Monday, March 31, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN BERSAMA/KEJOHANAN DALAMAN ATLET PELAPIS SERANTAU DAN PELAPIS NEGERI

Tarikh : 26 hingga 28 Mac 2014
Masa : 3.00 petang
Tempat : Gelanggang Tinju MSN, Batu Uban, Pulau Pinang

Pada 26 hingga 28 Mac 2014 satu Program Latihan dan Sparring di antara pelapis Negeri dan pelapis serantau telah dapat diadakan. Program ini diadakan bertujuan memantapkan lagi kemahiran individu bagi petinju-petinju untuk kedua-dua belah pihak. Selain itu penyertaan beberapa orang petinju dari pasukan tentera pada sesi sparring menambahkan kehangatan suasana pada sesi sparring. Pada program kali ini terdapat 6 kategori berat yang diadakan seperti di bawah :
-  46kg
-  49kg
-  52kg
-  56kg
-  60kg
-  64kg

Sesi sparring diadakan selama 3 hari berturut-turut dimana pasukan serantau membawa 9 orang petinju yang berdepan petinju berbeza dari Pelapis Pulau Pinang dan beberapa orang tentera yang turut berlatih sama. Program berakhir pada 28 Mac 2014 di mana sesi terakhir dijalankan di waktu pagi. Di harap program ini memberikan petinju motivasi untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat sewaktu sesi sparring dijalankan.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN BENGKEL PERIODISASI USPTN PULAU PINANG

Tarikh : 22 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00 am hingga 5.00 pm
Tempat :
Bilik Cemerlang Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN

1. En.Cheah Boon Chong- ISNPP
2. Kakitangan USPTNPP
3. 12 Jurulatih Separuh Masa USPTNPP

Pada 22 Mac 2014, pihak USPTN Pulau Pinang dengan kerjasama ISN Satelit Pulau Pinang telah mengadakan “Refresher Course“ untuk plan periodisasi bagi setiap jurulatih Separuh Masa (JSM) USPTN Pulau Pinang. Program ini terbahagi kepada 2 sesi dimana ia dimulakan dengan sesi teori pada sebelah pagi dan diikuti sesi praktikal pada sesi petang.Kehadiran kurang memuaskan berikutan beberapa jurulatih terlibat dengan kejohanan.

Untuk sesi teori Mr Cheah Boon Chong telah membincangkan bagaimana cara untuk membina plan periodisasi yang efektif untuk meningkatkan prestasi atlet ke tahap yang optimum. Jurulatih juga di kehendaki membentangkan “Strength & Weakness“ sukan masing-masing. Ini memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi masalah dan idea dalam memajukan sukan yang dipertangung jawabkan kepada mereka.

Pada sebelah petang di dalam sesi praktikal, jurulatih diminta melakarkan plan periodisasi mereka untuk tahun 2014. Sesi ini lebih menjurus kepada kefahaman dan kemahiran jurulatih dalam merancang program untuk sukan masing- masing mengikut takwim tahunan yang telah diberi.Elemen kreativiti dalam merancang program sangat di tekankan dengan mempelbagaikan corak latihan mengikut fasa-fasa plan periodisasi. Bengkel berakhir pada jam 5.00 petang.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Wednesday, March 26, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 24 Mac 2014 (Isnin)
Masa : 4.00 pm hingga 6.00 pm
Tempat : Jabatan Belia & Sukan (JBS) Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Jaffery Low Wei Loon
2. 4 Orang Atlet Pelapis & Pembangunan

LATIHAN
1. Warm up & Strething
2. Free shooting
3. Basic shooting 
4. 30 meter shooting

PERTANDINGAN
Pada bulan Mac 2014, menyertai kejohanan seperti berikut:
1. Kejohanan Memanah Pelapis Zon Utara Siri 1/2014 pada 14 hingga 16 Mac 2014 bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.
2. Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2014 pada 24 hingga 28 Mac 2014 di Labuan.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN
1. 
 Kehadiran atlet pada sesi latihan kurang memberangsangkan berikutan kebanyakkan atlet Pelapis Negeri menyertai Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2014 dari 24 hingga 28 Mac 2014 di Labuan.
2. Telah menerima bantuan 5 target butt dan stand dari Cawangan Pelapis.
3. Memaklumkan kepada jurulatih berkaitan pemantauan Roving Coach di PLN oleh Jurulatih Pelapis Kebangsaan iaitu Encik Othman Wahab. 
4. Mendapatkan maklumat dan data terkini atlet-atlet Pelapis Negeri.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Sunday, March 23, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TINJU

Tarikh : 21 Mac 2014 (Jumaat)
Masa : 5.30 petang hingga 6.45 petang
Tempat : Pusat Latihan Tinju Batu Uban, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Johnny Kasiran – Jurulatih. 
2. Pakianathan A/L Sabastin – Pembantu Jurulatih.
3. Fazli Hisam Zainol Abidin - PPN Sukan Tinju.

ATLET
1. 8 orang atlet pembangunan

LATIHAN
1. Tumbukan (Padding & Punching Bag)
2. Shadow Boxing
3. Skipping

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Selesai menyertai Kejohanan Pelapis Zon Utara Siri 1/2014 di Kedah baru-baru ini, Pasukan Pulau Pinang memperolehi 5 Emas, 4 Perak.

KECEDERAAN
Tiada.

PERALATAN
Memohon tambahan Glove untuk melancarkan sesi latihan.

PROGRAM BINAAN
Tiada.

Ulasan Ringkas
1. Latihan berjalan lancar.
2. Kedatangan atlet kurang memuaskan.
3. Seramai 5 orang atlet dibawah program Pelapis akan menyertai Sukma Perlis 2014.
4. Jurulatih telah dimaklumkan mengenai Kejohanan Tinju Zon Utara yang akan diadakan di Pulau Pinang pada Jun 2014.
   
Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Friday, March 21, 2014

LAPORAN RINGKAS KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK MSSPP 2014

Tarikh : 18 hingga 19 Mac 2014
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Kejohanan Gimnastik Artistik MSSPP 2014 berlangsung pada 18 hingga 19 Mac 2014. Kejohanan yang dijalankan selama 2 hari telah dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSPP). Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG), Undang-Undang Gimnastik Malaysia (PGM), Undang-Undang Gimnastik MSSM, dan Peraturan-Peraturan Am MSSM. Kejohanan ini dijalankan untuk menilai prestasi atlet antara sekolah-sekolah dalam negeri Pulau Pinang.

Berikut merupakan keputusan rasmi kejohanan bawah 12 tahun :-

MAG - Bawah 12 Tahun

Acara            : Individu Keseluruhan
Emas            : Derrick Khoo Kai Jia (SJK (C) Han Chiang)
Perak            : Soon Khye Ze (SJK (C) Kwang Hwa, Sungai Nibong)
Gangsa         : Yap Zi Yi (SJK (C) Perempuan China)

Acara            : Senam Lantai
Emas            : Desmond Chung Chun Hao (Chung Hwa Confucian B) - Mata (8.4)
Perak            : Derrick Khoo Kai Jia (SJK (C) Han Chiang) - Mata (8.2)
Gangsa         : Soon Khye Ze (SJK (C) Kwang Hwa, Sungai Nibong) - Mata (8.1)

Acara            : Kekuda Berpelana
Emas            : Derrick Khoo Kai Jia (SJK (C) Han Chiang) - Mata (8.7)
Perak            : Soon Khye Ze (SJK (C) Kwang Hwa, Sungai Nibong)- Mata (7.6)
Gangsa         : Desmond Chung Chun Hao (Chung Hwa Confucian B) - Mata (7.5)

Acara            : Gelang
Emas            : Derrick Khoo Kai Jia (SJK (C) Han Chiang) - Mata (8.8)
Perak            : Desmond Chung Chun Hao (Chung Hwa Confucian B) - Mata (7.9)
Gangsa         : Soon Khye Ze (SJK (C) Kwang Hwa, Sungai Nibong)- Mata (7.8)

Acara            : Melombol
Emas            : Derrick Khoo Kai Jia (SJK (C) Han Chiang) - Mata (10.03)
Perak            : Soon Khye Ze (SJK (C) Kwang Hwa, Sungai Nibong)- Mata (8.97)
Gangsa         : William Tan Ming Wei (SJK (C) Union) - Mata (8.93)

Acara            : Palang Sejajar
Emas            : Soon Khye Ze (SJK (C) Kwang Hwa, Sungai Nibong)- Mata (8.17)
Perak            : Derrick Khoo Kai Jia (SJK (C) Han Chiang) - Mata (8.07)
Gangsa         : Yap Zi Yi (SJK (C) Perempuan China) - Mata (8.03)

Acara            : Palang Tunggal
Emas            : Yap Zi Yi (SJK (C) Perempuan China) - Mata (8.30)
Perak            : Desmond Chung Chun Hao (Chung Hwa Confucian B) - Mata (7.81)
Gangsa         : Ho Kai Zhen (SJK (C) Chung Hwa Confucian B - Mata (7.80)

WAG - Bawah 12 Tahun

Acara            : Individu Keseluruhan
Emas            : Zarith Imaan Zubaidi Binti Khalid (SK Jalan Residensi)
Perak            : Eng Cheng Xin (SJK (C) Chung Hwa Confucian B)
Gangsa         : Esther Teh Yi Ying (Dalat International School)

Acara            : Senam Lantai
Emas            : Zarith Imaan Zubaidi Binti Khalid (SK Jalan Residensi) - Mata (7.27)
Perak            : Eng Cheng Xin (SJK (C) Chung Hwa Confucian B) - Mata (7.23)
Gangsa         : Marcia Teoh Yan Shan (SJK (C) Perempuan China) - Mata (6.73)

Acara            : Palang Titian
Emas            : Esther Teh Yi Ying (Dalat International School) - Mata (6.95)
Perak            : Zarith Imaan Zubaidi Binti Khalid (SK Jalan Residensi) - Mata (6.90)
Gangsa         : Rachel Quah Jia Yee (SJK (C) Min Sin) - Mata (6.85)

Acara            : Palang Bertingkat
Emas            : Zarith Imaan Zubaidi Binti Khalid (SK Jalan Residensi) - Mata (7.33)
Perak            : Esther Teh Yi Ying (Dalat International School) - Mata (7.10)
Gangsa         : Eng Cheng Xin (SJK (C) Chung Hwa Confucian B) - Mata (6.87)

Acara            : Melombol
Emas            : Eng Cheng Xin (SJK (C) Chung Hwa Confucian B) - Mata (9.20)
Perak            : Zarith Imaan Zubaidi Binti Khalid (SK Jalan Residensi) - Mata (9.10)
Gangsa         : Esther Teh Yi Ying (Dalat International School) - Mata (9.0)

Sekian sahaja laporan Kejohanan Gimnastik Artistik MSSPP 2014 pada 18 hingga 19 Mac 2014 bertempat di Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved