Monday, December 28, 2009

Perjumpaan Atlet & Gotong Royong - Memanah

Untuk makluman, pihak saya telah membuat satu perjumpaan bersama atlet dan laporan ringkas adalah seperti dibawah :-

Program : Perjumpaan Atlet & Gotong Royong Kemas Stor Peralatan
Tarikh : 19hb Disember 2009 (Sabtu)
Tempat : Perkarangan MSN P.Pinang

Pada hari Sabtu (19/12/2009) yang lepas, satu perjumpaan telah dibuat kerana beberapa perkara perlu dibangkitkan dan perlu diingatkan kepada atlet. Ini kerana berdasarkan laporan bulanan daripada jurulatih didapati kehadiran atlet kurang memuaskan. Beberapa atlet telah dikenalpasti kurang menghadiri latihan memanah walaupun telah tamat peperiksaan SPM. Atlet2 tersebut telah diberi peringatan dan diberi peluang bagi menunjukkan & meningkatkan prestasi.

Pemilihan atlet bagi ke Program Sukma & Pelapis akan diadakan pada 9 & 10 Jan 2010 (Sabtu & Ahad). Selain jumlah skor, kriteria lain juga diambil kira seperti disiplin, kehadiran ke latihan dan pencapaian semasa.Selepas perjumpaan, telah diadakan satu aktiviti iaitu mengemas stor peralatan. Sebelum ini keadaan stor amat padat dengan barang2 yang boleh digunakan dan yang tidak boleh digunakan.

Kami mengambil pendekatan untuk mengemas bersama-sama dan menjaga kebersihan stor memanah. Terima kasih kepada atlet yang bertungkus lumus mengemas stor menjadi lebih teratur dan kemas.

Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi, PPN USPTN

Susun kemas-kemas ..

Atlet yang hadir ..


Apa yang penting, kerjalah sama .. semangat 1 pasukan


Dengar sini semua atlet-atlet .. taklimat oleh PPN, Pn. Shasha ..




Read more...

Wednesday, December 16, 2009

KEJOHANAN BERBASIKAL PESTA PULAU PINANG 2009

Persatuan Berbasikal Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Sukan Kebangsaan, Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Negara serta sokongan daripada Kerajaan Negeri telah menganjurkan Kejohanan Berbasikal Pesta Pulau Pinang pada 12 - 13 Disember yang lalu di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.
Berikut adalah laporan ringkas dari Jurulatih Berbasikal Akademi Serantau Zon Utara (ASZU) En. Eddie Norshamshidi tentang kejohanan berkenaan.
Pada 12 da 13 Disember 2009 Akademi Serantau Zon Utara telah menghantar pasukan berbasikal menyertai Kejohanan Berbasikal Pesta Pulau Pinang 2009. Seramai 9 orang atlet telah dinamakan untuk menyertai kejohanan tersebut terdiri daripada:-
1) Muaz Abd Rahim
2) Mohd. Anaz Norman
3) Mohd. Syairazi Mohd. Fuad
4) Mohd Al-Ghazali Abd Hamid
5) Norazimah Abd Rashid
6) Siti Nurshahirah Zainol
7) Dayang Noorfetri Zaharin
8) Siti Niuhajar Wilda Abd Rani (tindakan)
9) Norshahira Abd. Rani (tindakan)
Berikut adalah keputusan perlumbaan yang dicapai oleh pasukan ASZU ini temasya tersebut:-
1) Muaz Abd Rahim (Kategori Senior)- memenangi tempat ke-3 Roadarace round island 90km Open dan menerima wang tunai RM 150 dan medal.
- memenangi tempat ke-4 Criterium dan menerima medal.- memenangi tempat ke-2 MTB scratch dan menerima wang tunai RM 75 dan medal.
2) Mohd Al-Ghazali Abd Hamid (Kategori Junior)- memenangi tempat pertama Criterium dan menerima wang tunai RM100 dan medal
3) Norazimah Abd Rashid (Kategori Wanita)- memenangi tempat pertama Criterium dan menerima wang tunai RM 100 dan medal.
4) Siti Nurshahirah Zainol- memenangi tempat ke-4 Criterium dan menerima medal.
Selain itu, prestasi atlet lain seperti Anaz,Syairazi dan Dayang amat menunjukkan peningkatan dan saya berpuas hati dengan mutu kayuhan yang dipamerkan mereka. Kejohanan tersebut juga berjalan lancar dan juga berkualiti dengan kehadiran hampir 150 orang pelumba dengan kehadiran beberapa pelumba elit kebangsaan seperti Suhardi Hassan, Wan Najmee,Nor Rizuan Zainal, Shahrul Mat Amin,Hafiz Rosli,Sulha Sulaiman,Husna Abu Bakar,Norhidayah Yusari, Ruzatul zanariah.
Terdapat juga tindakan pengantungan atau melarang dari menyertai kejohanan yang dikenakan oleh saya kepada 2 atlet ASZU iaitu;-
1) Siti Niuhajar Wilda Abd Rani
2) Norshahira Abd. Rani
Tindakan ini diambil kerana beberapa sebab yang munasabah dan difikirkan perlu :-
1) Kehadiran semasa latihan amat buruk atau ponteng.
2) Prestasi kayuhan semasa terlalu lemah dan tidak mencapai tahap minima kondisi pelumba.
3) mengingkari arahan jurulatih dan warden dalam mematuhi peraturan ASZU.
4) Tidak menunjukkan keseriusan dalam menjalani latihan.
Sekian untuk laporan ringkas, Terima Kasih
Laporan Oleh : Eddie Norshamshidi, ASZU Cycling Coach.

Muaz (kiri) di tempat ke-4 bagi acara Kriterium

Johan .. Mohd Al-Ghazali (tengah) dalam acara Kriterium Junior

No.1.. Norazimah Abd Rashid (tengah) dalam acara Kriterium Wanita


Pingat Perak..Muaz (kiri) dalam acara MTB stratch




Read more...

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW ANTARA PASUKAN LELAKI & REGU WANITA 2009

Tarikh : 11 - 13 Disember 2009
Tempat : Dewan Bola Keranjang, MSN Johor

Pulau Pinang yang membariskan atlet-atlet Pelapis menyertai Kejohanan ini dengan menyenaraikan pemain bagi kategori bwh 18 tahun, 21 tahun dan empat (4) regu wanita sebagai pendedahan menghadapi SUKMA XIII 2010 Melaka.
Latihan akan dijalankan dengan lebih giat lagi setelah kelemahan - kelemahan atlet dari segi servis dan libasan dikenalpasti semasa pertandingan ini. Manakala bagi pasukan wanita diharap momentum ini dapat dikekalkan.
Keputusan Pertandingan;
Berpasukan Lelaki
Johan : Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP)
N.Johan : Kelantan
Ketiga : Johor & Selangor
Berpasukan Wanita
Johan : Pulau Pinang 'A'
N.Johan : Kedah 'B'
Ketiga : Pulau Pinang 'C' & Pulau Pinang 'D'
Laporan Oleh : Ahmad Firdaus Yusoff, PPN USPTN.









Read more...

Tuesday, December 15, 2009

SUKPEN IV 2009 - Sepaktakraw

Tarikh : 1 - 3 Disember 2009
Tempat : Penang Times Square

Kejohanan Sukan Pulau Pinang (SUKPEN) IV 2009 ini merupakan medan untuk MSNegeri dan Persatuan Sukan Negeri memilih atlet terbaik untuk mewakili Negeri ke SUKMA XIII 2010 Melaka. Dalam kejohana dwi tahunan kali ini seramai 20 orang atlet yang menjalani latihan di bawah Program Pelapis menyertai serta mewakli daerah masing-masing. Kini, seramai 6 orang atlet dari Program Pelapis telah dikenalpasti untuk diserap masuk ke Skuad Latihan SUKMA 2010 untuk menjalani latihan bersama-sama atlet senior.
Kepada pihak Persatuan Sepaktakraw Negeri, Pengurusan Penang Times Square, Agensi-agensi Kerajaan / Swasta yang terlibat, terima kasih atas sokongan.
Keputusan :
Acara Double Lelaki
Emas : Seberang Perai Tengah (SPT) A
Perak : Seberang Perai Selatan (SPS) A
Gangsa : Timur Laut (TL) A dan Barat Daya (BD) A
Acara Regu Lelaki
Emas : Seberang Perai Tengah (SPT) B
Perak : Seberang Perai Tengan (SPT) A
Gangsa : Seberang Perai Selatan (SPS) A dan Timur Laut (TL) A
Acara Berpasukan Lelaki
Emas : Seberang Perai Selatan
Perak : Seberang Perai Tengah
Gangsa : Barat Daya & Timur Laut
Acara Regu Wanita
Emas : Seberang Perai Selatan
Perak : Timur Laut
Gangsa : Barat Daya dan Timur Laut
Laporan Oleh : Ahmad Firdaus Yusoff, PPN USPTN







Read more...

KEJOHANAN PERAHU LAYAR TERBUKA KEBANGSAAN KFC-MYA-MILO/NSC 2009

Dilampirkan adalah maklumat/laporang ringkas penyertaan atlet pelapis pulau pinang ke kejohanan di Langkawi Kedah, Darul Aman.
Program : Kejohanan Perahu Layar Terbuka Kebangsaan KFC-MYA-MILO/NSC 2009
Tarikh : 6hb hingga 10hb Disember 2009 (Pulang 11hb Disember 2009)
Venue : Pusat Perahu Layar Kebangsaan, Kuah, Langkawi Kedah Darul Aman
Penyertaan : 8 orang (1 SDO / 1 JSM / 6 Atlet.

Kejohanan perahu layar di sertai oleh seluruh Malaysia dan beberapa negara luar seperti Singapura, Thailand, New Zealand dan lain2. Berlangsung selama 5 hari iaitu bermula pada 6hb sehingga 10hb Disember 2009. Negeri Pulau Pinang menghantar 2 pasukan iaitu Pasukan Sukma yang diketuai oleh JPM Ismail Ghani dan Pasukan Pelapis yang dilatih dibawah bimbingan JSM Muhammad Shah Bin Ismail. Seramai 6 pelayar telah mewakili Pasukan Pelapis Pulau Pinang didalam meneruskan cabaran ke kejohanan ini. Atlet Pelayaran Pulau Pinang telah menyertai 2 acara iaitu Optimist dan Laser 4.7. Penyertaan dari Pelapis Pulau Pinang terdiri daripada :-
a) Shahashuhaida Binti Tarmuzi - SDO
b) Muhammad Shah Bin Ismail - JSM Pelayaran
c) Katherine Ong Xian Yean -Atlet Optimist
d) Mohd Amirul Asyraf Bin Fauzi - Atlet Optimist
e) Mohd Amir Bin Pawanchik - Atlet Optimist
f) Mohd Syazwan Bin Abu Suffian - Atlet Optimist
g) Norainisah Binti Ismail - Atlet Laser 4.7
h) Mohd Hafiz Bin Zuraimi - Atlet Laser 4.7
SDO telah diberi peluang untuk melihat dari dekat ditengah laut bagaimana race ini berjalan, dimana starting line, dimana boay(point)diletakkan dimana setiap pelayar perlu melalui point2 yang telah diletakkan, melihat juri menjalankan tugas sebagai teknikal dan bagaimana keadaan pelayar ketika kejohanan dijalankan. Terima kasih kepada Jurulatih Negeri Sembilan kerana sudi menumpangkan bot dan memberi peluang melihat lebih dekat sepanjang perjalanan kejohanan ini berlangsung.
Dari segi prestasi atlet, jurulatih telah menetapkan sasaran (ranking) setiap atlet dan keputusan amat kurang memuaskan kerana penyertaan kali ini disertai atlet pelapis kedua yang baru (2nd team) kerana atlet pelapis yang pertama (1st team) telah terpilih memasuki skuad latihan Sukma 2010 pada bulan November 2009 yang lalu. Mereka ialah Muhammad Hasbullah, Mohd Qayyum, Muhammad Shahrul Aiman, Geh Chiew Lin, Koe Sin Yee dan Mohd Shahfimi. Berharap pada tahun hadapan prestasi atlet dapat dipertingkatkan dan mencapai sasaran (ranking) yang ditetapkan. Maklumat penuh prestasi atlet seperti dilampiran. Semoga tahun hadapan prestasi atlet dapat di tingkatkan dan kejohanan ini merupakan penyertaan terakhir bagi atlet pelayaran pelapis.Jumpa di tahun hadapan dengan semangat yang baru dan semoga mendapat mencapai sasaran yang disasarkan. Sekian, terima kasih.
Laporan Oleh : Shasha Tarmuzi, PPN USPTN
Kejohanan sedang berlangsung ..

Kenangan .. PPN bersama barisan atlet Pelapis Negeri

Barisan Pelayar siap sedia digarisan permulaan


1 Pasukan ..atlet bekerjasama menyiap & membetulkan layar ..



cheasee..all the best !!










Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved