Friday, August 30, 2013

LAPORAN TALEND ID SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 28 Ogos 2013 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi hingga 1.00 Petang.
Tempat : SMK Convent Green Lane dan SMK Penang Free.
Jurulatih : Muhammad Ivarn Syazwan.
Pegawai : PPN Azira Binti Azizan & PPN Fazli Hisam Bin Mohd Zainol.

Program pencarian bakat baru (TID) sukan Menembak telah dijalankan pada 28 Ogos 2013. Jurulatih Muhammad Ivarn Syazwan mengadakan sesi pencarian bakat baru (TID) di SMK Convent Green Lane dan SMK Penang Free.

Sambutan yang diberikan oleh para pelajar sangat menggalakkan dan pihak sekolah juga memberi sepenuh kerjasama terutamanya Penolong Kanan Kokurikulum yang juga turun padang untuk membantu pihak USPTN supaya program yang dijalankan berjalan dengan lancar.

Jurulatih memberi taklimat kepada pelajar berkaitan sukan menembak, disiplin pelajar dan jurulatih juga menekankan tentang hari dan masa latihan yang para pelajar perlu patuhi sekira dipilih. Selepas jurulatih selesai memberi taklimat, para pelajar telah diuji dengan ujian mata. Jurulatih membuat pemilihan dan memilih pelajar yang mempunyai penglihatan dominan di sebelah kanan. Jurulatih juga memilih pelajar yang menulis dan menggunakan tangan kanan.

Hasil daripada program ini, seramai 49 orang pelajar perempuan daripada SMK Convent Green Lane dan 21 orang pelajar lelaki daripada SMK Penang Free telah terpilih untuk menjalani ujian peringkat kedua di SMK Convent Green Lane yang akan dijalankan pada 01 September 2013 pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Pada sesi ujian peringkat kedua, jurulatih akan bekerjasama dengan pihak ISN Pulau Pinang untuk membuat ujian fizikal dan kecergasan para pelajar.

Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN TC MALAYSIAN NATIONAL SQUASH CHAMPIONSHIPS 2013

Tempat: Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil
Tarikh: 29hb Ogos 2013 (Khamis)
Masa: 6:00pm - 10.00pm

Hari kedua Kejohanan 4th TC Malaysian National Squash Championships 2013 menyaksikan perhatian tertumpu kepada kategori Wanita Primier di mana Datuk Nicol David turun beraksi. Ratu Skuasy Negara itu mudah untuk mara ke pusingan kedua selepas menundukkan Teh Min En (11/4, 11/7, 11/5).

Bagi kategori wanita division 2, Nur Aliah (Penang) menempah tempat di suku akhir selepas menumpaskan rakan senegeri Nur Natasha Nabila 11/3, 11/4, 11/9. Zetty Zawanah (Penang) turut mara selepas mengenepikan saingan Nisreen dengan 3 set (11/9, 11/7, 11/7).

Lain-lain keputusan atlet pelapis negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:

Pusingan Kedua

Lelaki Division 2:
Ryan Pasqual (pen) vs Samuel Chan - 11/7,8/11,11/8,6/11,11/9 

Lelaki Division 3:
Ong Sze Kuan (Pen) vs Eugene Heng - 11/6,11/1,10/12,11/1  

Lelaki Division 2 Plate (Pusingan pertama)
Heng Kai Heng (Pen) vs Mohd Syawal Shamsuddin - 11/6,3/11,11/4,11/8 

Perempuan division 2 (plate) (Pusingan pertama)

Lee Jia Wei (Pen) - bye

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Thursday, August 29, 2013

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN TC MALAYSIAN NATIONAL SQUASH CHAMPIONSHIPS 2013

Tempat: Pusat Skuasy Nasional, Bkt Jalil
Tarikh: 28hb Ogos 2013 (Rabu)
Masa: 6:00 pm - 10.00 pm

Kejohanan 4th TC Malaysian National Squash Championships 2013 membuka tirai bermula hari ini sehingga 1 September 2013. Edisi kali ini diserikan lagi dengan penampilan pemain-pemain skuasy terbaik negara. Antara yang mengesahkan penyertaan ialah ratu skuasy negara Datuk Nicol David, Low Wee Wern, Ong Beng Hee, Mohd Azlan Iskandar dan Mohd Nafiizwan Adnan.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin. Turut hadir pada upacara perasmian ialah Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zulkeples Embong, Datuk Nicol David dan Ong Beng Hee.

Berikut disertakan laporan hari pertama prestasi pasukan Skuasy Negeri Pulau Pinang:

Pusingan 1

Lelaki Division 2:
Ryan Pasqual (Penang) vs Mohd Nor Bin Hamidon - 11/3, 11/1, 11/3
Aaron Chee vs Heng Kai Heng (Pen) - 11/8, 11/5, 11/4

Lelaki Division 3:
Ong Sze Kuan (Penang) vs Hong Jie - walkover

Wanita Division 2:
Nur Natasha Nabila (Penang) vs Lee Jia Wei (Penang) - 11/5,11/4, 11/6
Zetty Zawanah (Penang) vs Norazlina Hassan - 11/0, 11/0, 11/0

Nur Aliah Izzati (bye)
 
Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman 

Read more...

Tuesday, August 27, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOWLING

Tarikh : 26 Ogos 2013 (Isnin)
Masa : 5.00 ptg - 8.00 mlm
Tempat : Mega Bowling Center, Seberang Perai, Pulau Pinang

Kehadiran
1. Jurulatih
- Kim Eun Jung
- Nooriani Bt Abdul Rahman

2. Atlet
- 1 atlet lelaki & 3 atlet wanita (Pelapis & Sukma)

Latihan
1. Target Fokus.
2. Spare.
3. First Bowl.
4. Games Simulation.

Ujian

Tiada

Pertandingan
1. Kebanyakan atlet baru sahaja selesai mengikuti kejohanan Piala Remaja MILO Ranking Master - 4rd Leg di Mega Bowling Center pada 24 Ogos 2013 yang lalu.

2. Kejohanan yang akan datang adalah Kejohanan Sportexcel Junior Circuit - Penang Leg 2013 pada 29 hingga 31 Ogos 2013 di Mega Bowling Center,Seberang Perai.

Kecederaan
Tiada

Peralatan
Keperluan atlet sendiri

Program Binaan
Masih di peringkat perbincangan bersama pihak sekolah dan Setiausaha Persatuan.

Ulasan Ringkas
1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya 1434H dan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56 tahun.

2. Semua atlet pelapis mahupun skuad SUKMA telah bertukar venue latihan di Mega Bowling Center dimana sebelum ini dijalankan di Penang Bowl. Tarikh latihan rasmi atlet bermula pada 8 Julai 2013.
3. Kebanyakan atlet masih mencari rentak serta teknik yang betul untuk dibiasakan suasana pada venue yang baru.
4. Pada masa yang sama, sesetengah atlet diberi cuti rehat sehari memandangkan baru sahaja selesai kejohanan.
5. Di akhir pemantauan, sesi perbincangan ringkas telah dibuat dimana saya memaklumkan bahawa pada bulan berikut akan diadakan kem latihan pusat bagi atlet SUKMA XVI Perlis.


Sekian, Terima Kasih.

Laporan Dari
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Monday, August 26, 2013

PROGRAM PENCARIAN BAKAT BARU (TID) SUKAN SKUASY

Program : Program TID Sukan Skuasy
Tarikh : 25 Ogos 2013 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00  tengahari
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC) Bukit Dumbar, P.Pinang
Kehadiran : En. Khoo Teng Hin (JPM), En. Aaron Soyza (JPM MSNPP),Mathew Wong Kee Hing (JSM), Jurulatih Akademi Skuasy P.Pinang (SAP), dan Atlet- Atlet Pelapis.

OBJEKTIF     
Program ini dijalankan dengan tujuan untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh digilap sekaligus untuk diketengahkan di peringkat. Pihak Persatuan Skuasy Pulau Pinang dan USPTN dengan kerjasama Jurulatih telah mengambil inisiatif dengan mengadakan satu siri pencarian bakat/talent ID.  Peserta yang berjaya untuk sesi ini akan diserap ke Akademi Skuasy Pulau Pinang (SAP) di bawah seliaan Persatuan Skuasy Pulau Pinang (SRAP) dan Program Pelapis Negeri Pulau Pinang.

PENYERTAAN
Penglibatan ke dalam program mencari bakat baru ini melibatkan beberapa pelajar dari sekolah di sekitar Pulau Pinang yang berminat menceburi sukan Skuasy. Seramai 50 orang peserta telah melalui ujian mengenalpasti bakat pada kali ini. Rata-rata umur peserta yang terlibat dapat dipecahkan kepada beberapa kategori umur seperti bawah 12 tahun, 10 tahun, dan 8 tahun.

UJIAN PENILAIAN
Barisan kejurulatihan telah melaksanakan 5 ujian penilaian ke atas semua peserta. Ujian ini akan menilai kebolehan dan bakat setiap peserta dan menjadi kriteria utama pemilihan. 5 ujian ini adalah:
1. Tennis ball throwing
2. Squash ball throwing 
3.Ladder exercise
4. Running on court
5. Hitting

Di samping ujian penilaian ini, di awal sesi telah diadakan penerangan ringkas berkaitan sukan skuasy secara teori. Sebelum setiap ujian penilaian dijalankan, demonstrasi atau panduan akan ditunjukkan oleh atlit-atlit pelapis.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang turut sama terlibat bagi menjayakan program ini. Semoga program ini mendapat sokongan dari ibubapa sekaligus menjadi pemangkin untuk melahirkan jaguh baru sukan skuasy pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih

Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved