Wednesday, May 16, 2018

LAPORAN HARI KETIGA KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2018

Tarikh : 12 Mei 2018 (Sabtu)
Tempat : Lapang Sasar Memanah MSNM
Masa : 6.30 pagi hingga 10.30 malam

Hari ketiga kem diteruskan dengan atlet berkumpul untuk perhimpunan pagi dengan nyanyian Negaraku dan bacaan doa. Seterusnya atlet diberi masa selama 30 minit untuk senaman pagi dengan diketuai oleh penghulu yang dilantik. 

Selesai sarapan pagi atlet bergerak ke lapang sasar untuk sesi "Shooting Skill" dengan jarak 70 & 60 meter (lelaki) dan jarak 60 & 50 meter (wanita). Sesi latihan ini mengambil masa 4 jam sehingga atlet diberi pelepasan untuk makan tengahari dan solat zohor.

Latihan petang bersambung dengan “Shooting Skill” jarak 60 meter (Lelaki) dan 50 meter wanita. Sesi latihan terpaksa ditunda disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan.

Sesi malam merupakan aktiviti yang memberi kekuatan minda untuk menyelesaikan masalah sama ada berseorangan mahupun berkumpulan. Aktiviti "team building" dikendali sepenuhnya oleh fasilitator yang dilantik. Para atlet dilihat memberi kerjasama dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Sesi hari ketiga tamat pada jam 10.30 malam.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN HARI KEDUA KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2018

 Tarikh : 11 Mei 2018 (Jumaat)
Tempat : Lapang Sasar Memanah MSNM
Masa : 6.30 pagi hingga 10.00 malam

Hari kedua Kem Bakat Memanah Siri 1/2018 diteruskan dengan semua atlet berkumpul di padang jam 6.30 pagi untuk perhimpunan pagi yang akan dikelola oleh Kem Komandan. Sesi berjalan selama setengah jam dengan nyanyian Negaraku dan bacaan doa sebelum atlet dilepaskan untuk sarapan pagi.

Sesi Ujian Kecergasan yang dijangka pagi ini terpaksa ditunda atas sebab tertentu dan ditukar kepada sesi latihan akan dikelola sepenuhnya oleh Ketua Jurulatih Encik Othman Wahab.

Sesi petang diteruskan dengan Basic Shooting Technique (Amali) yang dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih-jurulatih. Objektif sesi petang ini bertujuan untuk membantu memperbetulkan kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukan seperti kedudukan postur badan, kedudukan tangan dan cara tarikan yang betul. Sesi petang selesai pada jam 6.30 petang. 

Pengisian program malam diteruskan dengan sesi Psikologi yang disampaikan oleh Dr Eliza Hafiz dari Pusat Sukan Universiti Malaya. Objektif ceramah bertujuan memahami kesan psikologi yang dapat dilihat sebagai satu petunjuk positif dalam diri atlet menghadapi cabaran dan mengatasi tekanan, gementar, potensi kekasaran, keyakinan dan pembangunan kendiri yang boleh menjadi pemangkin kepada penglibatan berterusan dalam aktiviti fizikal dan sukan. Sesi ceramah tamat pada jam 10.00 malam dan atlet dilepaskan balik ke bilik untuk berehat.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN HARI PERTAMA KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2018

Tarikh : 10 Mei 2018 (Khamis)
Tempat : Majlis Sukan Negara Malaysia
Masa : 2.00 petang hingga 10.00 malam

KEHADIRAN
1. En. Giam Fook Pang - Pegawai MSNM
2. En. Akmal Ahmad Zainudin - Pengurus Sukan Memanah
3. En. Ahmad Affendy Baharin - PPN Negeri Sembilan
4. En. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN Pulau Pinang
5. En. Mohd Rasul Abdul Hamid - PPN Pahang
6. En. Othman Wahab  - JPM Pelapis Kebangsaan
7. En. Muhammad Izzudin - JPM Pelapis Kebangsaan
8. Cik Nursyafiza - JPM Pelapis Serantau
9. En. Mohd Zuladnan - JSM Kelantan
10. En. Ricky Yee Yen Chiat - JSM Sarawak
11. En. Muhd Faiz Hambali - JSM Selangor

Kem Bakat Sukan Memanah Siri 1/2018 telah bermula dari 10 hingga 14 Mei 2018 di Lapang Sasar Memanah Majlis Sukan Negara Malaysia. Tujuan kem ini bagi mengumpulkan atlet-atlet Pelapis Negeri Semalaysia yang terpilih berumur 14-16 tahun. Atlet yang terpilih akan berpeluang menimba ilmu sebanyak mungkin dari jurulatih yang berpengalaman untuk dibawa dan dipraktik balik ke negeri masing-masing.

Secara keseluruhan jumlah peserta kem adalah seramai 35 orang atlet melibatkan 20 lelaki dan 15 wanita dengan kekuatan jurulatih Pelapis Kebangsaan, Serantau dan Negeri.

Hari pertama kem bermula dengan ketibaan dan pendaftaran peserta setiap negeri bermula jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang sebelum dilepaskan untuk makan tengahari. Peserta akan berkumpul di Bilik Merpati MSNM untuk sesi taklimat kem yang akan disampaikan oleh Encik Akmal dan Encik Othman Wahab selaku Ketua Jurulatih kem. Selesai taklimat, program diteruskan dengan Majlis Perasmian bersama Pengarah Bahagian Atlet Encik Jefri Ngadirin.

Sesi petang ketua jurulatih memberi pengenalan berkaitan kecergasan sebelum dilepaskan sepenuhnya kepada atlet untuk mempraktikkan.

Sebelah malam diteruskan dengan sesi suai kenal antara atlet-atlet, jurulatih dan pegawai yang terlibat. Semua atlet dipecahkan kepada 4 kumpulan.

Sekian, terima kasih. 

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN UJIAN KECERGASAN BIL 1 /2018 BAGI SUKAN GIMRAMA, GIMNASTIK ARTISTIK DAN MENEMBAK

Tarikh : 6 Mei 2018 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan, JBSNPP

KEHADIRAN
1. ISN Zon Utara - 2 Orang 
2. Puan Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
3. Encik Fazli Hisam Bin Zainol Abidin - PPN
4. Encik Rico Tan Teik Jin - JSM 
5. Cik Lee Xin Ee - JSM MSNPP
6. Cik Shaleen Tay - JSM
7. Seorang pelajar praktikal

Ujian kecergasan Bil 1/2018 bagi sukan gimrama, gimnastik artistik dan menembak telah dijalankan di Kompleks Belia dan Sukan, JBSNPP. Program ini telah dilaksanakan oleh ISN Zon Utara bersama seorang pelajar praktikal dan PPN. Terdapar 8 ujian telah dijalankan iaitu :-

1. BMI (In body test)
2. Flexibility seat and reach test 
3. 1 minutes sit up test & Max push up test
4. Hand grip test
5. 10m & 20m sprint
6. Standing broad jump
7. Vertical jump test
8. Bleep test

Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak ISN Zon Utara, MSNPP, USPTN dan atlet serta jurulatih kerana berjaya melaksanakan program ujian kecergasan pada kali ini. Ujian kecergasan bil 2/2018 dicadangkan diadakan pada bulan November bagi membuat perbandingan dengan keputusan ujian yang pertama.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TENPIN BOLING

Tarikh : 5 Mei 2018 (Sabtu)
Masa : 2.00 pm - 4.00 pm
Tempat  : Mega Mall Bowling Centre, Seberang Prai 

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Nooriani Abdul Rahman - JSM
3. Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 14 Orang

LATIHAN
1. Tiada

UJIAN
1. Monthly Roll-Off bagi bulan Mei yang akan dijalankan pada 31 Mei 2018 bermula jam 5.00 pm

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Piala Remaja MILO Ranking Master - 2nd Leg 2018 yang sedang  berlangsung pada hari ini 5 Mei 2018 di Mega Mall Bowling Centre, Seberang Prai  

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Persendirian

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Hari ini telah berlangsung kejohanan, kesemua atlet program pelapis negeri menyertai kejohanan ini.
2. Venue kejohanan yang sepatutnya berjalan di Kedah telah diubah ke Pulau Pinang.
3. Semasa pemantauan dijalankan para atlet sedang beraksi dalam kejohanan.
4. Pada hari ini jurulath memaklumkan prestasi atlet pada kejohanan ini kurang memuaskan dan beliau akan memberi laporan penuh setelah kejohanan selesai.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved