dari pemerhatian, atlet-atlet menjalani latihan dengan baik dan lancar.

Sekian.

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN UJIAN KECERGASAN SUKAN PELAYARAN

Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)
Tarikh : 16 April 2014 (Rabu)
Masa : 4:00 ptg - 6:00 ptg

KEHADIRAN
1. En Cheah Boon Chong – Ketua Unit ISN PP
2. Pn. Loo Lean Hiong - Pegawai Belia dan Sukan ISNPP
3. Pn. Shahrina Haryani Bt Yaali - Penolong Pegawai Belia Dan Sukan ISNPP
4. Pn. Intan Suliana Bt Sulaiman - Pembantu Tadbir ISNPP
5. En Hakimi - JSM MSNPP
6. En. Chew Chee Tatt - Penyelaras Sukan MSNPP
7. Pelajar Praktikal - 2 Orang

OBJEKTIF
Ujian kecergasan ini diadakan bagi menilai kecergasan atlet-atlet Pulau Pinang yang akan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) XVII, Perlis 2014. Ujian pada kali ini melibatkan atlet-atlet bagi sukan Pelayaran yang terpilih menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) XVII, Perlis 2014.

PENYERTAAN
1. 8 Orang atlet ( 6 Lelaki dan 2 Wanita)
2. Kesemua atlet yang terlibat merupakan atlet di bawah program Pelapis Negeri.

UJIAN KECERGASAN

1. BMI Test
2. Sit and Reach Test
3. Standing Broad Jump
4. Agility Test
5. Speed Test
6. Hand Grip Test
7. Bleep Test

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN
1. Ujian ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Pusat Satelit ISN Pulau Pinang. 
2. Ujian pada kali ini merupakan medan bagi menguji kecergasan fizikal atlet-atlet yang bakal menghadapi Temasya Sukan Malaysia (SUKMA), Perlis  2014.
3. Atlet-atlet yang terlibat menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang sesi ujian dijalankan. 
4. Tahniah kepada atlet yang dapat menghadiri ujian pada hari ini.

Sekian Terima kasih

Laporan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN OLAHRAGA

Tarikh : 1 April 2014 (Selasa)
Tempat : Stadium MPSP Bukit Mertajam.
Masa : 5.30 petang

KEHADIRAN
1. K. Mahalingam (JSM)
2. 14 Atlet

LATIHAN
1. Drill & Walking

UJIAN
- Tiada -

PERTANDINGAN
1. Karnival Remaja Kebangsaan 23 - 26 April 2014, Kejohanan Olahraga Terbuka Kedah 25 - 26 April 2014.

KECEDERAAN 
- Tiada -

PERALATAN
- Tiada -

PROGRAM BINAAN
- Tiada -

ULASAN
1. Terdapat 2 Kejohanan bertindih, setelah berbincang bersama jurulatih atlet yang layak ke SUKMA Perlis akan bertanding di Kejohanan Kedah Open dan selebihnya akan ke Karnival Remaja Kebangsaan di Perlis.
2. Bagi Atlet yang mengambil acara selain acara jalan kaki akan dibantu oleh jurulatih serantau.
3. Dari pemerhatian latihan berjalan lancar dan atlet dapat menerima arahan dengan baik daripada jurulatih.

Sekian.

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

Tuesday, April 15, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN UJIAN KECERGASAN ATLET SUKMA 2014 BAGI SUKAN SKUASY

Tempat : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)
Tarikh : 14 April 2014 (Isnin)
Masa : 4:00 ptg - 6:00 ptg

KEHADIRAN
1. Pn. Loo Lean Hiong - Pegawai Belia dan Sukan ISNPP
2. Pn. Shahrina Haryani Bt Yaali - Penolong Pegawai Belia Dan Sukan ISNPP
3. Pn. Intan Suliana Bt Sulaiman - Pembantu Tadbir ISNPP
4. Khoo Teng Hin - JPM USPTNPP
5. Aaron Soyza - JSM MSNPP
6. Pn. Azura Binti Abdul Rahman - Penyelaras Sukan MSNPP
7. Pelajar Praktikal - 2 Orang

OBJEKTIF
Ujian kecergasan ini diadakan bagi menilai kecergasan atlet-atlet Pulau Pinang yang akan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) XVII, Perlis 2014. Ujian pada kali ini melibatkan atlet-atlet bagi sukan skuasy yang terpilih menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) XVII, Perlis 2014 .

PENYERTAAN
1. 6 Orang atlet (4 Lelaki dan 2 Wanita)
2. Kesemua atlet yang terlibat merupakan atlet di bawah program Pelapis Negeri.

UJIAN KECERGASAN

1. BMI Test
2. Sit and Reach Test
3. Standing Broad Jump
4. Agility Test
5. Speed Test
6. Hand Grip Test
7. Bleep Test

KECEDERAAN
Tiada

ULASAN
1. Ujian ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Pusat Satelit ISN Pulau Pinang. 
2. Ujian pada kali ini merupakan medan bagi menguji kecergasan fizikal atlet-atlet yang bakal menghadapi Temasya Sukan Malaysia (SUKMA), Perlis  2014.
3. Atlet-atlet yang terlibat menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang sesi ujian dijalankan. 
4. Tahniah kepada atlet yang dapat menghadiri ujian pada hari ini.

Sekian Terima kasih

Laporan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved