Thursday, March 24, 2011

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN BADMINTON

Tarikh : 23hb Mac 2011 [Rabu]
Masa : 3.10 petang hingga 4.40 petang
Tempat : PLN Badminton, Dewan PBA Bukit Dumbar, Penang.
Kehadiran : 5 Atlet Lelaki, 2 Atlet Perempuan dan JSM Tony Tan.

Mendapati atlet menjalani latihan bersunguh-sunguh bersama JSM Tony Tan. Latihan yang dijalankan seperti :

1. Multi Shuttle [menggunakan 20 bulu tangkis sebanyak 6 kali setiap atlet]
2. 1 Vs 2
3. 1 Vs 3
4. 2 Vs 2

JPM Razlan tidak menjalankan latihan pada hari tersebut kerana cuti sakit. PPN mengambil kesempatan waktu beramah mesra bersama atlet dan keluarga atlet yang hadir.

PPN telah melawat JSM Loh Bok Seang kebetulan berada di Kedai Peralatan Sukan yang terletak di dalam Dewan PBA dan memaklumkan kepada beliau untuk menghantar lapuran bulanan tidak lewat dari 3hb pada setiap bulan.

JSM Loh Bok Seang memaklumkan untuk berhenti dari JSM Pelapis Negeri kerana sibuk dengan urusan pekerjaannya.

PPN - memaklumkan supaya beliau berbincang dengan Pihak Persatuan Negeri.

Perbincangan bersama JSM Tony Tan.

PPN - Berbincang dengan JSM Tony Tan tentang "Pengumpulan Profile Atlet Tahun 2011" bagi Sukan Badminton dan meminta lima nama atlet yang dirasakan mempunyai potensi di masa hadapan di peringkat negeri. Perkara ini dipanjangkan perbincangan bersama JPM Razlan pada pagi 24hb Mac 2011 di Pejabat USPTN.

Pukul 4.40 petang telah berangkat ke PLN Tinju di Titi Mukim, Seberang Perai Tengah.












Read more...

Tuesday, March 22, 2011

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1/2011

Tarikh :21 – 25 Mac 2011
Venue : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Untuk makluman semua, kini sedang berlangsung Kursus Sains Sukan Tahap 1 di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Seramai 24 peserta telah mendaftar dan mengikuti Kursus yang dianjurkan ini. Selamat Berkursus ..










Read more...

Monday, March 21, 2011

SEMINAR SUKMA 2011 / 2012 "NURTURING TALENT FROM CRADLE TO INTERNATIONAL PERFORMANCE"

Tarikh : 19 – 20 Mac 2010
Venue : Naza Hotel Tanjung Bungah, Png

Sebagai persiapan awal menghadapi SUKMA 2011/2012, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan seminar Sukan Malaysia (SUKMA) pada 19 – 20 Mac yang lalu.

Semua Persatuan Sukan Negeri, Pengurus Pasukan, Jurulatih dijemput hadir & dianggarkan seramai 120 peserta telah hadir pada seminar ini. Antara penceramah yang dijemput hadir adalah En. Ahmad Shapawi Ismail, Pengarah Bahagian Atlet MSN, Tn. Hj. Ab. Jalil Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan, En. Jefri Ngadirin Pengarah Cawangan Pelapis MSN serta beberapa lagi nama-nama besar dijemput untuk memberi ceramah mereka dalam seminar ini.

Di harap penganjuran seminar ini dapat memberi suntikan semangat kepada semua peserta dalam usaha melahirkan lebih ramai jaguh serta kembali menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai kuasa besar sukan di Malaysia.






















Read more...

Friday, March 18, 2011

KEJOHANAN MENEMBAK PELAPIS SIRKIT 1/2011 - updated

Tarikh : 17 Mac 2010
Acara yang dipertandingkan hari ini ialah air rifle men dan air pistol women, Acara air rifle men Pulau Pinang diwakili oleh Yee Tianle, Kenny Cheah dan Mohawad Jajes. Acara air pistol women pula diwakili oleh Cheryll Ann. Pertandingan bermula pada pukul 9.00 pagi.

Pulau Pinang telah berjaya memenangi emas acara air pistol individu wanita melalui Cheryll Ann dengan kutipan mata 365 + 97.6, Nur Ain dari pahang di tempat ke-2 372+90.0 dan Nur Hidayah dari Selangor ketiga 368+91.8.

Bagi acara air rifle men pula, pulau pinang gagal memungut sebarang pingat, Yee Tian Lee tempat ke-5 551+95.8, Kenny Cheah tempat ke-17 530 mata dan Mohamad Jajes ke-23 498. Cheryll Ann muncul Penembak terbaik wanita daripada 53 peserta wanita.
Laporan Oleh : Hamidi Lokman












Read more...

KEJOHANAN 24TH INTERSTATE BOWLING 2011 - Day 3

PADA 16HB MAC 2011, PASUKAN PULAU PINANG TELAH MEMENANGI 1 EMAS DARI ACARA PERSEORANGAN REMAJA LELAKI MELALUI MOHD NAZMI BIN MOHD MAZLI. PENAMBAHAN PINGAT BAGI PASUKAN NEGERI PULAU PINANG, 1 EMAS DAN 1 GANGSA PADA 17HB MAC 2011 MELALUI ACARA TERSEBUT DIBAWAH.


ACARA BERGU LELAKI SERAMAI 28 PASANGAN
1. AARON KONG DAN ADRIAN ANG - JUARA [JATUHAN PIN 2587]
2. ADRIAN CHARLES DRAGON DAN KHOO BENG KHAI - KE TIGA BELAS [JATUHAN PIN 2272]

ACARA BERGU WANITA SERAMAI 28 PASANGAN

1. NUR ASYFAREENA DAN DIYANA ZUHAILI - KE DUA PULOH DUA [JATUHAN PIN 1893]
2. NOORIANI DAN SYAZWANI - KE DUA PULOH ENAM [JATUHAN PIN 1765]

ACARA BERGU REMAJA LELAKI SERAMAI 27 PASANGAN
1. ALIFF IMRAN DAN MUHD AFIQ WAFIY - KE LAPAN [JATUHAN PIN 2270]
2. EUGENE OH DAN MOHD NAZMI - KE SEMBILAN BELAS [JATUHAN PIN 2196]

ACARA BERGU REMAJA PEREMPUAN SERAMAI 25 PASANGAN
1. NUR AMIRAH AUNI DAN FATIN HAZWANI - KE TIGA [JATUHAN PIN 2300]
2. IZZATI ZUHAILI DAN AMANDA KHONG - KE ENAM BELAS [JATUHAN PIN 2091]

Pukul 11.40 pagi hingga 12.15 tengahari menghadiri mesyuarat Pengurus Pasukan, SDO dan Wakil Persatuan Negeri yang di kelolakan oleh Mr. George Tan [MTBC] membincangkan perkara berikut :

1. Kejohanan Sportexcel-Milo-NSC-MTBC Malaysian Junior Circuit 2011 [Kedah/Penang Leg] akan diadakan di Negeri Pulau Pinang pada 1hb - 3hb April 2011 di Pusat Boling Premium Lane, Sunshine Square Bayan Baru, Pulau Pinang.

2. Penangguhan tarikh Sportexcel-Milo-NSC-MTBC Malaysian Junior Circuit 2011 [Perak Leg] dari 15hb - 17hb April 2011 kepada satu tarikh yang lain kerana tarikh tersebut bertindih dengan Kejohanan MSSM yang akan dia adakan di Melaka. Tarikh baru Kejohanan untuk Perak Leg akan dimaklumkan oleh pihak MTBC kemudian.

3. Hal-hal lain bersangkutan dengan Penganjuran Kejohanan Sportexcel dari negeri-negeri lain.

Program hari ini diakhiri dengan Majlis Penyampian Hadiah kepada pemenang-pemenang.


SETIAUSAHA KEHORMAT PERSATUAN TENPIN BOLING PULAU PINANG, MR. CHEAH BAN CHENG TELAH MERAIKAN KEMENANGAN PASUKAN PULAU PINANG DENGAN MENGADAKAN MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM "MAKANAN LAUT - STEAMBOAT" KEPADA PASUKAN PULAU PINANG DAN KELUARGA YANG HADIR. HARAPAN BELIAU PASUKAN PULAU PINANG AKAN MERAIH KEMENANGAN DALAM ACARA BERPASUKAN DAN ALL EVENTS PADA 18HB MAC 2011.

Majlis Jamuan Makan Malam diakhiri dengan taklimat Mr. Larry dan Albert Yeoh untuk program 18hb Mac 2011 dan ucapan terima kasih dari Pasukan Pulau Pinang dan Keluarga kepada Mr. BC Cheah.

Sekian dimaklumkan, terima kasih

--
FATIMAH BINTI JAMIL



















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved