Sunday, December 31, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN TENIS

Tarikh : 21 Disember 2017 (Khamis)
Masa : 6.00 pm - 7.30 pm
Tempat : Gelanggang Tenis CRC

KEHADIRAN

1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Encik Pang Ti Hin - JSM

ATLET
1. 5 Orang

LATIHAN
1. Forehand & Backhand
2. Footwork Drills
3. Serve & Return

UJIAN
1. Ujian Kecergasan Siri 2/2017 telah dibatalkan kerana pihak ISNPP telah mengeluarkan memo untuk pemindahan unit yang tidak akan lagi berada di Pulau Pinang.

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1.Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana cuti persekolahan telah bermula dan atlet banyak bercuti bersama keluarga.
2. Jurulatih memaklumkan sepanjang cuti persekolahan beliau menggalakkan atlet untuk menjalani latihan untuk sesi pagi dan petang.
3. Jurulatih juga memohon PPN memberi maklumbalas berkenaan isu sukan tenis yang tidak akan berada di dalam program pelapis negeri lagi. Namun begitu pihak PPN memohon jurulatih menunggu pengumuman rasmi dan tidak mendengar khabar angin.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 19 Disember 2017 (Selasa)
Masa : 8.00 pm - 10.00 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Lee Xin Ee - JSM MSNPP

ATLET
1. 10 Orang

LATIHAN
1. Routine
2. Throws
3. Muscle Strength Training

UJIAN
1.
PPN memaklumkan kepada jurulatih bahawa ujian kecergasan bil 2/2017 terpaksa dibatalkan atas ISN Pulau Pinang telah mendapat arahan penempatan yang baru dan akan ditutup pada 31 Disember 2017.

PERTANDINGAN
1.
 Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran atlet amat memuaskan kerana cuti persekolahan yang telah bermula namun pada minggu hadapan atlet akan mengambil cuti kerana cuti sambutan Hari Krismas
2. Jurulatih juga memaklumkan beliau akan mengambil cuti sempena Hari Krismas bermula 22 hingga 27 Disember 2017. Beliau juga telah menjalankan kelas latihan ganti sepanjang percutian beliau tersebut.
3. PPN memohon jurulatih untuk melengkapkan borang permohonan kursus sains sukan tahap I yang akan dijalankan oleh pihak MSNPP dengan kerjasama ISNPP pada tahun hadapan, serta PPN telah memaklumkan kepada MJAPP bagi menghantar JSM yang sediada ke kursus spesifik yang akan dijalankan oleh MGF.
4. PPN juga telah memaklumkan kepada MJAPP bagi memberikan cadangan nama JSM yang akan dilantik pada tahun 2018 bagi memudahkan proses perlantikan yang akan dijalankan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

Wednesday, December 20, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN BERBASIKAL

Tarikh : 20 Disember 2017 (Rabu)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : LEBUHRAYA- MSNPP

KEHADIRAN
1. Misheelan A/L Ganesan (JSM)
2. Ahmad Zaidi (Pegawai ISNPP)
2. atlet 5

LATIHAN
Road Training
1. 40 KM Recovery
2. Speed 35
3. Ice Bath

PERTANDINGAN
- Kejohanan Lumba Basikal Terbuka Pesta Pulau Pinang pada 23-24 Disember 2017

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Kekurangan Basikal, tiub

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN
1. Latihan berjalan lancar.
2. Latihan bermula dengan kayuhan 40KM dan berakhir di MSNPP, seterusnya melakukan Ice Bath dibantu oleh pegawai ISNPP.
3.Jurulatih memaklumkan terdapat seorang atlet yang menjalani latihan di SSTMI yang berasal dari Pulau Pinang ingin mewakili Pulau Pinang. Perkara ini perlu dibincangkan bersama Persatuan Berbasikal Negeri Pulau Pinang.
4. Atlet-atlet ini akan mewakili Negeri Pulau Pinang pada SUKMA Perak 2018.

Sekian.

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN BADMINTON

Tarikh : 19 Disember 2017 (Selasa)
Masa : 5.30 petang
Tempat : Dewan Badminton Berapit

KEHADIRAN
1. En Razlan Rajan - JPM (Lantikan BAM)
2. En Chew Keng - JPM (Lantikan BAM)
3. Atlet 13 orang

LATIHAN
1. Drill
2. Light Skill
3. Games

UJIAN
-Tiada

PERTANDINGAN
-  Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PERALATAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Latihan berjalan lancar
2.  Kehadiran atlet memuaskan
3. Terdapat beberapa atlet yang baru yang menjalani latihan. Memohon Jurulatih  memberi maklumat atlet tersebut untuk direkodkan.
4. Berkaitan dengan JSM PLD, pihak USPTNPP memohon kepada jurulatih En. Razlan berbincang dengan pihak persatuan untuk mencadangkan seorang calon jurulatih bagi mengisi 1 kekosongan JSM PLD untuk tahun 2018.

Sekian.

Laporan disediakan oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN ANGKAT BERAT (SMK PERMATANG TOK LABU)

Tarikh : 18 Disember 2017 (Isnin)
Masa : 5.00 Petang
Tempat : SMK PermatangTok Labu, Penaga

KEHADIRAN
1.    Jamil Bin Hashim (JSM)
2.    Atlet 7

LATIHAN
1.    Teknik Snacth /  Clean & Jerk
2.    Jerk On table

UJIAN
·         Tiada

PERTANDINGAN
·  Tiada

KECEDERAAN
·  Tiada

PERALATAN
·  Tiada

PROGRAM BINAAN
·  Tiada

ULASAN
1. Latihan berjalan seperti biasa walaupun berita berkaitan sukan Angkat Berat akan dikeluarkan dari program sukan teras. Pihak USPTNPP mencadangkan latihan perlu diteruskan dan porgram sukan Angkat Berat akan di jalankan oleh Persatuan Angkat Berat Pulau Pinang sendiri. 
2. Kehadiran atlet memuaskan dan pada musim cuti sekolah latihan dijalankan 2 sesi iaitu pada waktu pagi dan petang.
3. Makluman, pihak sekolah memohon untuk mengalihkan tempat latihan yang sedia ada memandangkan kelas tersebut terpaksa digunakan oleh pihak sekolah kerana kekurangan kelas untuk pelajar peralihan dan pihak sekolah tidak dapat menyediakan tempat yang baru untuk latihan Angkat Berat.  Oleh yang demikian pihak USPTNPP telah berbincang dengan jurulatih berkaitan dengan perkara tersebut untuk memindahkan peralatan latihan ke Kompleks Sukan Titi Mukim buat sementara waktu untuk mendapatkan tempat latihan yang baru.
4. Atlet-atlet tetap menjalani latihan dengan baik walaupun Sukan Angkat Berat telah dikeluarkan dari Program Pelapis.

Sekian

Laporan disediakan oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved