Monday, May 10, 2010

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA KEDAH 2010

Program : Kejohanan Olahraga Terbuka Kedah
Tarikh : 7 dan 8 Mei 2010
Tempat : Stadium Darul Aman, Kedah
Anjuran : Persatuan Olahraga Amatur Kedah(POAK)

Pada tanggal 7 dan 8 Mei 2010,bertempat di Stadium Darul Aman,telah diadakan Kejohanan Olahraga Terbuka Kedah yang jalankan oleh Persatuan Olahraga Amatur Kedah(POAK). Kejohanan Ini Adalah arena terakhir untuk atlet Pulau Pinang untuk melayakkan diri mereka ke Temasya Sukan Malaysia 2010 yang berlansung di Melaka kelak.Pasukan Pulau Pinang menghantar seramai 27 orang atlet dan 3 orang pegawai.

Keputusan di sana cukup membanggakan dimana hampir keseluruhan atlet yang kita hantar adalah atlet yang masih muda dan berpotensi besar jika kita dapat asuh dengan cara yang terbaik.Keputusan adalah seperti berikut:

4 Emas (Lempar Cakera wanita,4 x 100m wanita,100 m wanita,Lompat Jauh Wanita)
2 Perak (Lompat Jauh Lelaki,100 m wanita)
3 Gangsa (Lompat Kijang Lelaki,800 m Wanita,200 m Wanita)

Akhir Sekali melalui kejohanan ini sebegini akan dapat meletakan kita sebaris dengan kuasa olahraga di Malaysia seperti Selangor dan serawak dan seterusnya dengan iltizam yang tinggi kita mampu untuk menjadi kuasa dalam acara olahraga dalam masa 3 hingga lima tahun lagi.

















Read more...

Thursday, May 6, 2010

SEKITAR PERLAWANAN AKHIR BADMINTON MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG (MSSPP) 2010

Kejohanan : Badminton MSSPP 2010
Tarikh : 28 - 29 April & 03 - 06 Mei 2010
Tempat : Dewan Badminton TCH, Bagan Lalang, Seb. Perai Utara
Kejohanan edisi 2010 ini melibatkan 71 buah Sekolah Menengah dan 31 buah Sekolah Rendah seluruh Negeri Pulau Pinang. Tujuan utama penganjurannya adalah untuk memilih atlet yang akan mewakili Negeri Pulau Pinang ke Kejohanan MSSM yang akan berlangsung di Ipoh, Perak pada Jun kelak.
Menurut Cikgu Ooi, Pengerusi Teknik Sukan Badminton MSSPP, atlet-atlet ini akan dipilih sekali lagi kerana atlet-atlet yang disenaraikan oleh MSNegeri ke SUKMA XIII 2010 di Melaka tidak akan disenaraikan ke MSSM kerana tidak mahu menggangu persiapan atlet berkenaan memandangkan tarikh kejohanan pada bulan yang sama dan memberi peluang kepada pemain-pemain lain untuk mewakili Negeri ke MSSM.
Keputusan Perlawanan Akhir;
Perseorangan Lelaki Bawah 12 Tahun
Johan : Tan Jia Wei
N.Johan : Ooi Zhao
Perseorangan Wanita Bawah 12 Tahun
Johan : Goh Jin Wei
N.Johan : Kong Yi Jin
Perseorangan Lelaki Bawah 15 Tahun
Johan : Teh Sheen Yale
N.Johan : Lim Ming Chuen
Perseorangan Wanita Bawah 15 Tahun
Johan : Chua Cheah Lin
N.Johan : Dhesnee
Perseorangan Wanita Bawah 18 Tahun
Johan : Ooi Yi Keat
N.Johan : Lee Theng Hau
Bergu Lelaki Bawah 12 Tahun
Johan : Tan Jia Wei & Loh Zefeng
N.Johan : Bryan Khaw & Ray Ng
Bergu Wanita Bawah 12 Tahun
Johan : Goh Jin Wei & Ooi Shi Han
N.Johan : Lim Ru Guat & Kong Yi Jin
Bergu Lelaki Bawah 15 Tahun
Johan : Teh Sheen Yale & Lim Meng Chuen
N. Johan : Cheam June Wei & Tang Wei Sen
Bergu Wanita Bawah 15 Tahun
Johan : Chua Cheah LIn & Lim Shi Min
N. Johan : Nurul Ain Syifaa & Sharmila
Bergu Lelaki Bawah 18 Tahun
Johan : Ooi Yi Keat & Teoh khai Siang
N.Johan : Tan Chin Yeow & Lee Yuan Kit
Bergu Wanita Bawah 18 Tahun
Johan : Cheam Xue Qi & Chew Huay Han
N.Johan : Choo Tze Ai & Ang Fern Ying

















Read more...

Wednesday, May 5, 2010

LAPORAN PEMANTAUAN PLN BERBASIKAL

Tarikh: 5 Mei 2010
Masa : 4.00 pm
Tempat: MSN Pulau Pinang.
Jurulatih: JSM Zahari bin Tahir

Pemantauan Atlet

Seawal jam 3.30 petang, jurulatih Pelapis Berbasikal Pulau Pinang iaitu En. Zahari telah datang untuk memulakan latihan.Turut hadir bersama adalah jurulatih dari MSNegeri iaitu En. Shukor serta En. Munir, selaku Setiausaha Persatuan Berbasikal Pulau Pinang. Jam 4.30 petang, atlet Berbasikal mula berkumpul untuk memulakan latihan. Terdapat segelintir hadir atlet yang terpaksa hadir pada lewat jam 6 berikutan mempunyai aktiviti di sekolah. Semasa pemantauan dilakukan, seramai 7 atlet Berbasikal telah hadir dan latihan diteruskan.

Latihan

Kayuhan bermula pada jam 4.40 petang. Program latihan yang disarankan oleh jurulatih adalah kayuhan 80 km mengelilingi Pulau Pinang dengan kelajuan 35 hingga 40 km/jam. Masa maksimum yang di peruntukan adalah 3 jam. Kayuhan bermula di MSNegeri p melalui Teluk Bahang, Balik Pulau dan melalui Permatang untuk kembali ke MSNegeri Pulau Pinang.Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap ketahanan atlet.Dikawasan Balik Pulau, atlet dibenarkan memecut pada kelajuaan 40-50 km/jam. Tujuan pecutan dilakukan adalah untuk meningkatkan kekuatan otot kaki.

Cadangan

En. Munir (Setiausaha Persatuan) mencadangkan agar diadakan latihan bersama di Valedrom Ipoh, Perak. Ini berikutan kurangnya pengalaman atlet Berbasikal Pulau Pinang di dalam acara trek. Selain itu, En. Zahari selaku jurulatih Pelapis Berbasikal mencadangkan agar latihan bebanan diadakan 2 kali seminggu dalam proses penyediaan fizikal atlet yang lebih baik.

Laporan Oleh : Syamsul Afzan Bin Mohd Nor













Read more...

KECEDERAAN ATLET ANGKAT BERAT - MOHD AIZAT ZAINI

Dukacita dimaklumkan bahawa Atlet Angkat Berat (Pelapis Serantau dan SUKMA Negeri Pulau Pinang) , Mohd Aizat B. Zaini telah mengalami Kecederaan Lutut Kanan sewaktu menjalani latihan di Pusat Latihan Angkat Berat, Pelapis Serantau, Bukit Mertajam pada 03/05/2010 (Isnin) yang lalu.

Saya telah membuat pemeriksaan awal terhadap beliau dan seterusnya merujuk perkara ini kepada Doktor di Klinik Chong Dispensary (Klinik Panel MSNPP) untuk pemeriksaan lanjut. Saya telah menemani atlet tersebut untuk mendapatkan rawatan susulan di sana. Setelah pemeriksaan dan ujian Sinar X-ray dilakukan, beliau hanya mengalami kecederaan tisu lembut (soft tissue injury)-Lateral Collateral Ligament dan memerlukan masa lebih kurang 2-3 minggu lebih untuk pulih.

Antara nasihat yang diberi kepada beliau adalah seperti berikut:

1. Rehatkan bahagian anggota yang cedera selama lebih kurang 2 minggu daripada menjalani latihan angkat berat
2. Melakukan Rawatan Ais secara kerap.
3. Menjalani rawatan electrotherapy (sonotron) di Klinik Chong Dispensary secara kerap.
4. Menjalani latihan rawatan pemulihan (rehab exercise)- jadual program telah diberi kepada atlet untuk dilakukan.
5. Memakai crutches (tongkat) yang dipinjamkan kepada beliau selama 1-2 minggu bagi membantu pergerakan lain.
Laporan Oleh : Nor Azian Khalid






Read more...

Monday, May 3, 2010

KEJOHANAN ANGKAT BERAT PELAPIS NEGERI SIRKIT 1/2010 ZON UTARA

Program : Kejohanan Angkat Berat Pelapis Sirkit 1/2010 (Zon Utara)
Tarikh : 29 April - 01 Mei 2010
Tempat : MSN Perlis

Untuk Kejohanan Sirkit 1/2010 Zon Utara kali ini, Negeri Perlis Indra Kayangan telah menjadi tuan rumah. Jemputan adalah bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung iaitu Kedah dan Pulau Pinang.

Untuk kejohanan kali ini, Pulau Pinang telah menghantar seramai 4 atlet wanita , 5 atlet lelaki & 2 orang jurulatih.

Atlet Wanita
1. Nabilah Ismail
2. Siti Nurameera Hashim
3. Nurfarahin Muhd Zakaria
4. Suhaila Sa'adin

Atlet Lelaki
1. Mohd Harith Lutfie Adnan
2. Mohd Shazreen
3. Sim Tzyy Yang
4. Mohd Solihin Yusof
5. Mohd Amirul Asyraf

Jurulatih
1. Mohd Faizulzalham Sazaly
2. Jamil Hashim

Keseluruhannya dimaklumkan kejohanan berjalan baik dan lancar. Tahniah Perlis atas Penganjuran yang berjaya !! ..

















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved