Wednesday, May 7, 2014

PEMANTAUAN PPN KE PLN SUKAN MEMANAH (KEM LATIHAN SUKMA - FASA 1)

Tarikh : 5 Hingga 11 Mei 2014
Masa : 8.00am - 12.00pm / 3.00pm - 6.00pm
Tempat : Jabatan Belia & Sukan (JBS) Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Cik Shamani a/p Ganesan - JSM USPTN & MSNPP
2. En. Ramli Bin Tabri - JSM MSNPP
3. Cik Salina Putriana - JSM MSD
4. En. Khoo Chin Hong – Pengurus Kompleks Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang
5. 11 Orang atlet

LATIHAN
1. Warm up & Strething
2. Sight Test
3. Shooting training
4. Scoring 

PERTANDINGAN
1.  Persiapan bagi menghadapi Sukan Malaysia XVII (SUKMA), Perlis 2014 pada 24 Mei hingga 4 Jun 2014.

ULASAN
1.  Telah berlangsung Kem Latihan Intensif Sukan Memanah Fasa 1 pada 5 hingga 11 Mei 2014 sebagai persiapan menghadapi Temasya Sukan Malaysia XVII (SUKMA), Perlis 2014.
2. Atlet-atlet Pulau Pinang dari Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau tidak dapat menghadiri disebabkan menyertai latihan pendedahan luar negara di Pusat Latihan Bandung, Indonesia bermula dari 10 hingga 20 Mei 2014.
3. Atlet-atlet menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi semasa menjalani latihan.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOLING

Tarikh : 6 Mei 2014 (Selasa)
Masa : 4.30 petang hingga 7.30 petang
Tempat : Mega Bowling Center, Seberang Perai

KEHADIRAN
1. Encik Albert Yeoh Seng Poh - JSM
2. Puan Nooriani Abdul Rahman - JSM
3. Encik Kamal Bin Omar - JSM
4. Atlet - 14 lelaki & 7 wanita

LATIHAN

1. Warming Up
2. Full Pins, Pocket & Sparing
3. Cool Down

UJIAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PERTANDINGAN
1. Sesetengah atlet baru sahaja selesai menyertai kejohanan Piala Remaja Milo Ranking Master - 2nd Leg pada 3 Mei 2014 di Mega Bowling Center.
2. Seramai 4 atlet (1 lelaki & 3 wanita) akan menyertai Temasya Sukan Malaysia XVII Perlis yang akan berlangsung bermula 27 Mei hingga 3 Jun 2014.

PROGRAM BINAAN
1. Friendly bersama pasukan Boling Perlis akan ditangguh sementara sehingga pihak USPTN Perlis memberi satu tarikh selepas Sukma Perlis.

ULASAN

1. Latihan pada hari ini hanya tertumpu pada atlet yang tidak terpilih pada Sukma Perlis. Hanya 4 orang atlet dari skuad Pelapis terpilih mewakili Pulau Pinang ke Temasya Sukan Malaysia XVII Perlis.
2. Atlet Skuad Sukma menjalani latihan di Penang Bowl, Lebuh Farquhar sehingga menjelang Sukma Perlis.
3. Atlet Pelapis yang terpilih ke Sukma akan memasuki Kem Fasa Akhir pada 13 hingga 18 Mei 2014 di UiTM Permatang Pauh.
4. Semasa pemantauan dibuat, sesi latihan masih dilakukan kepada atlet-atlet untuk mendapatkan peratusan pada latihan yang dijalankan.

Sekian,Terima Kasih

Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 6 Mei 2014 (Selasa)
Masa : 3.00 Petang hingga 6.00 Petang
Tempat : Akademi Gimnastik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN

1. Liu Shunan – JLN

ATLET
1. 9 Orang

LATIHAN
1. Senam Lantai
2. Latihan Fizikal
3. Batang Titian
4. Melombol

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Tiada

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Kebanyakan peralatan koyak, berkarat dan rosak seperti :
      i. Trampoline – Jaring sudah koyak
      ii. Pommel Horse – Tempat pemegang sudah patah
      iii. Palang Sejajar – Berkarat dan tidak dapat diselaraskan lagi
      iv. Mattress – Koyak dan berlubang

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN RINGKAS
1. Atlet berlatih dengan bersungguh-sungguh.
2. Atlet baru dilihat selesa berlatih dengan JLN Liu Shunan.
3. Pihak USPTNPP telah mengenal pasti seorang jurulatih wanita untuk mengajar atlet wanita tarian dan perlantikan beliau masih didalam peringkat perbincangan bersama penyelaras Sukan Gimnastik - Artistik MSNPP.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

Read more...

Tuesday, May 6, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN TAEKWONDO

Tarikh : 5 Mei 2014 (Isnin)
Masa : 7.00 Petang hingga 9.00 Petang
Tempat : Dewan Silat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN

1. Master Maniam - JSM
2. G.Krishnavani – JSM Negeri

ATLET

1. 6 lelaki & 4 wanita.

LATIHAN
1. Warming Up
2. Foot Work
3. Double Turning kick
4. Choping Kick

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Hanya tinggal 19 hari sebelum menjelang temasya Sukan Malaysia XVII Perlis 2014 di Perlis. Seramai 10 orang atlet dari Pelapis akan menyertai temasya tersebut.

KECEDERAAN
1. Seorang atlet iaitu Fatin Syamimi mengalami kecederaan tulang belakang dan masih menerima rawatan dan doktor menasihati untuk berehat sementara.

PERALATAN
1. Memohon peralatan seperti hand target, skipping dan lain-lain untuk sesi latihan.

PROGRAM BINAAN
1. Akan dijalankan selepas Sukma selesai dan menunggu mohon balas dari Persatuan.

ULASAN RINGKAS
1. Atlet menjalani latihan bersungguh-sungguh sebelum bermula secara rasmi temasya Sukan Malaysia Perlis.
2. Atlet-atlet Sukma Perlis 2014 akan berkampung di UiTM selama 6 hari 5 malam bermula 13 hingga 18 Mei 2014.
3. Jurulatih memaklumkan prestasi atlet berada dalam keadaan baik sebelum berlangsung Sukan Malaysia Perlis.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

Monday, May 5, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN PIALA REMAJA MILO RANKING MASTER 2014 - 2nd LEG

Tarikh : 3 Mei 2014 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 3.45 petang
Tempat : Mega Bowling Centre, Seberang Perai

Bertempat di Mega Bowling Centre, Seberang Perai seramai 82 atlet yang mewakli negeri telah turut serta dalam kejohanan Piala Remaja Milo Ranking Masters - 2nd Leg. Kejohanan ini melibatkan 4 buah negeri iaitu Perlis. Kedah, Perak dan Pulau Pinang selaku tuan rumah. Kejohanan ini juga adalah anjuran Persatuan Tenpin Boling Pulau Pinang dengan kerjasama USPTN/MSN.

Kejohanan hari ini mempertandingkan 4 kategori iaitu Boys & Girls U12, Boys & Girls U16, Boys Open dan Girls Open. Atlet perlu bermain sebanyak 6 games untuk kategori Boys & Girls U12 manakala kategori Boys & Girls U16 dan Boys & Girls Open sebanyak 8 games.

Berikut keputusan bagi semua kategori yang dipertandingkan :-

BOYS & GIRLS U12
1. Johan - Muhammad Hariz Adlan Bin Azman (PEN) - total 792/avg 129.8
2. Naib Johan - Muqri Hadif Mustaffa (PER) - total 1120/avg 186.7
3. Ketiga - Brandon Lau Tze How (PEN) - total 954/avg 156.0
4. Keempat - Nurhani Yasmin (PER) - total 918/avg 148.0
5. Kelima - Muhd Nur Hakimi Mohd Lok Pi (PEN) - total 912/avg 152.0

BOYS & GIRLS U16

1. Johan - Muhd Syazirol Shamsudin (KDH) - total 1563/avg 193.0
2. Naib Johan - Muhd Haziq Mohd Ridzuan (KDH) - total 1504/avg 188.0
3. Ketiga - Imran Az-Zahari Zainon (KDH) - total 1481/avg 185.1
4. Keempat - Ong Seing Leing (PEN) - total 1481/avg 185.1
5. Kelima - Mohamed Al-Iman (PEN) - total 1471/avg 183.9

BOYS OPEN
1. Johan - Aliff Imran Adi Nasution (PEN) - total 1643/avg 205.4
2. Naib Johan - Mohd Aiman Faris (PER) - total 1629/avg 203.6
3. Ketiga - Eugene Oh Chern Yu (PEN) - total 1585/avg 198.1
4. Keempat - Kelvin Tan Chun Shin (PEN) - total 1576/avg 194.0
5. Kelima - Wan Zuhairi Izlan (PER) - total 1520/avg 187.0

GIRLS OPEN
1. Johan - Anis Shazlin (PEN) - total 1704/avg 208.0
2. Naib Johan - Nur Ameera Husna (KDH) - total 1645/avg 202.6
3. Ketiga - Syazwani Anuar (PEN) - total 1528/avg 188.0
4. Keempat - Nur'Ain Mustaffa (NS) - total 1510/avg 186.4
5. Kelima - Nur Amirah Auni Azman (PEN) - total 1501/avg 185.3

Untuk hari ini kejohanan selesai pada jam 3.40 petang dengan lancarnya dan pihak Unit mengucapkan sekalung tahniah kepada para pemenang dan yang tidak berjaya jangan berputus asa.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved