Friday, November 3, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN KLINIK SUKAN SEPAKTAKRAW BERSAMA JURULATIH KEBANGSAAN

Tarikh : 2 November 2017 (Khamis)
Masa : 3.00 petang – 6.00 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan  

KEHADIRAN
1. Syed Roslan Bin Syed Khalid - JSM USPTNPP
2. AHmad Rahimi Bin Azizan - JSM USPTNPP
3. Mohd Helmi Bin Ismail - Jurulatih Kebangsaan
4. Mohamad Fazil Bin Mohd Asri – Pemain STL Black Panthers (Bekas Pemain Kebangsaan)
5. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN  

ATLET
1. 30 orang  

LATIHAN
1. Warm Up
2. Drill - Latihan tubi kawalan bola
3. Latihan Dalam Kumpulan Bersama Jurulatih
4. Mini Pertandingan
5. Warm Down 

KECEDERAAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
-Tiada-

UJIAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Jurulatih memohon bumbung untuk menutup tepi gelanggang supaya tidak dimasuki air sekiranya hujan lebat.

PROGRAM BINAAN
1. Klinik Sukan bersama Jurulatih Kebangsaan.

ULASAN RINGKAS
1. Klinik ini diadakan bertujuan refresment dan mencari kelainan corak latihan harian jurulatih itu sendiri. Jurulatih juga telah mengenal pasti beberapa atlet yang mampu dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.
2. Pada masa yang sama juga, 20 atlet yang menjalani latihan merupakan Skuad Latihan SUKMA XIX Perak 2018.
3. Pihak Unit mencadangkan agar jurulatih Kebangsaan dapat turun ke gelanggang 2 bulan sekali sekiranya tidak bertembung dengan mana-mana kejohanan.
4. Akhir sesi, Jurulatih Kebangsaan memberi kata-kata semangat serta cabaran kepada setiap atlet agar teknik yang dipelajari harus diamalkan serta dipraktik pada setiap kejohanan yang disertai.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh​

Read more...

Thursday, November 2, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN BERBASIKAL

Tarikh : 1 November 2017 (Rabu)
Masa : 4.30 Petang
Tempat : Gimnasium MSNPP

KEHADIRAN
1. Misheelan A/L Ganesan (JSM)
2. 6 Atlet 

LATIHAN
1. Warming Up & Dynamic Streching
2. Core - flutter kick, MB sit up
3. Strength - Push Press + Tuck Jump

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
-Kekurangan Basikal, Tiub

PROGRAM BINAAN
- Latihan Bersama Akademi Serantau Majlis Sukan Negara (Ipoh Perak)

ULASAN
1. Latihan dikendalikan oleh pihak ISNPP dan dipantau oleh Jurulatih
2. Kehadiran atlet tidak memuaskan dan telah berbincang dengan jurulatih serta persatuan untuk mengambil tindakan berkaitan perkara tersebut.
3. Cadangan untuk menghantar 3 atlet menjalani latihan bersama di Akademi Serantau Majlis Sukan Negara (Ipoh Perak) iaitu Lyan Lee, Mohd Irfan dan Mohd Ashraf. (Pihak persatuan belum membuat sebarang permohonan peruntukan daripada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang untuk menghantar atlet-atlet tersebut.)
4. Atlet baru sahaja menyertai Kejohanan Junior Cycling Malaysia Track 2017 di Velodrom Nilai, Negeri Sembilan pada 27-29 Oktober yang lalu dan pasukan Pulau Pinang telah mendapat 2 pingat gangsa iaitu dalam acara Team Sprint Wanita Bawah 17 tahun dan acara Flying 200M Wanita Bawah 15 Tahun.

Sekian

Laporan disediakan oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SEPAKTAKRAW

Tarikh : 1 November 2017 (Rabu)
Masa : 3.30 petang – 6.30 petang
Tempat : SMK Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan  

KEHADIRAN
1. Syed Roslan Syed Khalid - JSM
2. Mohd Suhaimi Bin Md Salleh - PPN  

ATLET
1. 35 orang  

LATIHAN
1. Warm Up
2. Umpanan untuk variasi rejaman
3. Servis variasi sasaran
4. Warm Down 

KECEDERAAN
-Tiada-

PERTANDINGAN
1. Atlet baru selesai menyertai Kejohanan Sepaktakraw SSN Sports Challenge – Grand Final pada 27 hingga 29 Oktober 2017 di Kluang Johor. Pasukan Pulau Pinang menjadi Champion bagi kategori Double Bawah 14 Tahun.

UJIAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Jurulatih memohon bumbung untuk menutup tepi gelanggang supaya tidak dimasuki air sekiranya hujan lebat.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN RINGKAS
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut perancangan jurulatih bermula jam 3.30 petang hingga 6.30 petang.
2. Kehadiran atlet memuaskan, hanya pelajar tingkatan 5 tidak hadir kerana menghadiri kelas tambahan.
3. Jurulatih Ahmad Rahimi tidak hadir atas sebab menjadi urusetia pada Kejohanan Sepaktakraw Bawah 11 Tahun anjuran JPNPP di Pokok Sena Butterworth.
4. PPN telah menerima senarai nama atlet ke Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 2/2017 yang dijangka pada 23 hingga 26 November 2017 di Pahang.
5. PPN telah memaklumkan kepada jurulatih bahawa Mesyuarat JKK USPTN Bil 2/2017 akan dijalankan pada 6 November 2017 (Isnin) di Bilik Mesyuarat MSNPP.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh​

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 1 November 2017 (Rabu)
Masa : 4.00 Petang hingga 5.00 Petang
Tempat  : Akademi Gimnastik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Hamidi Bin Lokman – Ketua USPTNPP
2. Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin – PPN USPTN Pulau Pinang
3. Tan Ai Ling – JPM MSN Pulau Pinang
4. Liu Shu Nan – JLN USPTN PP
5. Staff MSN /ISN/USPTN

ATLET
1. 14 Orang (wanita)

LATIHAN
1. Senam Lantai
2. Vault
3. Balance beam
4. Uneven Bar

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Akan menyertai Kejohanan Gimnnastik Artistik SPORT EXCEL-MSN-MILO-MGF pada 3-5 november 2017 di Bukit Jalil

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. 
Keadaan span yang pecah dan berkurangan, menganggu kelancaran program latihan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Program latihan berjalan seperti biasa mengikut jadual latihan. Kehadiran memuaskan.
2. Pada hari ini, simulasi pertadingan diadakan bagi memberi suasana  pertandingan kepada atlet yang akan mewakili Pulau Pinang ke Kejohanan pada minggu ini.
3.Simulasi diadakan mengikut acara yang dipertandingkan.Setelah selesai,jurulatih memberi beberapa teguran penambahbaikan sebelum ke kejohanan.
4. Secara keseluruhan,semua dalam keadaan baik.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMRAMA

Tarikh : 31 Oktober 2017 (Selasa)
Masa : 7.30 pm - 9.30 pm
Tempat : Akademi Gimrama MSNPP

KEHADIRAN
1. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN
2. Mah Kah Yi - JSM MSNPP

ATLET
1. 6 Orang

LATIHAN
1. Routine checked

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Karnival Bakat 2/2017 pada 22 hingga 26 November 2017 di Pahang
2. Kejohanan Gimrama Sportexcel-MSN-MILO-MGF Sirkit Kedua pada 26 hingga 27 November 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
3. Kejohanan Gimrama Kebangsaan Kali Ke 28 bermula pada 27 hingga 28 November 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
4. Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 2/2017 pada 28 November hingga 2 Disember 2017 di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN
1. Kehadiran atlet amat memuaskan kerana peperiksaan sudah tamat dan atlet dapat fokus kepada latihan mereka.
2. PPN memaklumkan kepada gimnas bahawa mereka akan mendapat seorang jurulatih baru iaitu Cik Lee Xin Ee yang akan menggantikan jurulatih sediada yang akan meletak jawatan pada 9 November 2017. Oleh itu jadual latihan akan berubah bermula November namun gimnas masih boleh mengikuti latihan Cik Mah Kah Yi sehingga 9 November dan dalam masa yang sama menghadiri latihan jurulatih baru. Jadual baru telah dimaklumkan kepada ibu bapa juga.
3. Berikut merupakan jadual latihan baru oleh JSM Cik Lee Xin Ee : Selasa (7.00 hingga 10.00 malam), Sabtu (9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari) dan Ahad (5.00 hingga 7.00 malam)
4. Ong Wei Yee hari ini mengambil cuti sakit kerana demam panas.
5. PPN turut memaklumkan kepada MJAPP dan jurulatih dua orang gimnas Pelapis Negeri yang menjalani latihan di Kuala Lumpur iaitu Nicole Cheng Qi Ern (U10) & Caitlin Cheah Pei Syuen (U11) telah menyertai Pesta Gimnastik Kuala Lumpur 2017 Inter City Rhytmic Gymnastics Championship sebagai wakil negeri Pulau Pinang di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur pada 26 hingga 29 Oktober 2017 yang lalu serta membawa pulang 1 Perak dan 5 Gangsa.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved