Monday, October 17, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN PENANG CLOSED TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2016

Tarikh: 16 Oktober 2016 (Ahad)
Tempat: Gelanggang Silat, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Taekwondo Negeri Pulau Pinang (TNPP) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang  telah menganjurkan Kejohanan "Penang Closed Taekwondo Championship 2016". Pertandingan ini berlangsung pada 16 Oktober 2016 bertempat di Dewan Silat, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Lima kategori telah dipertandingkan iaitu :-

1. 6-8 tahun (lelaki dan wanita)
2. 9-11 tahun (lelaki dan wanita)
3. 12-14 tahun (lelaki dan wanita)
4. 15-17 tahun (lelaki dan wanita)
5. Tebuka 17 tahun keatas (lelaki dan wanita)

Pada edisi tahun ini statistik penyertaan menunjukkan seramai 157 orang mengambil bahagian terdiri-daripada 87 atlet lelaki dan 70 atlet wanita. Keputusan rasmi pertandingan adalah seperti berikut :-

1. Kelab Taekwondo SPU - 6 Emas, 5 Perak, 11 Gangsa
2. Ultimate Taekwondo Club - 4 Emas, 3 Perak, 3 Gangsa
3. Naga Taekwondo Club - 2 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa
4. RTS Taekwondo Club - 1 Emas, 2 Perak, 7 Gangsa
5. Dojang Taekwondo Club - 1 Emas, 1 Perak, 3 Gangsa

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang-pemenang dan sekalung penghargaan kepada Taekwondo Negeri Pulau Pinang atas kejayaan penganjuran kejohanan pada kali ini. 

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN PELAYARAN

Tarikh : 15 Oktober 2016 (Sabtu)
Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : Pusat Pelayaran Bagan Ajam, Butterworth

KEHADIRAN
1. Md Shah Bin Ismail - JSM
2. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 10 atlet

LATIHAN
- Atlet tidak dapat turun ke laut kerana keadaan cuaca dan gelora air laut.

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Perlu penambahan beberapa peralatan alat ganti seperti tali, center board dan tiang layar.
2. Layar optimist koyak.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan.
2. Sesi latihan hanya di darat berikutan keadaan laut bergelora dan cuaca yang tidak mengizinkan.
3. Mesyuarat JKK sukan Pelayaran bil 1/2016 telah dapat dijalankan pada 6 Oktober 2016 jam 10.00 pagi.
4. Persatuan ada memohon untuk mengadakan Klinik dan Kejohanan Dalaman pada bulan November 2016.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh
https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif

Read more...

Sunday, October 16, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 14 Oktober 2016 (Jumaat)
Masa : 3.30 petang hingga 6.30 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian, Simpang Ampat

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Rahimi Azizan - JSM
2. En. Syed Roslan Syed Khalid - JSM
3. En. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 35 orang

LATIHAN
1. Warm Up
2. Psikologi Training
3. Penyesuaian Regu
4. Warm down

UJIAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Tiada-

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan dan semua atlet menjalani latihan mengikut perancangan jurulatih.
2. Masih menunggu senarai nama jurulatih PLD daripada Persatuan Sukan Negeri. PPN memaklumkan agar senarai nama perlu dihantar secepat mungkin bagi memudahkan semua maklumat direkodkan untuk lantikan tahun 2017.
3. Pihak Unit masih menunggu pelarasan penganjuran Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 2/2016 daripada Persatuan Sukan Negeri.
4. Jurulatih ada mencadangkan untuk membuat satu kejohanan dalaman antara daerah pada bulan Disember 2016. Cadangan kertas kerja serta kewangan akan diusulkan kepada Persatuan Sukan Negeri.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Thursday, October 13, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 12 Oktober 2016 (Rabu)
Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : Padang JBSN Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. En. Kar Kar Inn - JSM
2. Mohd Suhaimi Md Salleh - PPN

ATLET
1. 5 orang

LATIHAN
1. Warming Up
2. Short distance training
3. Cooling Down

UJIAN
-Akan menjalankan Ujian Kecergasan pada 15 Oktober 2016 (Sabtu) di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama ISNPP.

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Masih memerlukan beberapa peralatan seperti arrow, bow basic untuk atlet-atlet pembangunan.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan berjalan seperti yang dirancang oleh jurulatih.
2. Kehadiran atlet semasa pemantauan kurang memuaskan kerana ada sebahagian atlet terlibat dengan peperiksaan.
3. Jurulatih Shamani dan Kan Kar Inn akan terlibat dalam Bengkel Pelan Strategik Sukan Malaysia XIX Perak 2018 bermula 14 hingga 16 Oktober 2016 di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Bengkel ini akan berjalan sebanyak 2 fasa secara berperingkat-peringkat.
4. Jurulatih ada memaklumkan bahawa beberapa atlet akan digugurkan atas sebab masalah displin, ketidakhadiran ke latihan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN ANGKAT BERAT (SMK PERMATANG TOK LABU)

Tarikh : 12 Oktober 2016 (Rabu)
Masa : 5.30 Petang
Tempat : SMK Permatang Tok Labu, Penaga

KEHADIRAN
1. Jamil Bin Hashim (JSM)
2. Atlet 7 orang

LATIHAN
1. Snacth
2. High Pull
3. Plyometric

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PERALATAN
- Kekurangan Set Bar lelaki dan Set Bar wanita

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa dan latihan kurang lancar kerana kekurangan peralatan latihan dimana atlet terpaksa menunggu giliran untuk membuat sesuatu program latihan.
2. Tiada sebarang kejohanan yang disertai oleh atlet-atlet yang berumur 16 tahun ke atas kerana tiada penganjuran kejohanan remaja yang dianjurkan buat masa sekarang.
3. Jurulatih memaklumkan prestasi atlet yang berumur 16 tahun keatas hanya boleh diukur melalui latihan yang dijalankan dari masa ke semasa kerana tiada kejohanan yang disertai oleh mereka.
4. Jurulatih memohon untuk membuat latihan bersama Akademi Serantau pada hujung minggu akan tetapi pihak persatuan belum membuat sebarang permohonan untuk perbelanjaan di Akademi Serantau.
5. Sepanjang latihan dijalankan, atlet-atlet dapat menerima arahan dan teguran daripada jurulatih dengan baik.

Sekian.

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved