Sunday, October 9, 2011

LAPORAN RINGKAS KEJOHANAN MENEMBAK PIALA PRESIDEN KELAB MENEMBAK PULAU PINANG 2011 - Day 1

Mesyuarat Pengurus Pasukan

Tarikh : 7 Oktober 2011
Tempat : Bilik Mesyuarat, KMPP
Masa : 4.00 pm

Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan pada pukul 4.00 hingga 5.00 petang di Bilik Mesyuarat, Kelab Menembak Pulau Pinang.Untuk Kejohanan Kali pertama ini, 5 negeri telah mengambil bahagian iaitu Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Perlis. Jumlah keseluruhan atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini ialah seramai 71 orang.

Mesyuarat juga membincangkan mengenai perkara-perkara teknikal untuk kejohanan ini. Kejohanan akan berlangsung pada 8 dan 9 Oktober 2011 bermula jam 9.00 pagi di Lapang Sasar Kelab Menembak Pulau Pinang.

Hamidi Lokman



















Read more...

Friday, October 7, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN MEMANAH

Tarikh : 5 Oktober 2011
Venue : Kompleks Belia & Sukan, Batu Uban

Cuaca hujan renyai2 dan baru sahaja berhenti. Keadaan padang masih lagi lecak / basah. Hanya 8 atlet sahaja yang menjalani latihan hari ini di bawah JPM Jaffery.Keadaan target butt sudah tidak boleh digunakan lagi.

Sebagai alternatif, jurulatih menggunakan form yang ditengah2 nya diletakk kan kain2 perca dan selepas itu dibalut menggunakan plastik lutsinar (supaya air tidak meresap). Ini adalah untuk memastikan anak panah tidak patah atau pecah ketika shot. Target butt yang sedia ada jika atlet memanah akan mudah tembus dan merosakan anak panah.

Dimaklumkan juga,sebentar tadi pihak saya bersama naib presiden pergi mengambil target butt (5) yang diberikan kepada pelapis pulau pinang di politeknik permatang pauh. 2 telah diberikan di PLN St.George & 3 telah diletakkan di PLN Batu Uban.Dari segi latihan,atlet hanya melakukan latihan free shooting.

Latihan free shot ini adalah untuk memastikan setiap atlet memahami 'feel' atau keadaan yang selesa ketika sedang memanah pada diri sendiri. Pada awal latihan,atlet menggunakan theraband sebagai warm-up.Latihan tamat jam 7.30 malam dan atlet pulang kerumah dengan dijemput oleh ibubapa masing2.

Sekian,terima kasih.

Shasha Tarmuzi































Read more...

PERBINCANGAN BERSAMA JURULATIH & ISN

Tarikh : 4 Oktober 2011 (Selasa)
Masa : 9.20 pagi hingga 11.20 pagi
Tempat : Pejabat USPTN

Perbincangan bersama JSM Sukan Tinju En. Zainuddin :

1. Memaklumkan tarikh yang telah ditetapkan untuk "Sesi Taklimat Sukan Tinju" di dua buah sekolah yang telah dikenalpasti di Seberang Perai dan "Program TID & Klinik Sukan Tinju".

SESI TAKLIMAT SUKAN TINJU :

Nama Sekolah : SMK MACHANG BUBUK, BUKIT MERTAJAM, SEBERANG PERAI TENGAH
Tarikh : 31 Oktober 2011 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi

Nama Sekolah : SMK SRI MUDA, PENAGA, SEBERANG PERAI UTARA
Tarikh : 2 November 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi

PROGRAM TID & KLINIK SUKAN TINJU
Tarikh : 10 November 2011 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 5 petang
Tempat : Pusat Tinju, Kompleks Sukan Titi Mukim, Seberang Perai Utara

Perkara tersebut diatas akan dibentangkan di dalam Mesyuarat JKK Sukan Tinju Bil : 3/2011 yang akan diadakan pada 11 Oktober 2011 (Selasa), masa : 3.30 petang di Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri.

Perbincangan bersama pihak ISN :

Mendapatkan pandangan dan nasihat dari pihak ISN tentang penyediaan "Periodization Plan" jangka pendek (Okt - Dis 2011) yang akan dibuat oleh JSM Zainuddin bagi persedian Atlet Pelapis Negeri di Titi Mukim, SPU ke Karnival Pelapis 2/2011 Negeri.
Perbincangan berjalan dengan lancar dan kerjasama yang diberikan oleh pihak ISN amat baik.

Sekian terima kasih.

Fatimah Jamil







Read more...

Wednesday, October 5, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN LAWN BOWLS

Berikut adalah laporan ringkas semasa pemantauan dijalankan.

Jam 5.40petang,saya tiba di PLN Boling Padang di Bertam untuk menjalankan pemantauan pada bulan ini. Ketika pemantauan,latihan sedang dijalankan seperti biasa. Di padang kelihatan skuad latihan sukma (3 atlet) dan pelapis (8 atlet) sedang menjalani latihan seperti yang ditetapkan didalam jadual.

Seramai 4 orang dari skuad pelapis tidak dapat menghadiri latihan kerana terlibat dengan kelas tambahan manakala skuad sukma pula kebanyakkan atlet nya terlibat dengan kelas di Politeknik,IKBN dan UiTM.Dimaklumkan,jika ada kelas petang,latihan akan dijalankan pada sebelah malam iaitu sehingga pukul 10 malam.

Hari ini program latihan bagi atlet pelapis adalah latihan balingan jarak jauh (long distance) dan atlet sukma pula sedang membuat latihan balingan jarak dekat (shot distance).Dikesempatan berada di PLN,saya mengambil peluang membuat perjumpaan secara ringkas bersama jurulatih,atlet dan ibubapa yang berada disitu.Latihan tamat jam 7.05 petang.

Sekian,terima kasih.

Shasha Tarmuzi
























Read more...

Monday, October 3, 2011

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 2/2011

Tarikh : 03 - 08 Oktober 2011
Venue : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sekali lagi dipilih menjadi 'tuan rumah' untuk sesi Kurus Sains Sukan Tahap 2 untuk tahun 2011 ini. Kursus yang bermula hari ini & akan tamat pada 08 Oktober ini telah menerima sambutan yang sangat baik dikalangan jurulatih-jurulatih negeri mahupun bekas-bekas atlet negeri & negara. Seramai 35 orang telah mendaftar & hadir untuk sesi pada kali ini.















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved