Thursday, September 5, 2013

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2013

Tempat : Lapang Sasar Memanah Pusat Sukan UUM Sintok, Kedah.
Tarikh : 4 September 2013.
Masa : 10.00 am - 4.00 pm.

Kejohanan Memanah Terbuka UUM 2013 adalah anjuran Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia(NAAM). Penyertaan untuk pertandingan ini terbuka kepada semua pemanah dari seluruh Malaysia dan luar negara. Pasukan Pelapis Negeri Pulau Pinang telah menghantar 6 pemanah Recurve (4 Lelaki, 2 Perempuan). Disamping itu turut mengesahkan penyertaan ialah 8 pemanah compound (7 Lelaki, 1 Perempuan) dari atlet skuad latihan SUKMA MSNPP. Selain itu, Pasukan juga telah dibantu dengan kehadiran Pegawai Psychology dari Pusat Satelit ISN Pulau Pinang iaitu Encik Kwan Yao Xuen @ Tommy.     

Pasukan memanah Pulau Pinang telah tiba di venue pertandingan pada pukul 9.30 pagi. Taklimat dan mesyuarat pengurus pasukan berlangsung sekitar jam 10.00 pagi. Seterusnya, sesi pendaftaran pemain dan pemeriksaan peralatan telah dijalankan. Pengurusan pasukan dan jurulatih pasukan Pulau Pinang bersetuju untuk mengadakan latihan rasmi di lapang sasar pada sebelah petang iaitu sekitar jam 2.30 petang. 

Diharap pemanah-pemanah dari Pasukan Negeri Pulau Pinang mampu membersembahkan prestasi terbaik menjelang hari pertama panahan esok.

Selamat Berjuang!

Sekian, Terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Tuesday, September 3, 2013

LAPORAN TALEND ID SUKAN MENEMBAK PERINGKAT KEDUA

Tarikh : 01 September 2013 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Tempat : SMK Convent Green Lane

Kehadiran 
1. Jurulatih - Muhammad Ivarn Syazwan.
2. Pegawai USPTNPP - Azira Binti Azizan.
3. Pegawai ISN - 4 Orang.
4. Peserta - Wanita 27 Orang dan Lelaki 15 Orang.
5. Pembantu - 10 Orang Atlet Senior.

Program pencarian bakat baru (TID) sukan Menembak peringkat kedua telah dijalankan pada 01 September 2013 di SMK Convent Green Lane.

Program dimulakan dengan jurulatih Muhammad Ivarn Syazwan dan pegawai ISN memberi taklimat berkenaan ujian yang dijalankan pada hari tersebut. Pegawai ISN mengedarkan borang ujian untuk diisi oleh pelajar supaya memudahkan jurulatih dan pegawai ISN menjalankan ujian kepada pelajar.

Selepas selesai taklimat daripada jurulatih dan pegawai ISN, para pelajar telah diuji dengan beberapa ujian seperti berikut :

   1) Antropometric Measures
   2) Muscular Strength
   3) Aerobic Capacity
   4) Reaction Time
   5) Test of Performance Strategies (TOPS)

Setelah ujian selesai dijalankan, jurulatih memberi taklimat terakhir kepada pelajar berkenaan ciri-ciri yang beliau akan pilih dan jurulatih akan menghubungi pelajar yang telah terpilih dalam masa seminggu selepas ujian (TID).

Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

Monday, September 2, 2013

LAPORAN HARI KE LIMA KEJOHANAN TC MALAYSIAN NATIONAL SQUASH CHAMPIONSHIPS 2013

Tempat : Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil
Tarikh : 1hb September 2013 (Ahad)
Masa : 3.00 pm - 6.00 pm

Kejohanan TC National Malaysian Nationals Squash Championships 2013 memasuki hari terakhir menyaksikan pertembungaan menarik pemain-pemain terbaik negara. Pemain skuasy nombor satu dunia Dato Nicol David mengenepikan cabaran seorang lagi pemain negara yang berada di ranking ke enam dunia Low Wee Wern. Permainan selama 4 set itu menjadi milik Nicol dengan kiraan 11/8,11/5,7/11,11/8 untuk merangkul kejuaraan Kategori Wanita Premier.

Sementara itu bagi kategori Lelaki Premier, Ong Beng Hee menewaskan Mohd Nafiizwan Adnan untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu. Beng Hee menang dengan kiraan 11/7,11/9,8/11,9/11,11/6.

Pada saingan kali ini atlet-atlet pelapis P.Pinang menunjukkan prestasi yang membanggakan. Jonathan Chew muncul juara kategori Lelaki Division 3 apabila menewaskan rakan senegeri Ong Sze Kuan dalam perlawanan sengit berlanjutan sehingga 5 set 10/12,10/12,11/2,11/7,11/6.

Berikut adalah lain-lain keputusan membabitkan atlet-atlet pelapis negeri Pulau Pinang :

Lelaki Division 2:
1. Ryan Pasqual - suku akhir
2. Heng Kai Heng - Pusingan pertama (separuh akhir plate)

Lelaki Division 3
1. Jonathan Chew - Johan
2. Ong Sze Kuan - Naib Johan

Wanita Division 2
1. Nur Aliah Izzati - suku akhir
2. Zetty Zawanah - suku akhir
3. Nur Natasha Nabila - pusingan kedua
4. Lee Jia Wei - Pusingan pertama

Akhir kata,  kejohanan ini telah memberikan pendedahan berguna buat atlet-atlet pelapis negeri dimana mereka perlu bersaing dengan pemain yang lebih berpengalaman. 

Selamat maju jaya buat semua atlet pelapis negeri Pulau Pinang yang mengambil bahagian kali ini.

Sekian,  terima kasih.

Laporan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Sunday, September 1, 2013

LAPORAN UJIAN MASA INDIVIDU - SUKAN BERBASIKAL

Tarikh : 1 September 2013 (Ahad)
Masa : 8.00 am hingga 12.00 pm
Tempat : Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Gelugor hingga Batu Maung (10km)

Pada hari ini Persatuan Berbasikal Pulau Pinang telah mengadakan Ujian Masa Individu (10KM). Ujian kali ini melibatkan 3 kategori iaitu Lelaki 16 tahun ke bawah, 16 tahun ke atas dan wanita terbuka. Ujian masa kali ini melibatkan 26 orang pelumba secara keseluruhannya yang datang dari pelbagai pasukan sekitar negeri Pualu Pinang selaku pelumba jemputan. Beberapa pihak luar turut terlibat antaranya POLIS dan beberapa orang KOMISAR. Acara dijalankan seawal 9.00 pagi dan berakhir kira-kira 12.00 tengahari. Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Presiden Persatuan Berbasikal Pulau Pinang iaitu En.Ibrahim Marican. Berikut keputusan ujian masa mengikut kategori yang di pertandingkan:

LELAKI 16 TAHUN KE ATAS

KEDUDUKAN
NAMA
PASUKAN
MASA (m/s)
1
MUHAMMAD HAFIZ BIN FEROL
JEMPUTAN
11.32.78
2
MOHD KHARI BIN TAJOL HASAN
JEMPUTAN
11.56.55
3
MOHD SAIFUL BIN SULAIMAN
JEMPUTAN
12.19.77
4
MUHAMMAD SYAHMYZZY BIN ISMAIL
MSNPP
12.29.43
5
WAN NAZROL WAN JOHAN
JEMPUTAN
12.54.15
             
LELAKI 16 TAHUN KE BAWAH        
         
KEDUDUKAN
NAMA
PASUKAN
MASA (m/s)
1
MUHD DANISH AL FAROUQ
MSNPP
12.55.97
2
MUHAMMAD ELIAS                
MSNPP
13.24.15
3
MUHD HAFIZ ISMAIL
MSNPP
13.40.39
4
SYAFIQ ZULKIFLI                    
MSNPP
13.57.31   
5
SHEH SABRI                            
MSNPP
14.13.19

 WANITA TERBUKA

KEDUDUKAN
NAMA
PASUKAN
MASA (m/s)
1
CASSANDRA A/P LUKAS
MSNPP
15.35.72
2
NORSYAZWANI BT KHARUL BAHRI            
MSNPP
15.54.25
3
NURATIKAH BINTI AZIZAN
MSNPP
16.37.77
4
FATIN NAJIHA BT HALIM                  
MSNPP
19.09.86

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Fazli Hisam Bin Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN HARI KE EMPAT KEJOHANAN TC MALAYSIAN NATIONAL SQUASHb CHAMPIONSHIPS 2013

Tempat : Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil
Tarikh : 31 Ogos 2013 (Sabtu)
Masa : 3.00 pm - 9.00 pm

Seperti dijangka pada peringkat separuh akhir hari ini didominasi pemain-pemain kebangsaan. Bagi kategori Wanita Primier ratu skuasy negara Dato Nicol David mudah melangkah ke peringkat akhir untuk bertemu seorang lagi pemain kebangsaan Low Wee Wern. Manakala bagi kategori Lelaki Primier kedua-dua pemain kebangsaan Ong Beng Hee dan Mohd Nafiizwan Adnan menepati ramalan layak ke final yang dijadualkan pada pukul 4.00 ptg esok.

Dalam pada itu, pemain pelapis Lelaki P.Pinang iaitu Ong Sze Kuan dan Jonathan Chew melakar kejutan melayakkan diri ke perlawanan akhir bagi kategori Lelaki Division 3.

Keputusan (Suku Akhir)

Lelaki Primier
Mohd Nafiizwan Adnan vs Timothy Arnold - 11/7, 11/7.11/7
Ong Beng Hee vs Addeen Idrakie Bahtiar - 11/5, 11/3, 11/5

Wanita Primier
Low Wee Wern vs Zulhijjah Azan - 11/4, 11/2, 11/2
Nicol David vs Delia Arnold - 11/5, 11/8, 12/10

Prestasi Atlet-Atlet Pulau Pinang:

Lelaki Division 3
Ong Sze Kuan (Penang) bt Foo Ming Han - 10/12,11/8,11/8,11/4  
Jonathan Chew (Penang) bt Aanont Wathanasin - 11/4,13/11,12/10 

Lelaki Division 2 Plate
Muhd Mukhlashin Abd Rahman bt Heng Kai Heng (Penang) - 4/11,11/2,11/9,10/12,13/11 

Perlawanan peringkat akhir dijadualkan berlangsung pada pukul 3.00 ptg esok di Gelanggang Kaca Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved