Wednesday, September 1, 2010

PUSAT SKUASY DENGAN NAMA & WAJAH YANG BARU

Nama : Nicol David International Skuay Centre

Dirasmikan : 5 Ogos 2010 oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang


Aktiviti yang dijalankan semasa pemantauan di pusat latihan skuasy :

Tarikh : 25hb Ogos 2010
Masa : 3.50 petang hingga 4.30 petang


1. Memantau atlet menjalani latihan di dua gelanggang yang berbeza. Gelanggang
pertama dikelolakan oleh JL MSNPP Aaron bersama enam orang atlet dan gelanggang
kedua oleh JPM Khoo Teng Hin bersama tiga orang atlet. Latihan dijalankan secara
berperingkat dari jam 3.00petang hingga 8.00 malam. JSM Mathew memulakan latihan
dari 5.00 petang hingga 7.00 malam.

2. Melihat-lihat suasana baru didalam dan luar kawasan Pusat Latihan.

3. Berjumpa dengan atlet yang berada di kawasan Pusat Latihan.

4. Berjumpa dengan JPM, JLN dan JSM. Tiada isu yang di maklumkan.

Bersama-sama ini dilampirkan beberapa keping gambar wajah baru pusat latihan skuasy.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
--
Fatimah Jamil














Read more...

Monday, August 30, 2010

SELAMAT MENYAMBUAT HARI KEMERDEKAAN




SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53

NEGARAKU MALAYSIA !!


























































Read more...

Thursday, August 26, 2010

LAPORAN PEMANTAUAN SDO - PLN BADMINTON

Tarikh : 25hb Ogos 2010
Masa : 3.15ptg hingga 3.45pg
4.35ptg hingga 5.30ptg
Tempat : Dewan Persatuan Badminton Pulau Pinang, Bukit Dumbar, Pulau Pinang.

Aktiviti yang dijalankan dari 3.15ptg hingga 3.45ptg :

1. Memantau atlet menjalani latihan dan mendapati 12 atlet yang hadir pada masa tersebut. Latihan dijalankan berperingkat-peringkat dari 3.00 petang hingga 7.00 malam.

2. Perjumpaan bersama JSM Loh Bok Sheang membincangkan tentang kelewatan menghantar lapuran bulanan dan bertanyakan jika ada sebarang masalah yang dihadapi. Maklumbalas dari JSM untuk setakat ini tidak ada.

Kepusat Latihan Sukan Skuasy yang terletak di sebelahan dengan Pusat Latihan Badminton hanya mengambil masa 5 minit berjalan kaki.

Aktiviti selanjutnya yang dijalankan dari 4.35ptg hingga 5.30ptg :

1. Perjumpaan bersama JPM Razlan membincangkan perkara berikut :
PPN - Bagaimana kehadiran latihan dibulan puasa.
JPM - Memaklumkan latihan berjalan seperti biasa dan terdapat kekurangan kehadiran atlet. Memaklumkan sepanjang bulan puasa beliau akan pulang seawal pukul 5.30 petang atau 6.00 petang.

PPN - Memaklumkan bahawa perkara ini telah dibincangkan bersama Setiausaha Persatuan.
JPM - Memohon untuk penganti JSM Lim Yee Theng yang telah menamatkan kontrak pada bulan Julai 2010.

PPN - Pengambilan/Pengantian JSM yang baru hanya akan dipertimbangkan untuk tahun hadapan.

2. Kesempatan waktu diambil untuk beramah-mesra dengan keluarga yang hadir dan berjumpa dengan Penolong Presiden Persatuan Badminton Pulau Pinang yang kebetulan berada di tempat latihan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

--
Fatimah Jamil














Read more...

LAPORAN SEKITAR PROGRAM TID SUKAN TERJUN

Pada 23hb dan 24hb Ogos 2010 (Isnin dan Selasa) telah diadakan satu Pencarian Bakat Baru (TID) Sukan Akuatik (Renang & Terjun) di 4 buah sekolah disekitar Bayan Baru dan Bayan Lepas Pulau Pinang. Sekolah-sekolah yang terpilih berhampiran Pusat Latihan Negeri bagi kedua-dua acara sukan tersebut. Sekolah yang dipilih adalah SK Seri Permai, SK Bayan Baru, SRJKC Chong Cheng dan SRJKC Shih Chung (Caw).
TID kali ini disertai oleh JLN Renang (Pn.Tian Kui Hua) & Terjun (En.Xu Ji), wakil Pusat Satelit ISN P.Pinang (Cik Lim Shin Yee), Penyelaras MSNegeri (Pn.Sharifah Shahida), wakil Persatuan (Cik Lee Soo Ann) dan 2 pelajar praktikal MSNegeri.
Seramai 159 pelajar yang terpilih untuk ke sesi ke-2 pemilihan iaitu 133 pelajar memiliki kriteria untuk diserapkan ke sukan renang dan 26 pelajar terpilih ke sukan terjun. Pemilihan kali ini berdasarkan ukuran saiz badan dan ujian basic sahaja (tangan dan kaki) kepada semua pelajar. Untuk sukan renang, TID dijalankan dikalangan pelajar Tahun 5 dan untuk sukan terjun adalah Tahun 1.
Sepanjang 2 hari TID ini dijalankan, Jurulatih berpendapat, kebanyakan pelajar Melayu mempunyai kelenturan badan yang flexsi berbanding pelajar Cina. Dan ketinggian tangan dan badan, kebanyakan pelajar Melayu lebih mempunyai bahagian badan dan tangan yang panjang dari pelajar Cina, ini mungkin disebabkan faktor pemakanan dan gender. Tetapi ini semua bergantung kepada kesungguhan pelajar/atlet itu sendiri untuk berjaya kerana tanpa usaha yang gigih kejayaan tidak akan tercapai.
Rentetan daripada pencarian bakat baru ini, pihak USPTN bersama-sama dengan Persatuan akan mengadakan satu Perjumpaan dengan Ibubapa Pelajar yang terpilih pada 29hb Ogos 2010 (Ahad) dan diadakan di Bilik Cemerlang MSN Pulau Pinang. Pada perjumpaan ini akan diterangkan mengenai program pelapis di Pulau Pinang dan rancangan yang telah dirancang oleh USPTN dan Persatuan didalam membantu atlet mengilap bakat2 yang baru hendak bermula ini.
Akhir sekali, di ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JPN Negeri, Unit Sukan MSSPP, Guru Besar sekolah dan PK Koko yang terlibat sepanjang pencarian bakat baru ini diadakan. Sokongan daripada pihak sekolah amat kami hargai dan semoga hubungan dua hala ini dapat dikekalkan bagi membantu satu sama lain mencapai hasrat kerajaan 1 pelajar 1 Sukan dan Mencapai Ke arah Kecemerlangan Sukan.
Sekian dari saya, Shasha Tarmuzi.




















Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN SDO - SUKAN TERJUN

Tarikh Lawatan : 19hb Ogos 2010 (Khamis)
Tempat Lawatan : Akademi Gimnastik MSN Pulau Pinang
Sukan : Akuatik (Terjun)
Masa Lawatan : 8.40 malam sehingga 10.05 malam

Sepanjang pemantauan, didapati seramai 7 atlet yang hadir (4 atlet pelapis & 3 atlet pembangunan) yang hadir. 3 atlet tidak dapat hadir kerana menghadiri tuisyen. Latihan dijalankan di Akademi Gimnastik MSN Pulau Pinang kerana kolam terjun masih tidak boleh digunakan sehingga diberitahu kelak oleh pihak Pengurusan Penevents Sdn.Bhd. Latihan dijalankan bersama-sama dengan atlet gimnastik di akademi tersebut.

Latihan yang dijalankan adalah latihan darat sahaja. Bentuk latihan adalah yang dijalankan adalah seperti berikut :

Semua Atlet

1. Permulaan latihan-

Jogging 5 round, warm-up dan stretching- Statik Ligament Stretching (15min)- Stretching joint pada otot bahagian peha dan betis (15min)- Angkat kaki BC (Pike & Tuck) (15x - 2 set)- BC (Pike & Tuck) 2 set - 30sec.

2. Latihan -

Angkat bahu 2 belah (30x - 3 set)- Naikan bahagian atas badan (30x - 3 set)- Naikkan kaki untuk lakukan BC (Pike & Tuck) (20x - 3 set)- Latihan untuk otot belakang badan (50x - 5 set)- Latihan untuk bahu seperti berkayuh (20x - 4 set)- Latihan Tuck - 20x- Latihan posture

3. Warm-down dan regangan

Ketika lawatan, Pegawai Physiology Sukan dari Pusat Satelit ISN Pulau Pinang, En.Cheah Boon Chong ada hadir sama memantau keadaan latihan yang dijalankan.

Disebabkan latihan terjun amat memerlukan kemudahan prasarana, ada beberapa cadangan telah diambil. Akan mengadakan latihan didarat di Akademi Gimnastik MSN Pulau Pinang pada hari Isnin hingga Khamis dan Jumaat hingga Ahad akan melakukan latihan air di PLN Perak dan PLN Perlis. Ini bergantung kepada bentuk kewangan pihak MSNegeri. Pada 29hb Ogos 2010, akan diadakan Perjumpaan Bersama Ibubapa bagi menerangkan status kemudahan PLN di PISA dan beberapa program yang telah dirancang oleh MSNegeri, Pelapis dan ISN serta Persatuan.

Sekian, terima kasih.

--

Shasha Tarmuzi










Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved