Thursday, June 21, 2018

LAPORAN KESELURUHAN BENGKEL GIMRAMA SIRI 2/2018

Tarikh : 11 hingga 16 Jun 2018
Masa : 9.00 am hingga 3.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Jurulatih :  (1) Tay Hui Shing  (2) Lee Xin Ee (JSM)
                 - Puan Wong Chiew Lee (Naib Presiden MJAPP)
                 - Puan Yeoh Beng Choo (Penolong Setiausaha MJAPP)
                 - Puan Nursyafiqah Binti Salamat (PPN)

Atlet : 22 orang

Bengkel Gimrama Siri 2/2018 yang bakal dijalankan selama 6 hari dimana bermula daripada 11 Jun 2018 hingga 16 Jun 2018. Seramai 22 orang gimnas menghadiri bengkel kali ini terdiri daripada gimnas skuad latihan negeri Pulau Pinang, pelapis negeri Pulau Pinang serta kelab MJAPP yang telah dipilih oleh pihak persatuan untuk berada di dalam bengkel ini.

Bengkel ini telah dihadiri oleh Cik Tay Hui Shing yang merupakan Jurulatih Separuh Masa USPTNPP, beliau mengambil inisiatif cuti sekolah untuk meningkatkan prestasi gimnas Pulau Pinang. Jurulatih Sambilan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang iaitu Lee Xin Ee turut bekerjasama dan menuntut ilmu daripada Cik Tay Hui Shing. Selain itu, JSM USPTNPP juga mempunyai matlamat serta objektif yang ingin dicapai pada kejohanan yang terdekat bagi gimnas yang beliau latih iaitu:

1) Kejohanan Gimrama SportExcel Sirkit 1 yang akan berlangsung pada 29 hingga 30 Jun 2018 di Kuala Lumpur
2) Kejohanan Gimrama Sirkit  Remaja Kebangsaan Siri 1 yang akan berlangsung pada 1 hingga 6 Julai 2018 di Kuala Lumpur
3) Kejohanan Gimrama 2nd Vitrigo International Cup Malaysia 2018 yang akan berlangsung pada 10 hingga 16 Julai 2018 di Stadium Juara, Bukit Kiara

Bengkel yang dikendalikan ini dilihat bermanfaat bagi mereka gimnas skuad latihan yang akan menghadapi SUKMA PERAK 2018 pada September ini. Selain itu, gimnas yang lain dapat menambah ilmu pengetahuan dengan menghadiri latihan tambahan yang dijalankan oleh jurulatih. Bermula pada hari ini beliau akan melihat rutin bagi acara gelung dan belantan untuk gimnas Ong Wei Yee, dimana beliau telah memberi penekanan yang tinggi kepada gimnas ini semasa bengkel 1/2018 mahupun dalam latihan. Gimnas Pulau Pinang kebanyakan memberi usaha dan komitmen yang tinggi dalam menjalani latihan bengkel ini, namun gimnas sendiri tidak mempunyai waktu latihan yang mencukupi kerana hanya menjalani latihan secara separuh masa.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang iaitu Encik Frederick Tan Teck An yang memberi sokongan ynag tinggi kepada gimnas Pulau Pinang serta Majlis Jimnastik Amatur Pulau Pinang dalam menjalankan bengkel ini.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved