Wednesday, January 13, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN ANGKAT BERAT

Tarikh : 12 Januari 2016 (Selasa)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Machang Bubuk, Bukit Mertajam

KEHADIRAN
1. Arshad Bin Abu Seman - JSM
2. 6 Atlet 

LATIHAN
1. Clean Pull
2. Back Squat
3. Squat Jump

UJIAN
1. Cadangan Ujian Angkatan akan di jalankan pada 28 Februari 2016 di SMK Permatang Tok Labu ataupun di MSNPP.

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Peralatan yang sedia ada tidak mencukupi.
2. Tiada Platform latihan, table jerk, pull blok

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1. Tempat latihan agak sempit. Terdapat beberapa bar tidak boleh digunakan lagi (rosak) hanya 1 set bar lelaki dan 1 set bar wanita untuk menjalani latihan.
2. Jurulatih memohon untuk mendapatkan platform, table jerk dan pull blok untuk latihan yang lebih sempurna.
3. Berkaitan dengan tempat latihan di Machang Bubuk Bukit Mertajam, sebelum ini latihan dijalankan di hadapan rumah jurulatih sendiri, dan tempat latihan ini telah dipindahkan di sebelah rumah beliau kerana beliau telah membuat satu tempat latihan yang lebih selesa dan boleh memuatkan 2 platform. Buat masa sekarang latihan dijalankan di atas "rubber mat" sahaja.
4. Jurulatih menjalani latihan 2 sesi iaitu pada sesi petang dan sesi malam.
5. Dari pemerhatian yang dijalankan latihan berjalan lancar dan atlet-atlet dapat menerima arahan dari jurulatih dengan baik.

Sekian terima kasih

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TAEKWONDO

Tarikh : 12 Januari 2016 (Selasa)
Masa : 7.30 malam hingga 9.00 malam
Tempat : Gymnasium Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Master Gunasegaran A/L Manivelloo
2. Mohamad Suhairi Bin Othman - PPN
3. 4 Lelaki dan 3 Wanita

LATIHAN
1. Warm Up
2. Leg Extention (Weight Training)
3. Frontal Raise
4. Agility Training
5. Chopping Kick

UJIAN
Ujian Kecergasan akan diadakan pada 30 Januari 2016 di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

PERTANDINGAN
1.  Akan menyertai Kejohanan 1 Leg Sport Excel-NSC-MILO-TM National Junior and Senior Taekwondo Championship 2016 pada 19 hingga 21 Februari 2016 di Kangar, Perlis.

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Sesi latihan bermula pada jam 7.30 malam sehingga 9.00 malam di Gymnasium Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. 
2. Pihak persatuan dan jurulatih telah mengemukakan permohonan menggunakan bas MSNPP sebagai pengankutan ke Kejohanan 1 Leg Sport Excel-NSC-MILO-TM National Junior and Senior Taekwondo Championship 2016 pada 19 hingga 21 Februari 2016 di Kangar, Perlis.
3. Pihak USPTN masih menunggu senarai nama atlet yang akan disenaraikan menyertai kejohanan tersebut. 
4. Ujian kecergasan dicadangkan akan diadakan pada 30 Januari 2016 di bawah seliaan Pusat Satelit ISNPP

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

Tuesday, January 12, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BOLING PADANG

 Tarikh : 11 Januari 2016 (Isnin)
Masa : 9.00 pm - 11.00 pm
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 7 Orang

LATIHAN
1. Warm up
2. Draw
3. Drive
4. Cooling down

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Bowls yang telah tamat tempoh sekarang dalam proses dimana menunggu pihak jurulatih memberi "quotation".
2. Green yang rosak dan merekah menganggu latihan atlet, jurulatih telah memohon kepada pemilik pusat latihan iaitu MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Prai) tetapi mendapat maklumbalas bahawa mereka tidak mempunyai bajet untuk proses penyelenggaraan.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS

1. Latihan berjalan seperti biasa tetapi kehadiran atlet kurang memuaskan kerana masing-masing mempunyai kelas tambahan pada hari Isnin.
2. Jurulatih dan PPN turut membincangkan perancangan tahunan yang akan dilakukan.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN PIALA REMAJA MILO RANKING MASTERS 2015 - GRAND FINAL

Tarikh : 9 Januari 2015 (Sabtu)
Tempat : Mega Bowling Centre, Seberang Perai
Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Kejohanan Piala Remaja Milo Ranking Masters 2015 – Grand Final telah memasuki pusingan terakhir dimana penyertaan kali ini hanya terdiri daripada atlet-atlet yang layak mengikut kategori dengan penglibatan dari negeri Perlis, Kedah, Perak dan tuan rumah Pulau Pinang. Sekali lagi pihak Persatuan Tenpin Bowling Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama USPTN dan MSNPP berjaya menjalankan kejohanan ini walaupun kejohanan ini terpaksa dilangsungkan pada awal bulan Januari 2016.

Kejohanan ini masih mempertandingkan 4 kategori iaitu Boys Open, Girls Open, Bawah 12 tahun, Boys 16 tahun dan Girls 16 tahun. Berikut jumlah penyertaan atlet mengikut kategori.

Bawah 12 Tahun - 27 orang
Boys 16 Tahun - 27 orang

Girls 16 Tahun – 12 orang
Boys Open - 11 orang
Girls Open - 8 orang

Berikut keputusan rasmi bagi setiap kategori yang dipertandingkan :-

Bawah 12 Tahun

1. Johan - Muhammad Hariz adlan Bin Azman (PEN) - 1090/avg 181.7
2. Naib Johan – Megat Zahrul Haiqal Megat Zairudin (PEN) – 1071/avg 178.5
3. Ketiga – Auni Mardhiah Bt Anuar (PEN) – 1066/avg 177.7
4. Keempat – Brandon Lau Tze How (PEN) – 1056/avg 176.0
5. Kelima – Muhammad Aidil Putera (KED) – 1038/avg 173.0

Girls Open
1. Johan - Anis Shazlin (PEN) – 1590/avg 198.8
2. Naib Johan – NurSabrina Binti Roshidi (KED) – 1502/avg 187.8
3. Ketiga – Nurul Shahirah Bitni Shahidi (PER) – 1437/avg 179.6
4. Keempat – Puteri Arfah Atilia (KED) – 1432/avg 179.0
5. Kelima - Nur'ain Mustaffa (NS) – 1429/avg 178.6

Boys Open
1. Johan – Ahmad Aidil Bin Abd Halim (MEL) – 1671
2. Naib Johan - Ahmad Zulkarnain Ahmad Mazlan (KED) – 1621/avg 202.6
3. Ketiga – Mohd Amirul Bin Che Mat (KED) – 1599/avg 199.9
4. Keempat – Amir Ashraf Bin Omar (KED) – 1539/avg 192.4
5. Kelima – Mohd Aiman Faris Bin Mahidi (PER) – 1524/avg 190.5

Girls 16 Tahun
1. Johan – Ainaa Alyaa Binti Zulamri (PEN) – 1483/avg 185.4
2. Naib Johan – Alyaa Addini Binti Zulamri (PEN) – 1445/avg 180.6
3. Ketiga – Melissa Khong Xia Yi (PEN) – 1333/avg 166.6
4. Keempat – Anis  Hadirah Binti Anuar (PEN) – 1329/avg 166.1
5. Kelima – Nur Alya Safiyya (PEN) – 1313/avg 164.1

Boys 16 Tahun
1. Johan – Muhd Syazirol Bin Shamsudin (KED) – 1723/avg 215.4
2. Naib Johan – Muhd Fareez Aiman (KED) – 1679/avg 209.9
3. Ketiga – Mohamad Al-Faiz (PEN) – 1549/avg 193.6
4. Keempat – Muhd Haziq Bin Mohd Ridzuan (KED) – 1533/avg 191.6
5. Kelima – Muhammad Shafiq Zaim (PEN) – 1484/avg 185.5

Maka dengan ini tamat lar kejohanan Piala Remaja Milo Ranking Masters bagi tahun 2015. Pihak Persatuan bersama USPTNPP akan menjadikan kejohanan ini sebagai dwi tahunan setiap tahun untuk memberi peluang kepada semua atlet di bawah program mahupun pembangunan. Tahniah kepada pemenang-pemenang yang telah menunjukkan prestasi yang membanggakan.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Friday, January 8, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN ANGKAT BERAT

Tarikh : 6 Januari 2016 (Rabu)
Masa : 5.30 petang
Tempat : SMK Permatang Tok Labu, Penaga

KEHADIRAN
1. Jamil Bin Hashim - JSM
2. 6 Atlet Lelaki & 1 Wanita

LATIHAN
1. Standing Clean & Jerk
2. Snatch Pull
3. Free Exercise

UJIAN
1. Cadangan ujian angkatan akan di jalankan pada 28 Januari 2016 di SMK Permatang Tok Labu ataupun di MSNPP.

PERTANDINGAN
-Tiada-

KECEDERAAN
-Tiada-

PERALATAN
1. Peralatan yang sedia ada tidak mencukupi walaupun hanya 9 atlet.
2. Jerk blok telah rosak nak masih belum diperbaiki.

PROGRAM BINAAN
-Tiada-

ULASAN
1. Tempat latihan agak sempit. Terdapat beberapa bar tidak boleh digunakan lagi (rosak) hanya 1 set bar lelaki dan 1 set bar wanita untuk menjalani latihan.
2. Memaklumkan kepada jurulatih bahawa pihak USPTNPP telah berbincang dengan ISNPP untuk membuat tid di daerah Seberang Perai Utara dan sekolah berhampiran dengan pusat latihan.
3. Pihak sekolah memberi kerjasama yang baik dalam pelaksanaan program yang dijalankan oleh pihak USPTN Pulau Pinang
4. Seorang atlet telah dicadangkan untuk ke skuad sukma 2016 iaitu Abdul Haris akan tetapi latihan beliau masih dikendalikan oleh JSM Jamil.
5. Jurulatih turut menunjukkan teknik angkatan yang betul dan memperbaiki teknik angkatan kepada atlet-atlet.

Sekian Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Akmal Bin Hashim

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved