Monday, June 29, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PERJUMPAAN IBUBAPA & WARIS BAGI SUKAN TAEKWONDO PROGRAM PELAPIS NEGERI 2015

Tarikh : 28 Jun 2015 (Ahad)
Tempat : Bilik Cemerlang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (USPTNPP) dengan kerjasama Persatuan Taekwondo Negeri Pulau Pinang telah mengadakan sesi Perjumpaan Ibubapa dan waris bagi atlet Progam Pelapis Negeri 2015. Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk memberikan taklimat dan penerangan berkaitan perjalanan program pelapis bagi tahun ini. Disamping itu, sesi ini juga menjadi platform kepada ibubapa dan waris untuk bertanyakan soalan kepada pihak USPTN, Persatuan Negeri dan Jurulatih.

Hadir memberikan taklimat dan penerangan ringkas ini termasuklah Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Pulau Pinang iaitu En. Mohamed Sabib Bin Abdullah, Timbalan Presiden En. Rajendran A/L Rajoo dan Pengerusi Teknikal iaitu En. Rajendran A/L Rengasamy. En. Mohamed Sabib Bin Abdullah mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibubapa dan waris meluangkan waktu menghadiri perjumpaan ini. Turut dimaklumkan berkaitan perletakkan jawatan Jurulatih Separuh Masa (JSM) En. Maniam A/L Krishnan berkuatkuasa pada bulan Jun 2015. Beliau meletakkan jawatan kerana tidak dapat memberikan komitmen kepada Program kerana mempunyai komitmen lain. Oleh itu, Pihak Persatuan akan memberikan nama calon baru untuk lantikan jurulatih bagi menggantikan En. Maniam A/L Krishnan. Sesi latihan tetap diteruskan sementara di bawah kendalian Jurulatih SUKMA Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang iaitu En. Gunasegaran A/L Manivelloo.

Selain itu, Pihak Persatuan akan menganjurkan Kejohanan Dalaman Penang Closed Taekwondo Championships 2015 yang dijangka bakal diadakan pada bulan Ogos 2015. Semoga sesi taklimat dan penerangan program pada kali ini dapat mengeratkan lagi kerjasama antara Pihak Majlis Sukan, Persatuan Sukan Negeri, Jurulatih, Ibubapa/waris dan atlet-atlet kearah memajukanm sukan Taekwondom dim negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved