Tuesday, February 23, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN DAN PERJUMPAAN PPN BERSAMA JURULATIH, ATLET DAN IBU BAPA

Tarikh : 22 Februari 2016 (Isnin)
Masa : 7.00 malam hingga 8.30 malam
Tempat : Mega Bowling Centre, Seberang Perai

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Cheah Teik Tatt - JSM
3. Nooriani Abdul Rahman - JSM
4. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 54 atlet

IBU BAPA
1. 45 orang

LATIHAN
-Tiada-

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
- Semua atlet akan menyertai Kejohanan Piala Remaja Milo Ranking Masters - 1st Leg pada 27 Februari 2016 di Mega Bowling Centre, Seberang Perai.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Hak milik pensendirian

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Satu perjumpaan bersama jurulatih, atlet dan ibu bapa dapat diadakan bagi membincangkan serta menerangkan perancangan program tahun 2016 yang melibatkan sesi latihan, pertandingan, ujian kecergasan, kem latihan, kejohanan dalaman dan klinik sukan. Kehadiran ibubapa bagi atlet baru amat dihargai sebagai tanda sokongan terhadap program yang telah mahupun akan dijalankan. Penekanan turut diberikan kepada ibubapa agar bekerjasama rapat dan berhubung baik dengan pihak jurulatih, persatuan dan MSN. Pada akhir sesi telah diadakan dialog soal jawab antara pihak ibubapa, jurulatih dan MSN. Kesimpulan perjumpaan ini menunjukkan maklum balas yang positif dari ibubapa dalam menaikkan martabat sukan tenpin boling. Diharap kerjasama yang erat antara semua pihak dapat diteruskan bagi meningkatkan kegemilangan sukan tenpin boling negeri Pulau Pinang.
2. Jurulatih juga memaklumkan kepada semua yang hadir bahawa sesi latihan rasmi akan bermula awal Mac 2016.
3. Surat penyambungan kontrak jurulatih bagi tahun 2016 telah diterima bersama surat sokongan Persatuan dan akan dihantar untuk proses perlantikan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved