Saturday, June 12, 2010

SUKMA 2010 - LAPORAN ACARA BERBASIKAL

12 Jun 2010
Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit

Acara bermula pada jam 10.00 pagi. Acara dipertandingkan pada pagi ini adalah 80KM time trial lelaki & 50 KM time trial wanita. Pasukan Pulau Pinang hanya menyertai acara lelaki sahaja yang membariskan 4 atlet iaitu Muaz Abd Rahim, Mohd Hafiq Alias, Wan Mohd Shahril dan Ching Chin Chai.


Keputusan 80KM Time Trial Lelaki

1. Terengganu
2. Pahang
3. Melaka

Keputusan 50KM Time Trial Wanita

1. Kedah
2. Selangor
3. Terengganu

Laporan Oleh : Shamsul Afzan











Read more...

SUKMA 2010 - SEKITAR PEMANTAUAN PERTANDINGAN SUKAN LAWAN PEDANG & SEPAKTAKRAW

Ayer Keroh, Melaka
11 Jun 2010

Pemantauan di venue sukan Lawan Pedang dan Sepaktakraw telah dijalankan semalam. Di venue Lawan Pedang, tiada Pingat yang dimenangi oleh atlet Pulau Pinang. Atlet-atlet hanya mampu layak hingga ke peringkat Suku Akhir sahaja sebelum tewas kepada lawan masing-masing. Walaubagaimanapun, pemburan pingat akan diteruskan ..






Seterusnya, pemantauan ke MITC diteruskan dimana pasukan Sepaktakraw Pulau Pinang menentang pasukan Kelantan. Pasukan Pulau Pinang menang 2-1.
Regu A
1. Mohd Fazil Asri
2. Muhd Redzuan Zainol Abidin
3. Muhd Anuar Samsudin
(Menang 24-22 & 21-19)
Regu B
1. Azwari
2. Mohd Alif
3. Mohd Hafiz
(Menang 23-21 & 21-19)
Regu C
1. Ibrahim Yusof
2. Mohd Adli Bakar
3. Amri Majid
(Tewas 21-12, 18-21 & 15-10)

Tahniah diucapkan .. Esok (12 Jun) jam 9.00 pagi Pasukan Pulau Pinang akan turun menentang Pasukan Negeri Kedah Darul Aman..




Seterusnya pada jam 11.00 malam, satu mesyuarat bersama Pengarah MSNegeri dan urusetia-urusetia pasukan telah diadakan di Ayer Keroh Country Resort.












Read more...

Thursday, June 10, 2010

SEKITAR DI URUSETIA KONTINJEN - UITM MELAKA

UiTM Melaka, Lendu
10 Jun 2010

SUKMA 2010 Melaka telah bermula. Walaupun Majlis Perasmian belum bermula kehangatan Sukan Dwi Tahunan ini telah mula membakar bumi Melaka ini. Urusetia Kontinjen Negeri-Negeri telah mula sibuk dengan tugas masing-masing. Perang Bendera kelihatan di bangunan Sekretariat Utama di UiTM Melaka, Lendu ini.
Sehingga tarikh dan waktu ini Kontinjen Negeri Pulau Pinang telah berjaya memungut 1 Emas, 2 Perak dan 3 Gangsa.
1 Emas - Sukan Pencak Silat (Seni)
2 Perak - Sukan Gimnastik & Wushu
3 Gangsa - Sukan Pencak Silat (Seni) & Wushu
Kepada semua atlet dan pegawai-pegawai Kontinjen Pulau Pinang, teruskan usaha untuk menambah bilangan kilauan pingat Emas, Perak & Gangsa untuk Negeri Pulau Pinang ..
Go For Gold !!














Read more...

Sunday, June 6, 2010

LAPORAN KEJOHANAN PELARU LAYAR KFC-MELAKA OPEN REGATTA 2010

KEJOHANAN PERAHU LAYAR KFC- MELAKA OPEN REGATTA 2010
BERTEMPAT DI KELAB PERAHU HANG JEBAT, MELAKA BB
27 HINGGA 31 MEI 2010

Pada 27 Mei 2010, Pasukan Perahu Layar PELAPIS Pulau Pinang bergerak ke Melaka pada pukul pada pukul 0800 dengan menaiki van. Seramai lapan atlit dan dua pegawai yang menyertai dalam pertandingan ini. Team PELAPIS telah tiba di Melaka pada pukul 1700 dan terus mendaftar masuk ke tempat penginapan. Perjalanan ke destinasi agak pelahan disebabkan keadaan cuaca hujan.Sejurus selesai semua pendaftaran, team kemudiaanya pergi ke tempat pertandingan untuk pemeriksaan peralatan dan pemasangan peralatan untuk menghadapi Kejohanan untuk hari keesokankan harinya.

28 MEI 2010- Jumaat

Pada pukul 0700 team menjalani latihan pagi dengan sesi berjoging dan membuat senaman asas. Bersiap sedia untuk bergerak ke kedai makanan untuk bersarapan. Selesai bersarapan, team menuju ke tempat kejohanan untuk mempersiapkan peralatan untuk perlumbaan hari pertama. Selesai pemasangan dan pemeriksaan terakhir, pada pukul 1200, pelayar-pelayar yang beragama islam bersiap-siap untuk menunatkan solat jumaat.

Selesai solat jumaat, jurulatih memberi taklimat tentang perlumbaan dan teknik-teknik,pergerakan angin dan pergerakan arus. Pada pukul 1515, pelayar-pelayar dikehendaki turun ke laut untuk menyertai pelumbaan. Keadaan cuaca begitu panas sekali dan tiupan angin bertiup 12-15 knot. Pelayar menempuh perlumbaan yang boleh dikatakan kuat.

Sebanyak tiga pelumbaan (1,2) dapat dijalankan pada hari pertama dan pelayar PELAPIS Penang dapat keputusan yang memberangsangkan. Para pelayar menghabiskan pelumbaan pada pukul 1730 dan semua pelayar selamat mengharungi perlumbaan.

Selesai mengemaskan peralatan, Pasukan telah bergerak balik ke tempat penginapan, dan bersiap-siap untuk pergi ke untuk makan malam dan selesai makan, team pulang ke hotel untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.

KEPUTUSAN HARI PETAMA

OPTIMIST
1. Mohd Syazwan - KE 35
2. Akmal Naim - KE 37
3. Mohd Firdaus - KE 39
4. Mohd Amir - KE 49
5. Mohd Syamin Azim - KE 59
6. Ibnu Arssyad - KE 61

LASER 4.7
1. Yeoh Lai Hoon - KE 3


29 MEI 2010- Sabtu
Pada pukul 0700 team menjalani latihan pagi dengan sesi berjoging dan membuat senaman asas. Bersiap sedia untuk bergerak ke kedai makan untuk bersarapan. Selesai bersarapan, team menuju ke tempat kejohanan untuk mempersiapkan peralatan untuk perlumbaan hari kedua. Taklimat diberikan untuk mengenal pasti kesilapan hari pertama dan taklimat bgi memperbetulkan kesilapan.

Pelayar turun kelaut Pada Pukul 1000 bagi menyambung kembali perlumbaan. Tiupan angin kuat dan keeadaan cuaca panas. Makanan tengahari di bawa ke laut dan pelayar makan didalam bot masing-masing.

Pada Pukul 1600 pelayar menamatkan pelumbaan dan dapat menghabiskan sebanyak 4 pelumbaan(3,4,5,6) dan pelumbaan(7) telah ditangguhkan dan perlumbaan ke tujuh (7) akan disambung keesokan. Selesai mengemaskan peralatan, Pasukan telah bergerak balik ke tempat penginapan, dan bersiap-siap untuk makan malam dan selesai makan, team pulang ke hotel untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.

Semua pelayar Pulau Pinang mendengar taklimat selepas perlumbaan dan mengenal pasti kesilapan dan mengenal pasti pemasalahan. Keputusan hari kedua tidak banyak berubah.

KEPUTUSAN HARI KEDUA

OPTIMIST
1. Mohd Syazwan - KE 30
2. Akmal Naim - KE 37
3. Mohd Firdaus - KE 41
4. Mohd Amir - KE 47
5. Mohd Syamin Azim - KE 55
6. Ibnu Arssyad - KE 58

LASER 4.7
1. Yeoh Lai Hoon - KE 3
MEI 2010 – Ahad

Pada pukul 0700 team menjalani latihan pagi dengan sesi berjoging dan membuat senaman asas. Bersiap sedia untuk bergerak ke kedai makanuntuk bersarapan. Selesai bersarapan, team menuju ke tempat kejohanan untuk mempersiapkan peralatan untuk perlumbaan hari ketiga.

Taklimat diberikan untuk mengenal pasti kesilapan hari kedua dan taklimat bagi memperbetulkan kesilapan dan jangan ulangi kesilapan. Selesai memeriksa peralatan, pelayar turun kelaut Pada Pukul 1000 bagi menyambung kembali perlumbaan terakhir (7). Tiupan angin kuat beserta ombak kuat ubah (rebut). Perlumbaan dapat dijalankan dengan sempurna. Semua perlumbaan selesai dalam pukul 1300. Semua pelayar makan tengahari. Selesai mengemaskan peralatan, dan penyerahan peralatan yang disewa, Pasukan telah bergerak balik ke tempat penginapan, pada pukul 1700, kembali semula ke tempat Boat House untuk sesi penyampaian hadiah dan jamuan perpisahan. Selesai majlis, pasukan kembali semula ke hotel.


KEPUTUSAN HARI TERAKHIR

OPTIMIST

7. Mohd Syazwan - KE 27 DIV A- KE 25
8. Akmal Naim - KE 37 DIV A- KE 32
9. Mohd Firdaus - KE 44 DIV B- KE 8
10. Mohd Amir - KE 47 DIV B- KE 11
11. Mohd Syamin Azim - KE 51 DIV C- KE 3
12. Ibnu Arssyad - KE 53 DIV C –KE 4

LASER 4.7

2. Yeoh Lai Hoon - KE 3

31 MEI 2010- ISNIN

Bergerak balik ke Pulau Pinang pada pukul 0800 pagi dan sampai ke Pulau Pinang pada pukul 1500. Semua atlit dan Pegawai selamat tiba dengan selamat.

Laporan Oleh;
Muhd Shah Ismail
JSM Pelayaran Pelapis Negeri Pulau Pinang










Read more...

SALAM TAKZIAH ..

TAKZIAH di ucapkan kepada PPN USPTN Pulau Pinang, Cik Fatimah Jamil dari seluruh warga kerja USPTN atas kehilangan ibu tersayang yang meninggal dunia pagi tadi (5 June) kerana sakit tua. Jenazah telah selamat dikebumikan selepas zohor tadi di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Semoga roh beliau dicucuri rahmah.. Al-Fatihah ..

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved