Friday, January 30, 2015

LAPORAN KLINIK DAN TID SUKAN ANGKAT BERAT

Tarikh : 29 Januari 2015 (Rabu)
Masa: 2.00 pm - 4.00 pm
Tempat: Dewan SMK Tasek, Simpang Ampat.


KEHADIRAN
1. En. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN USPTN
2. En. Akmal Bin Hashim - PPN USPTN
3. En. Asaithamby - Penolong Kokurikulum Sekolah
4. En. Shafie - Guru SMK Tasek
6. En. Arshad Bin Abu Seman - Jurulatih
7. 6 Atlet.


TUJUAN

Program ini dijalankan bagi mencari bakat baru bagi sukan Angkat Berat selain daripada untuk mempromosikan program Pelapis dan juga memupuk minat untuk bersukan di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Dengan kerjasama dari pihak sekolah berkenaan diharapkan akan memudahkan perjalanan program latihan yang akan di laksanakan secara berterusan dimana Jurulatih akan menjalankan latihan di sekolah tersebut dengan menggunakan peralatan sedia ada di sekolah tersebut. Dengan ini di harapkan akan menghasilkan atlet-atlet yang cemerlang di masa akan datang untuk negeri Pulau Pinang dan seterusnya untuk negara.

PENYERTAAN
Program ini melibatkan pelajar-pelajar di sekolah tersebut dimana seramai 120 pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2 dipanggil untuk hadir pada sesi pemilihan. Pada peringkat awal, jurulatih akan mencari seberapa ramai pelajar yang berminat melalui beberapa ujian sebelum ditarik masuk ke peringkat kedua sebelum sesi pemilihan seterusnya dibuat bagi diserap ke program pembangunan negeri.

UJIAN PEMILIHAN
Klinik dan TID Sukan ini diteruskan dengan pengenalan Sukan Angkat Berat dan beberapa ujian telah dilakukan oleh jurulatih untuk mengenalpasti pelajar yang berpotensi. Antara ujian tersebut adalah mengenalpasti postur atau posisi badan ketika squat dan ujian berkenaan asas kekuatan kaki. Selain itu juga, demostrasi Snatch, Clean & Jerk    dari atlet-atlet untuk menunjukkan teknik yang betul untuk sukan Angkat Berat. Hasil dari program ini, jurulatih telah memilih 9 pelajar lelaki dan 6 pelajar wanita yang berminat untuk menjalani latihan.

PENGHARGAAN 
Pihak Unit mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan program ini. Pihak Unit juga berterima kasih kepada pihak SMK Tasek kerana memberi kerjasama yang baik untuk melancarkan program ini serta dari pihak MSD Seberang Perai Selatan dalam menjayakan Klinik dan TID Sukan Angkat Berat. 

Sekian Terima Kasih

Laporan Oleh
Akmal Bin Hashim


Monday, January 19, 2015

PERJUMPAAN IBUBAPA, JURULATIH & ATLET SUKAN MEMANAH BAGI PROGRAM PELAPIS 2015

Tarikh : 18 Januari 2015 (Ahad)
Masa : 10.30 Pagi hingga 12.00 Tengahari
Tempat : Bilik Cemerlang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang


Satu majlis perjumpaan antara pihak ibubapa,waris, jurulatih dan atlet sukan memanah bagi Program Pelapis 2015 telah diadakan pada pagi ini. Majlis ini dipengerusikan oleh Pemangku Ketua Unit iaitu Encik Hamidi Bin Lokman. Tujuan utama program ini adalah bagi menerangkan perancangan program bagi tahun 2015.  Selain itu, sesi rumusan program bagi tahun lepas turut dibincangkan. Kehadiran beberapa orang ibubapa/waris bagi atlet baru amat di hargai sebagai tanda sokongan terhadap program yang telah dijalankan. Penekanan turut diberikan kepada ibubapa agar bekerjasama rapat dan sentiasa berhubung dengan pihak jurulatih-jurulatih yang telah dilantik bagi memudahkan mendapat maklumat-maklumat program dan pertandingan. Pada akhir sesi pertemuan ini telah diadakan dialog soal jawab antara pihak ibubapa, jurulatih dan MSN. Kesimpulan dari majlis ringkas ini menunjukkan maklum balas yang baik dari pihak ibubapa atlet serta telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap sukan memanah. Diharap kerjasama yang erat antara semua pihak dapat diteruskan bagi meningkatkan kegemilangan sukan memanah negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Tuesday, January 13, 2015

PENAWARAN BIASISWA SUKAN PERSEKUTUAN TAJAAN KEMENTERIAN BELIA & SUKAN


Kementerian Belia dan Sukan telah membuka tawaran Biasiswa Sukan Persekutuan. Permohonan boleh dibuat secara online di portal KBS (http://www.kbs.gov.my/).
Tempoh permohonan adalah mulai 11 Januari 2015 sehingga 10 Februari 2015.
Sebarang maklumat lanjut boleh dilayari di laman web tertera atau hubungi Urus Setia di talian 03-8871 3551/3558.
SELAMAT MENCUBA!

JAWATAN KOSONG - PENOLONG PEGAWAI BELIA & SUKAN (S27) DI USPTN PULAU PINANG

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut ;

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia @ kelayakan yang diiktiraf setaraf  oleh kerajaan; atau

  (ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan @ kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Dan

d) Lulus bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia @ kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia & sukan) 

Sila hantar resume anda kepada ;
Ketua Unit
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang
d/a Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Batu Uban
Pulau Pinang

Tarikh Tutup : 21 Januari 2015


Monday, January 12, 2015

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN MEMANAH

Tarikh : 10 Januari 2015 (Sabtu)
Masa : 3.00 ptg - 7.00 ptg
Tempat : Padang Youth Park, Taman Perbandaran, MPPP

KEHADIRAN
1. Kan Kar Inn
2. 15 Orang atlet

LATIHAN
1. Warm up & stretching
2. Basic shooting technique
3. Short distance training
4. Focus target training
5. Cooling down

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

ULASAN
1. Sesi latihan dikendalikan oleh JSM Kan Kar Inn. Lokasi latihan sementara di Padang Youth Park milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). PLN JBS Batu Uban masih dalam proses naik taraf dan pembinaan kemudahan baru.
2. Kehadiran atlet agak memuaskan. Namun terdapat beberapa orang atlet menghadapi masalah pengangkutan untuk ke Pusat Latihan sementara ini. Terutamanya melibatkan atlet di PLN JBS Batu Uban.
3. Telah menerima bantuan target butt dan stand dari cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara. Ketika ini pihak USPTN turut dalam proses pembelian peralatan kecil untuk latihan bagi sukan- sukan di bawah Program Pelapis.


Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved