Monday, August 26, 2013

LAPORAN KEJOHANAN PIALA REMAJA MILO RANKING MASTER - 4rd LEG 2013

Tarikh : 24 Ogos 2013 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi hingga 7.00 malam
Tempat : Mega Bowling Center, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Kejohanan Piala Remaja MILO Ranking Master – 4rd Leg 2013 adalah kejohanan peringkat remaja Negeri bagi Zon Utara yang melibatkan 4 buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Kejohanan ini adalah kejohanan dwi tahunan yang dianjurkan oleh pihak Persatuan Tenpin Bowling Negeri Pulau Pinang. Sebanyak 5 sirkit akan dijalankan sebelum memilih peserta yang layak untuk ke Grand Final.

Kejohanan kali ini mempertandingkan 4 kategori iaitu Bawah 12 Tahun, Bawah 16 Tahun, Boys Open dan Girls Open. Penyertaan kali ini amat memberangsangkan walaupun saingan sirkit terakhir akan berlangsung di Ampang Superbowl Bukit Mertajam pada 5 Oktober 2013 sebelum ke Grand Final.

Berikut disertakan keputusan terbaik bagi sirkit ketiga :-

Bawah 12 Tahun
1. Emas – Anis Hadirah Binti Anuar (PNG) - total 996 /ave 161.00
2. Perak - Megat Zahrul Haiqal (PNG) - total 973/ave 162.17
3. Gangsa – Muhd Irdzuan Azzamullah Bin Azman (KDH) - total 966/ave 161.00

Bawah 16 Tahun

1. Emas - Muhd Haziq Mohd Ridzuan (KDH) - total 1543/ave 192.88
2. Perak – Ong Seing Leing (PNG) - total 1512/ave 189.00
3. Gangsa – Kelvin Tan Chun Shin (PNG) - total 1472/ave 184.00

Girls Open

1. Emas - Nur'ain Mustaffa (NS) - total 1573/ave 196.63
2. Perak – Nur Ameera Husna - total 1463/ave 182.88
3. Gangsa – Nur Syahirah Shahidi (PER) - total 1382/ave 172.75

Boys Open
1. Emas - Ahmad Zulkarnian Ahmad Mazlan (KED) - total 1575/ave 196.88
2. Perak – Euguen Oh Chern Yu (PNG) - total 1561/ave 190.13
3. Gangsa – Mohd Nazmi Bin Mohd Mazli (PNG) - total 1527/ave 190.88

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Wednesday, August 21, 2013

KEJAYAAN ATLET SKUASY DI SUKAN REMAJA ASIA (AYG) 2013

Sekalung tahniah dan perhargaan buat atlet skuasy kelahiran Pulau Pinang, Vanessa Raj atas kejayaan merangkul pingat emas pada Sukan Remaja Asia (AYG) 2013 di Nanjing China. Sekaligus menjadikan Vanessa sebagai penyumbang pingat emas pertama kontinjen Malaysia di AYG 2013 kali ini.

Pemain skuasy wanita negara ini mengesahkan kejuaraan selepas menewaskan pemain Hong Kong, Pansy Chan Pui Hei 11-3,6-11,11-7,11,9 dalam masa 52 minit. Rentetan kejayaan ini Vanessa telah meneruskan prestasi yang konsisten sepanjang tahun ini. Sebelum ini Beliau telah muncul selaku naib juara pada Kejohanan Remaja Milo All Star 2013 dan tempat ketiga Kejohanan Remaja Terbuka  Malaysia (PBA Penang) 2013.

Tahniah dan selamat maju jaya.

Read more...

Sunday, August 18, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BERBASIKAL

Tarikh : 18 Ogos 2013 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Tempat :  Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (Round Island).

Kehadiran
1. Zahari Bin Tahir – JSM
2. Shukor Bin Darus – JLN (MSNPP)
3. Pelapis (4 Orang lelaki)

Latihan
1. Latihan mendaki sekitar Batu Feringghi.
2. Latihan pecut sekitar Balik Pulau.

Ujian
1. Tiada.

Pertandingan
1. Setiausaha Persatuan Berbasikal Pulau Pinang memberitahu pihak Persatuan akan mengadakan ujian masa di Pulau Pinang. Maklumat pertandingan belum diputuskan.

Kecederaan
1. Tiada.

Peralatan
1. Sebanyak 5 set roller baru diterima.
2. Permohonan basikal untuk kegunaan acara Trek telah dibuat & masih menunggu kelulusan.

Program Binaan
1. Tiada.

Ulasan Ringkas
1. Kehadiran atlet kuarang memuaskan berikutan ada sebahagian mereka hadir ke kelas tambahan & membuat persediaan untuk percubaan SPM.
2. Buat masa ini, atlet wanita tidak menyertai atlet lelaki bagi latihan Round Island pada Sabtu dan Ahad.
3. Perbincangan telah dibuat bersama jurulatih mengenai keadaan fizikal atlet yang agak merosot.Tindakan susulan akan dibuat bersama pihak ISN melalui program pemakanan dan suaian fizikal.
3. Latihan diteruskan seperti biasa dan proses penilaian atlet untuk mewakili negeri ke Sukma Perlis dilakukan dari semasa ke semasa.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MENEMBAK.

Tarikh : 16 Ogos 2013 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 petang.
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Muhammad Ivarn Syazwan – JSM.

Atlet
1. Seorang atlet Sukma.
2. 5 orang atlet Pelapis.

Latihan
1. Muscle Activation Stretching.
2. Air Pistol Men.
3. Air Pistol Woman.
4. Air Rifle Woman.

Ujian
1. Tiada

Pertandingan
1. Akan menyertai Kejohanan Chia Woh Trophy 2013 pada 4 hingga 8 September 2013 bertempat di Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor.

Kecederaan
1. Tiada.

Peralatan
1. Peralatan latihan masih tidak mencukupi bagi atlet pelapis.

Program Binaan
1. Talent ID akan dijalankan pada minggu terakhir bulan Ogos.

Ulasan Ringkas

1. Latihan amat memuaskan dan prestasi atlet pelapis iaitu Lynn Karjadi Fong telah meningkat.
2. Seorang atlet baru yang berumur 13 tahun berbakat dalam acara Air Pistol Men telah dikenalpasti.
3. Cheryll Anne Augustine atlet Air Pistol Woman telah terpilih ke Temasya Sukan Remaja Asia/Asian Youth Games (AYG) Nanjing, China pada 16 hingga 24 Ogos 2013.


Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

Friday, August 16, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 15 Ogos 2013 (Khamis)
Masa : 7.00 malam hingga 10.00 malam.
Tempat : Akademi Gimnastik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Kehadiran

1. Foong Kok Seng – JSM
2. Zhang Jin Quan – JLN (Majlis Sukan Negeri)

Atlet
1. Foong Kok Seng – JSM
2. Zhang Jin Quan – JLN MSNPP
3. Atlet
- Pelapis (4 Orang lelaki & 7 orang wanita)

Latihan
1. Latihan Fizikal
2. Acara Bar
3. Senam Lantai

Ujian
1. Tiada

Pertandingan
1. Tiada

Kecederaan
1. Tiada tetapi ada beberapa orang atlet mengalami kesakitan otot.

Peralatan
1. Kebanyakan peralatan koyak, berkarat dan rosak seperti :-
      i. Trampoline – Jaring sudah koyak.
      ii. Pommel Horse – Tempat pemegang sudah patah.
      iii. Palang Sejajar – Berkarat dan tidak dapat diselaraskan lagi.
      iv. Mattress – Koyak dan berlubang.

Program Binaan
1. Talent ID akan dijalankan selepas jurulatih Liu Shunan pulang dari China.

Ulasan Ringkas

1. Kebanyakan atlet berdisiplin dan berlatih dengan bersungguh-sungguh.
2. Kesemua atlet jurulatih Liu Shunan juga dapat menyesuaikan diri dan selesa dilatih dan dijaga sementara oleh jurulatih Foong Kok Seng dan jurulatih Zhang Jin Quan.
3. Jurulatih menumpu perhatian dan seringkali melatih atlet membuat latihan bebanan dan latihan fizikal.
4. Jurulatih Foong Kok Seng juga memberitahu bumbung tempat latihan bocor dan apabila hujan, tempat latihan akan dimasuki air dan mattress akan basah.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved