Tuesday, October 18, 2011

PEMANATAUAN PPN - PLN TINJU, BATU UBAN

Tarikh : 14 Oktober 2011 (Jumaat)
Tempat : Pusat Latihan Tinju Batu Uban, Pulau Pinang
Masa : 6 petang hingga 7.00 malam
Kehadiran : 7 orang dan JLN Pak Jhonny

Laporan ringkas :

Pemantauan ke atas Atlet Pelapis Negeri yang berlatih bersama JLN MSN Pak Jhonny di Pusat Latihan Batu Uban, Pulau Pinang. Latihan berjalan dengan lancar dan di akhir pemantauan berjumpa dengan atlet untuk memaklumkan perkara berikut :

1. Tarikh Kejohanan Karnival Pelapis 2/2011 Negeri Perlis pada 6 - 12 Disember 2011.
2. Sesi pemilihan terakhir untuk atlet ke Karnival Pelapis pada 23 November 2011 pukul 5.00 petang bertempat di PL Batu Uban.


Sebelum meninggalkan pusat latihan berjumpan dengan keluarga atlet dan jurulatih-jurulatih MSN yang lain. Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil



















Read more...

PEMANTAUAN PPN - PUSAT LATIHAN TENPIN BOWLING

Tarikh : 11 Oktober 2011 (Selasa)
Masa Latihan : 5.30 petang hingga 9.30 petang
Masa Pemantauan : 7.10 malam hingga 10.00 malam
Kehadiran : 6 dari 11 orang Atlet Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan M'sia 2012.
Jurulatih : 2 Pelapis Negeri dan 1 JLN MSNPP

Tenaga Pengajar : Pakar Motivasi Mr. Khong Ching Yong, Steven

Laporan ringkas :

Setiba di tempat latihan mendapati atlet berlatih dengan mata ditutup dan disulami dengan alunan muzik. Mendapatkan sedikit penerangan dari tenaga pengajar tentang program yang sedang dijalankan.

Pengurangan kehadiran atlet kerana persediaan Peperiksaan Akhir Tahun dan SPM.
En. Steven Khong merupakan pakar motivasi yang dilantik dan dibiayai oleh Pihak Persatuan Negeri untuk menjalankan Program Persiapan Mental dan Psikologi untuk Atlet Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang sekali dalam sebulan.

En. Steven Khong memaklumkan bahawa sesi "Visualization" yang dijalankan bertujuan untuk melatih atlet supaya dapat memberikan sepenuh tumpuan kepada latihan yang dijalankan atau pertandingan yang sedang dihadapi. Sesi ini merupakan salah satu sesi untuk Persiapan Mental "Mental Preparation" atlet menghadapi suasana pertandingan.

Menyerahkan cek elaun Jurulatih Pelapis Negeri bagi bulan Julai, Ogos dan September 2011 sebelum memulakan perjumpaan dan perbincangan bersama atlet dan keluarga atlet.
Perjumpaan dan perbincangan bersama pihak persatuan, atlet dan keluarga :

Setiap isu-isu yang dibangkitkan oleh atlet/keluarga/persatuan, sebagai Pegawai Pembangunan Negeri/Penyelaras Sukan MSNPP akan membincangkan bersama dengan pihak yang terlibat.
Isu yang dibangkitkan - Penarikan diri atlet dari Skuad Latihan Sukan Malaysia XV 2012, Pahang. Keluarga atlet tersebut memohon jasa baik dari pihak persatuan, USPTN/MSNPP memberikan nasihat kepada anak beliau.

Perbincangan dihadiri oleh Penolong Setiausaha Kehormat (Mr. Albert Yeoh Seng Poh) dan Naib Presiden (Pn. Nooriani Binti Abdul Rahman) wakil Persatuan Tenpin Boling Pulau Pinang.
Perbincangan berjalan dengan lancar dan perhubungan diantara Pegawai Pembangunan Negeri/Penyelaras Sukan MSNPP dengan Pihak Persatuan, Atlet dan Keluarga Atlet amat baik dan semuga berpanjangan. Sekian dilaporkan, terima kasih.

Fatimah Jamil




































Read more...

Thursday, October 13, 2011

HILANGNYA SEBUTIR PERMATA SUKAN NEGARA - RIP KHOO BENG KHAI


Hari ini seluruh warga sukan tanahair dikejutkan dengan berita 'pemergian buat selamanya' seorang atlet Tenpin Bowling remaja Negara dan Pulau Pinang iaitu Khoo Beng Khai. Atlet yang berusia 20 tahun ini ditemui pengsan dalam keretanya berhampiran Casa 1 MSN. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 1.00 am di Hospital Serdang, 13 Oct 2011.

Beliau telah banyak mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang dan Negara di dalam sukan tenpin bowling di setiap kejohanan yang disertainya sebelum ini. 'Fenural ceremony' akan diadakan pada hari Sabtu, 15 Oct. 2011 jam 2.00 pm di Mount Erskine Funeral Parlor, Pulau Pinang. Takziah kepada keluarga beliau dari kami seluruh warga kerja MSN Pulau Pinang.

Read more...

Wednesday, October 12, 2011

PERBINCANGAN KAJIAN PENGARUH GENETIK TERHADAP PRESTASI SUKAN

Tarikh : 12 Oktober 2011
Masa : 10.00 am
Tempat : MSN Pulau Pinang

Satu sesi perbincangan bersama Dr. Ahmad Munir Che Muhamed, Pensyarah Kanan, Kluster gaya HIdup Sihat, USM telah diadakan bagi membincangkan dengan lebih lanjut tentang kajian/projek beliau iaitu pengaruh genetik terhadap prestasi sukan.

Beberapa jenis sukan telah dikenalpasti untuk atlet-atlet Pelapis Negeri, Serantau & Kebangsaan di Pulau Pinang untuk proses pengumpulan data & melibatkan pengambilan sampel DNA (dari sel pipi) bagi tujuan analisa genetik. Antara sukan-sukan yang disenaraikan adalah :-

Pelapis Negeri
1. Angkat Berat
2. Badminton
3. Skuasy
4. Memanah
5. Sepaktakraw
6. Tinju

Pelapis Serantau
1. Olahraga
2. Angkat Berat
3. Memanah
4. Berbasikal

Pelapis Kebangsaan
1. Karate (Kata)

Hasil perbincangan, sesi kajian ini akan dimulakan pada awal November 2011 dengan pihak USM akan ke PLN-PLN yang terlibat untuk tujuan mengambil sempel DNA & sebelum itu sesi taklimat bersama jurulatih-jurulatih sukan yang terlibat akan diadakan dahulu bagi tujuan penerangan secara terperinci.








Read more...

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN PELAYARAN

Tarikh : 9 Oktober 2011
Masa : 2.00 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air, Tanjung Bunga.
Kehadiran : 7 Orang Atlet Pelapis (5 Lelaki dan 2 Perempuan)

Jurulatih :
Muhammad Shah Bin Ismail (JSM USPTNPP)
Ismail Bin Ghani (JPM MSNPP)

Ulasan Pemantauan:

Pada hari Ahad latihan bermula pada jam 2.00 petang. Sebelum latihan bermula En. Ismail Ghani memberi penerangan secara lisan mengenai kod bendera kepada atlet. Beberapa teknik dan strategi turut ditekankan untuk atlet mengedalikan bot secara bijak serta selamat dalam mengatasi pihak lawan semasa kejohanan .

4 Orang atlet tidak hadir kerana menghadapi peperiksaan PMR. Untuk makluman
terdapat 12 orang atlet akan menyertai kejohanan Perahu Layar KFC Regatta terbuka
Johor. 4 orang atlet pelapis telah terpilih untuk menyertai kejohanan tersebut.

Sekian.

Ahmad Firdaus Yusoff
































Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved