Tuesday, October 24, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TINJU

Tarikh : 23 Oktober 2017 (Isnin)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat : Gelanggang Tinju Titi Mukim, Penaga, Kepala Batas

KEHADIRAN
1. Zainuddin Bin Zakaria - JSM USPTN
2. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN

ATLET
10 Orang Atlet

LATIHAN
1. Warm Up
2. Uppercut 
3. Jab
4. Shadow boxing
​5. Cooling Down

KECEDERAAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Tinju Penang Closed 2/2017 pada 11​ dan 12​ November 2017 di Gelanggang Tinju MSN Pulau Pinang
2. Kejohanan Tinju Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 2/2017 pada 22 hingga 26 November 2017

PERALATAN
- Memohon sparring glove, sparring glove sedia ada telah rosak

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Sesi latihan berlangsung dengan lancar sebagai persiapan menghadapi 2 kejohanan pada bulan November iaitu Penang Closed 2/2017 dan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 2/2017.
2. PPN memaklumkan kepada jurulatih tentang Karnival
Bakat akan mempertandingkan 11 kategori umur. Terdapat dua pertambahan kategori umur berbanding pada siri 1/2017.
3. Mesyuarat JKK Bil. 2/2017 dijadualkan pada tarikh 9 November 2017.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 17 Oktober 2017 (Selasa)
Masa : 8.30 pm - 11.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN

1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 6 Orang

LATIHAN
1. Flexibility
2. Leap
3. Routine

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Karnival Bakat 2/2017 pada 22 hingga 26 November 2017 di Pahang
2. Kejohanan Gimrama Sportexcel-MSN-MILO-MGF Sirkit Kedua pada 26 hingga 27 November 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
3. Kejohanan Gimrama Kebangsaan Kali Ke 28 bermula pada 27 hingga 28 November 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
4. Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2017 pada 28 November hingga 2 Disember 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

KECEDERAAN

1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1.Pihak persatuan telah memohon untuk menjalankan bengkel nutrisi pada 25 Oktober 2017 dan bengkel psikologi pada 26 Oktober 2017. Namun hanya bengkel psikologi tidak dapat menetapkan tarikh kerana pegawai psikologi tidak berada di Pulau Pinang ketika itu dan akan menggantikan pada hari lain.
2. Pihak Persatuan juga telah menggantikan papan di kawasan warm up yang telah dimakan oleh anai-anai.
3. Kehadiran atlet memuaskan dan beberapa orang atlet menjalani latihan bersama jurulatih kelan MJAPP untuk lebihkan latihan pada cuti sekolah.
4. JSM sekarang iuaitu Cik Mah Kah Yi akan berkhidmat sehingga 9 November 2017 sahaja manakala pihak persatuan telah mencadangkan Lee Xin Ee untuk menggantikan beliau. PPN memohon MJAPP mengemukan permohonan dengan kadar segera kepada MSNPP.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Thursday, October 19, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN BERBASIKAL

Tarikh : 17 Oktober 2017 (Selasa)
Masa : 4.30 Petang
Tempat : MSNPP

KEHADIRAN
1. Misheelan A/L Ganesan (JSM)
2. En. Munir Bin Mohamed Ismail (SU)
3. ISNPP
4. 8 Atlet 

LATIHAN
1. Training Monitoring and Recovery
    - Glucose
    - Heart Rate
    - RPE
    - Lactate
* 3 Set

PERTANDINGAN
- Kejohanan JCM Track pada 27 - 29 Oktober 2017 di Velodrom Nilai, Negeri Sembilan.

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Kekurangan Basikal, Tiub.

PROGRAM BINAAN
- Latihan Bersama Akademi Serantau Majlis Sukan Negara (Ipoh Perak)

ULASAN
1. Ujian dikendalikan oleh pihak ISNPP dan dipantau oleh Jurulatih.
2. Pasukan Pulau Pinang akan menyertai Kejohanan JCM Track pada 27 - 29 Oktober 2017 di Velodrom Nilai, Negeri Sembilan, seramai 11 atlet akan menyertai kejohanan tersebut.
3. Cadangan untuk menghantar 3 atlet menjalani latihan bersama di Akademi Serantau Majlis Sukan Negara (Ipoh Perak) iaitu Lyan Lee, Mohd Irfan dan Mohd Ashraf. Berkaitan dengan perkara ini telah dimaklumkan kepada persatuan untuk membuat permohonan peruntukan dari MSN Pulau Pinang.
4. En, Munir (SU) Persatuan Berbasikal Pulau Pinang memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan AJK persatuan dan bersetuju untuk membuat Kejohanan Dalaman Acara Criterium dan beliau akan membuat permohonan peruntukan untuk menganjurkan kejohanan tersebut.

Sekian.

Laporan Disedikan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 17 Oktober 2017 (Selasa)
Masa : 4.00 Petang hingga 5.00 Petang
Tempat : Akademi Gimnastik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Hamidi Bin Lokman – Ketua USPTNPP
2. Puan Wong Chiew Lily – Timbalan Presiden 1
3. Koay Shu Chee – Timbalan Presiden 2
4. Yeoh Beng Choo – Penolong Setiausaha
5. Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin – PPN USPTN Pulau Pinang
6. Tan Ai Ling – JPM MSN Pulau Pinang
7. Liu Shu Nan – JLN USPTNPP

ATLET
1. 14 Orang (wanita)

LATIHAN
1. Senam Lantai
2. Vault
3. Balance beam
4. Uneven Bar

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1.
Keadaan span yang pecah dan berkurangan, menganggu kelancaran program latihan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Program latihan berjalan seperti biasa mengikut jadual latihan. Kehadiran memuaskan
2. Lawatan Ketua Unit bersama wakil persatuan meninjau kawasan tempat latihan.Pada sesi lawatan berkenaan turut dibangkitkan isu-isu peralatan dan span yang telah rosak dan persatuan bersetuju untuk mengambil tindakan dengan menggantikan span yang rosak manakala untuk peralatan , perkara ini akan dirujuk kepada pihak MSNPP.
3. Berkenaan keadaan lantai yang basah tiap kali hujan, perkara ini telah diambil maklum oleh pihak MSN PP untuk membuat penyelenggaraan.
4. Secara keseluruhan,semua dalam keadaan baik.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

Monday, October 16, 2017

LAPORAN KEJOHANAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PULAU PINANG 2017

Tarikh : 14 Oktober 2017 (Sabtu)
Tempat : Sekitar Pulau Pinang 
Masa : 7.00 pagi hingga 8.00 malam

Pada 14 Oktober 2017, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara peringkat negeri yang bertempat di sekitar perkarangan jabatan tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, Y.Bhg.Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman. Program ini telah disertai oleh seramai 8000 orang yang terdiri daripada murid dan guru sekolah, jabatan kerajaan dan agensi luar, manakala sekitar Pulau Pinang dianggarkan lebih 92000 orang menyertai lebih 191 program termasuk 18 acara sukan di daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan seperti yang dimaklumkan oleh Y.Bhg.Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman semasa perasmian. Program Hari Sukan Negara telah dicetuskan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta dilaksanakan sebagai program tahunan iaitu pada setiap Sabtu minggu kedua dalam bulan Oktober bermula dari tahun 2015. Sambutan Hari Sukan Negara di peringkat negeri Pulau Pinang ini telah dihangatkan lagi dengan kehadiran 5 orang atlet Malaysia berkelahiran Pulau Pinang yang telah menjadi wira dan wirawati dalam Sukan SEA Ke-29 yang lepas. Mereka terdiri daripada atlet Karate iaitu Hoe Thompson, Lim Chee Wei, Celine Lee Xin Yi, Emmanuel Leong Theng Kuang dan seorang atlet terjun iaitu Ooi Tze Liang.

Pengisian program yang dijalankan dalam sambutan Hari Sukan Negara ini penuh dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian serta menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif. Pelbagai aktiviti peringkat negeri yang dijalankan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah heritage fun run, demonstrasi seni mempertahankan diri, pertandingan bola tampar pantai 3 on 3, pertandingan sepak takraw amatur, wall climbing, pertandingan bola tampar sekolah menengah, himpunan seni bela diri, pertandingan kabaddi, pertandingan aktiviti gym, fun ride, street soccer 3 on 3, pertandingan bola jaring, pertandingan tarik tali, mari mencuba gusti lengan, dan night aerobathon.

Seterusnya, Unit Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang turut memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara 2017 dengan mengadakan pelbagai aktiviti terdiri daripada 7 sukan iaitu : 

Kejohanan Dalaman Gimrama (Ujian Klasifikasi) Sempena Hari Sukan Negara 2017
Penyertaan : 30 orang atlet, 2 orang jurulatih dan 2 orang juruhakim
Tarikh : 14 Oktober 2017
Tempat : Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Kejohanan Dalaman Angkat Berat Sempena Hari Sukan Negara 2017
Penyertaan : 30 orang atlet, 4 orang jurulatih, dan seorang jemputan atlet angkat berat Komanwel (Zulhemi Bin Md Pisol)
Tarikh : 14 Oktober 2017
Tempat : SMK Permatang Tok Labu
Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Kejohanan Dalaman Menembak Sempena Hari Sukan Negara 2017
Penyertaan : 18 orang atlet, 3 orang jurulatih, dan 2 pegawai teknikal
Tarikh : 14 Oktober 2017
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang
Masa : 11.00 pagi hingga 3.00 petang
Kejohanan Dalaman Sepak Takraw Antara Regu Tertutup Bawah 15 Tahun Sempena Hari Sukan Negara 2017
Penyertaan : 40 orang atlet, 2 orang jurulatih, 4 urusetia dan 16 pengadil
Tarikh : 14 Oktober 2017
Tempat : SMK Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan
Masa : 8.00 pagi hingga 2.30 petang
Sparring (Latihan Bersama) Tinju antara Pelaps Negeri Pulau Pinang dan Pelapis Serantau Sempena Hari Sukan Negara 2017
Penyertaan : 60 orang atlet dan 3 orang jurulatih
Tarikh : 14 Oktober 2017
Tempat : Akademi Serantau MSNM, Bukit Mertajam
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Kejohanan Lumba Basikal Sempena Hari Sukan Negara 2017
Penyertaan : 25 Atlet & 1 Jurulatih
Tarikh : 14 Oktober 2017
Tempat : Balik Pulau
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Kejohanan Dalaman (Ranking Bulanan) Lawn Bowls Sempena Hari Sukan Negara 2017
Penyertaan : 40 orang atlet, dan 2 orang jurulatih
Tarikh : 14 Oktober 2017
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas
Masa : 8.00 pagi hingga 7.00 malam
Secara keseluruhan, program Hari Sukan Negara telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Sukan Negara 2017.

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved