Wednesday, May 16, 2018

LAPORAN UJIAN KECERGASAN BIL 1 /2018 BAGI SUKAN GIMRAMA, GIMNASTIK ARTISTIK DAN MENEMBAK

Tarikh : 6 Mei 2018 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan, JBSNPP

KEHADIRAN
1. ISN Zon Utara - 2 Orang 
2. Puan Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
3. Encik Fazli Hisam Bin Zainol Abidin - PPN
4. Encik Rico Tan Teik Jin - JSM 
5. Cik Lee Xin Ee - JSM MSNPP
6. Cik Shaleen Tay - JSM
7. Seorang pelajar praktikal

Ujian kecergasan Bil 1/2018 bagi sukan gimrama, gimnastik artistik dan menembak telah dijalankan di Kompleks Belia dan Sukan, JBSNPP. Program ini telah dilaksanakan oleh ISN Zon Utara bersama seorang pelajar praktikal dan PPN. Terdapar 8 ujian telah dijalankan iaitu :-

1. BMI (In body test)
2. Flexibility seat and reach test 
3. 1 minutes sit up test & Max push up test
4. Hand grip test
5. 10m & 20m sprint
6. Standing broad jump
7. Vertical jump test
8. Bleep test

Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak ISN Zon Utara, MSNPP, USPTN dan atlet serta jurulatih kerana berjaya melaksanakan program ujian kecergasan pada kali ini. Ujian kecergasan bil 2/2018 dicadangkan diadakan pada bulan November bagi membuat perbandingan dengan keputusan ujian yang pertama.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TENPIN BOLING

Tarikh : 5 Mei 2018 (Sabtu)
Masa : 2.00 pm - 4.00 pm
Tempat  : Mega Mall Bowling Centre, Seberang Prai 

KEHADIRAN
1. Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Nooriani Abdul Rahman - JSM
3. Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 14 Orang

LATIHAN
1. Tiada

UJIAN
1. Monthly Roll-Off bagi bulan Mei yang akan dijalankan pada 31 Mei 2018 bermula jam 5.00 pm

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Piala Remaja MILO Ranking Master - 2nd Leg 2018 yang sedang  berlangsung pada hari ini 5 Mei 2018 di Mega Mall Bowling Centre, Seberang Prai  

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Persendirian

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Hari ini telah berlangsung kejohanan, kesemua atlet program pelapis negeri menyertai kejohanan ini.
2. Venue kejohanan yang sepatutnya berjalan di Kedah telah diubah ke Pulau Pinang.
3. Semasa pemantauan dijalankan para atlet sedang beraksi dalam kejohanan.
4. Pada hari ini jurulath memaklumkan prestasi atlet pada kejohanan ini kurang memuaskan dan beliau akan memberi laporan penuh setelah kejohanan selesai.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN LAWN BOWLS

Tarikh : 5 Mei 2018 (Sabtu)
Masa : 12.00 pm hingga 1.30 pm
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
2. Zakaria Bin Ahmad - JSM MSNPP
3. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 20 Orang

LATIHAN
1. Warm up
2. Monthly scoring (Mixed Pairs)
3. Cooling down

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. MOHE-Mahsuri Cup Mixed Pairs 2018 yang akan berlangsung pada 26 Jun hingga 1 Julai di Kompleks Sukan LADA, Langkawi

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. PLBPP memohon pembelian peralatan kecil untuk beg bowls dan club hawk


PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Kehadiran atlet memuaskan kerana mereka baru sahaja selesai menjalankan ujian kecergasan dan jurulatih terus menjalankan monthly scoring untuk mereka bagi sesi pemilihan ke kejohanan
2. Terdapat beberapa atlet yang tidak dapat hadir kerana masalah pengangkutan pada hari ini.
3. Pihak PPN telah menasihatkan jurulatih sekiranya melakukan ujian kecergasan dan monthly scoring secara serentak atlet akan letih. Namun begitu, jurulatih memaklumkan telah menguruskan pembayaran green pada hari ini serta atlet sudah biasa. Tambahan pula, jurulatih sengaja menjalankan montly scoring pada pukul 12.00 tengah hari kerana semasa pertandingan kebanyakan berjalan pada waktu tengah hari panas terik untuk membiasakan diri atlet.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN UJIAN KECERGASAN BIL 1/2018 BAGI SUKAN LAWN BOWLS

Tarikh : 5 Mei 2018 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Stadium MPSP Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. ISN Zon Utara - 3 Orang 
2. Puan Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
3. Puan Noor Aini Bt Ahmad - JSM
4. Encik Zakaria Bin Ahmad - JPM MSNPP
5. Seorang pelajar praktikal
6. 20 orang atlet lawn bowls

Ujian kecergasan Bil 1/2018 bagi sukan lawn bowls telah dijalankan di Stadium MPSP Bertam, Kepala Batas. Program ini telah dilaksanakan oleh ISN Zon Utara yang diketuai oleh Pn. Loo Lean Hiong (Ketua ISN Zon Utara) dan Pn. Mariani bt Sanawi serta dibantu oleh Pn. Intan Suliana (MSNPP), Seorang pelajar praktikal dan PPN sukan lawn bowl. Bagi sukan lawn bowls terdapat 5 ujian telah dijalankan iaitu :-

1. BMI (In body test)
2. Flexibility seat and reach test minutes sit up test & Max push up test
4. Hand grip test
5. Bleep test

Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak ISN Zon Utara, MSNPP, USPTN dan atlet serta jurulatih kerana berjaya melaksanakan program ujian kecergasan pada kali ini. Ujian kecergasan bil. 2/2018 dicadangkan diadakan pada bulan November bagi membuat perbandingan dengan keputusan ujian yang pertama.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Monday, May 7, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN UJIAN KECERGASAN BIL. 1/2018 - OLAHRAGA

Tarikh : 5 Mei 2018 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Stadium MPSP Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. ISN Zon Utara - 3 Orang 
2. En. Mohd Nadri bin  Mahmood - JSM
3. En. Mohd Hamdi bin Mohd Yusuf - JSM PLD
4. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN
5. Nur Syafiqah Binti Salamat - PPN
6. Pelajar Praktikal - 1 Orang

Ujian kecergasan Bil 1/2018 bagi sukan olahraga telah diadakan serentak bersama sukan Lawn Bowl bertempat di Stadium MPSP Bertam, Kepala Batas. Program ini telah dilaksanakan oleh ISN Zon Utara yang diketuai oleh Pn. Loo Lean Hiong (Ketua ISN Zon Utara) dan Pn. Mariani bt Sanawi serta dibantu oleh Pn. Intan Suliana (MSNPP), Seorang pelajar praktikal dan PPN sukan olahraga dan lawn bowl. Bagi sukan olahraga terdapat 7 ujian telah dijalankan iaitu :-

1. BMI (In body test)
2. Flexibility seat and reach test
3. 1 minutes sit up test & Max push up test
4. Hand grip test
5. Standing broad jump test
6. Vertical jump test
7. Bleep test

Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak ISN Zon Utara, MSNPP, USPTN dan atlet serta jurulatih kerana berjaya melaksanakan program ujian kecergasan pada kali ini. Ujian kecergasan bil. 2/2018 dicadangkan diadakan pada bulan November bagi membuat perbandingan dengan keputusan ujian yang pertama.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi bin Othman

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved