Monday, May 3, 2010

KEJOHANAN ANGKAT BERAT PELAPIS NEGERI SIRKIT 1/2010 ZON UTARA

Program : Kejohanan Angkat Berat Pelapis Sirkit 1/2010 (Zon Utara)
Tarikh : 29 April - 01 Mei 2010
Tempat : MSN Perlis

Untuk Kejohanan Sirkit 1/2010 Zon Utara kali ini, Negeri Perlis Indra Kayangan telah menjadi tuan rumah. Jemputan adalah bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung iaitu Kedah dan Pulau Pinang.

Untuk kejohanan kali ini, Pulau Pinang telah menghantar seramai 4 atlet wanita , 5 atlet lelaki & 2 orang jurulatih.

Atlet Wanita
1. Nabilah Ismail
2. Siti Nurameera Hashim
3. Nurfarahin Muhd Zakaria
4. Suhaila Sa'adin

Atlet Lelaki
1. Mohd Harith Lutfie Adnan
2. Mohd Shazreen
3. Sim Tzyy Yang
4. Mohd Solihin Yusof
5. Mohd Amirul Asyraf

Jurulatih
1. Mohd Faizulzalham Sazaly
2. Jamil Hashim

Keseluruhannya dimaklumkan kejohanan berjalan baik dan lancar. Tahniah Perlis atas Penganjuran yang berjaya !! ..

















Read more...

Thursday, April 29, 2010

JELAJAH MALAYSIA 2010, STAGE 3 - KEPUTUSAN

Berikut adalah keputusan Stage 3, Taiping, Perak ke Auto City, Juru Pulau Pinang :-

Keseluruhan Stage 3;

1. Malcom Lange - Team Medscheme
2. Arran Brown - Team Medscheme
3. Zamri Salleh - ATM

Raja Bukit;

1. Suhardi Hassan - Team KL
2. Muaz Abd. Rahim - Team MSN
3. Johann Rabie - Team Medscheme

Pecut Zon 1;

1. Mohd Razif Saleh - Team Letua
2. Wan Najmi Wan Mohd - Team KL
3. Waylon Woolcock -

Pecut Zon 2;

1. Wan Najmi wan Mohd - Team KL
2. Agung Shahbana - Team Indonesia
3. Mohd Razif Saleh - Team Letua

Jersey Kuning - David Mccan - Giant ART

Jersey Hijau - Malcom Lange - Team Medscheme

Jersey Merah - Mat Nur - Team Polygon

Jersey Putih - Amir Mustafa Rosli - Team Malaysia

Jersey Biru - Amir Mustafa Rosli - Team Malaysia

Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Hadir sama Tim. Presiden PKBM, YB Exco Belia & Sukan Negeri, Pengarah MSNegeri pada Majlis ini. Kayuhan Stage 4 akan diteruskan esok dari Juru - Sungai Petani.


















Read more...

JELAJAH MALAYSIA 2010, TAIPING - AUTO CITY,JURU (STAGE 3)

Perjalanan Kejohanan Berbasikal Jelajah Malaysia 2010 untuk Stage 3 diteruskan lagi pada hari ini 29.04.2010 dari Taiping, Perak ke Auto City, Juru Pulau Pinang. Cabaran kayuhan pada hari ini adalah sejauh 205.2 km. Para pelumba dilepaskan pada tepat jam 12.45 t/hari dan sampai ke garisan penamat pada jam 3.45 petang tadi.
Persiapan awal dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menyambut ketibaan para pelumba di Auto City, Juru, Pulau Pinang dan Majlis Penyampaian Hadiah kelak akan disempurnakan oleh YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Keputusan serta laporan Majlis Penyampaian Hadiah akan menyusul nanti ..
Sekian ..


















Read more...

Wednesday, April 28, 2010

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 1/2010 - LAPORAN SUKAN MEMANAH

Dilampirkan laporan ringkas sepanjang Karnival Pelapis Sirkit 01/2010 di Kedah Darul Aman pada 21hb hingga 25hb April 2010.

Penyertaan Pasukan Memanah

Pasukan Memanah Pulau Pinang telah menghantar seramai 14 atlet dengan pecahan kategori dan jantina.

Penginapan Atlet
Semua atlet yang menyertai karnival kali ini menginap di ASRC Hotel, Alor Star Kedah. Keadaan bilik amat memuaskan dengan kemudahan yang baik daripada pihak hotel. Bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, kemudahan kolam renang, tv, siaran astro dan lain-lain lagi. Kesimpulannya, kemudahan penginapan amat selesa dan memuaskan dengan harga yang berpatutan serta perkhidmatan yang baik.

Prestasi Atlet
Untuk atlet memanah recurve, ini merupakan kejohanan kedua selepas Kejohanan Sirkit Kebangsaan di Terengganu bulan Mac lepas. Peningkatan skor bagi atlet wanita kategori 1 dan 2. Atlet kategori 1 lelaki prestasi menurun dan sekiranya tidak dapat memenuhi keperluan program negeri, akan digugurkan daripada program. Nama yang diberi amaran secara lisan adalah Chan Min Xhao dan Cheah Sin Beng. Manakala atlet lelaki kategori 2, skor Harith Suffi menurun dan diberi peluang untuk meningkatkan prestasi bagi menempatkan diri ke Karnival ke-2 bulan Oktober nanti. Lukman menunjukkan prestasi mendadak dan selebihnya baru pertama kali menyertai kejohanan (kat 2).
Kategori 1 (Wanita)
1. Ooi Yee Ann - 1215 - 0
2. Michelle Lee - 1016 - 25/32
3. Salina Putriana - 1156 - 10/32
4. Siti Fatimah - 1101 - 16/32
Kategori 1 (Lelaki)
1. Ho Zhao Yong - 1120 - 0
2. Chan Min Shou - 1006 - 30/40
3. Chan Min Xhao - 892 - 40/44
4. Chech Sin Beng - 902 - 38/44
Kategori 2 (Wanita)
1. Meerosha a/p Balakrishnan - 853 - 13/25
2. Nur Naseha Rusli - 1019 - 7/25
Kategori 2 (Lelaki)
1. Muhd Lukman Fitri Jasli - 1081 - 10/55
2. Quak Ting Hua - 882 - 39/55
3. harith Suffi Hasnan - 872 - 40/55
4. Nik Muhd Izzuan - 736 - 44/55

Kesimpulan nya, keseluruhan perjalanan program berjalan lancar dan tiada sebarang masalah. Cuaca juga elok sepanjang pertandingan dijalankan. Dimaklumkan juga, atlet memanah Pulau Pinang yang berada di Pelapis Kebangsaan telah berjaya menempatkan diri di ranking 5 terbaik dan tahniah diucapkan (Jessly Yeoh, Mohd Firdaus Ishak & Mohd Faris Haziq Shuhaimi) Terima kasih kepada Penganjur, Pegawai Teknikal, Jurulatih dan Ibubapa yang memberi sokongan dan kerjasama sepanjang berlangsungnya program dijalankan.

Sekian, saya melaporkan untuk sukan memanah.
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi











Read more...

Tuesday, April 27, 2010

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 1/2010 - FINALE TINJU

Keputusan untuk Negeri Pulau Pinang :

Telah menghantar seramai 5 atlet untuk kategori umur 14 - 16 tahun dan 3 atlet untuk kategori umur 17 - 20 tahun. Berikut adalah keputusan yang diperolehi :

14 - 16 tahun
Berat / Kategori :
40kg : Muhd Nor Hisham dari PLN Titi Mukim [Gangsa]
43kg : Mohd Harizwan dari PLN Titi Mikum [Gangsa]
51kg : Mohd Syafiq Yusop dari PL MSN [Gangsa]
57kg : Vuthaya Babu dari Kelab India Star [Perak]
60kg : Mohd Sharul Nizam dari PL MSN [Perak]


17 - 20 tahun
Berat / kategori :
54kg : Rafa'el Mika'el dari PL MSN [Gangsa]
64kg : Mohd Azerbaijan dari PLN Titi Mukim [Gangsa]
69kg : Kubendhran dari PL MSN [Perak]

Sekian dimaklumkan, terima kasih
Laporan Oleh : Fatimah Jamil

















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved