Friday, September 28, 2012

KLINIK PENGENALAN SUKAN DI SMK TASEK

Tarikh : 22 September 2012
Masa : 9.00 am – 1.30 pm
Tempat : SMK Tasek, Simpang Ampat, SPS

Bagi memastikan program pembangunan berterusan & negeri tidak ketandusan atlet-atlet pelapis, satu klinik pengenalan sukan telah diadakan di SMK Tasek, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.

Kehadiran serta program ini amat dialu-alukan & disokong sepenuhnya oleh pihak sekolah yang mana turut mahukan ada dikalangan pelajar dari sekolah ini kelak dapat mewakili negeri & negara. Empat (4) jenis sukan telah dipilih untuk diperkenalkan kepada pelajar-pelajar di sekolah ini iaitu Angkat Berat, Tinju, Berbasikal & Olahraga.

Selain pegawai, program ini juga turut dibantu oleh jurulatih-jurulatih di bawah program Pelapis Negeri & Pelapis Serantau. Atlet-atlet yang kini dibawah program juga turut hadir untuk membantu jurulatih. Kesinambungan dari program ini, satu TID Spesifik akan telah dirancang & akan diadakan di sekolah ini dalam masa terdekat, bagi memilih pelajar-pelajar yang berpotensi untuk diserap di bawah program.

Secara keseluruhan, program berjalan baik & lancar. Terima kasih kepada pihak sekolah atas sokongan yang diberikan. Terima kasih juga kepada semua jurulatih & atlet yang turut membantu.




















Read more...

Wednesday, September 26, 2012

PEMANTAUAN KUN KE PUSAT LATIHAN OLAHRAGA AKADEMI SERANTAU ZON UTARA

Tarikh : 20 September 2012
Masa : 5.30 - 7.00 Petang
Tempat : Kompleks Sukan MPSP, Bukit Mertajam

Pemantauan latihan secara berkala dilakukan Kompleks Sukan ini bagi memastikan perancangan serta latihan atlet berjalan baik & lancar. Kesemua jurulatih dibawah Program Pelapis Serantau hadir menjalani latihan di Stadium ini walaupun pada awalnya hujan turun lebat.

Sebelum latihan bermula, sesi perbincangan bersama jurulatih diadakan. Dimaklumkan untuk latihan hari ini seramai 20 pelajar / atlet dari Politeknik Seberang Perai turut turun menjalani latihan bersama. Berikut adalah  latihan yang dijalankan oleh jurulatih-jurulatih pada hari ini ;

Coach T. Krishnan 
- Drill / Biomekanik
- Speedwork
- Starting 

Coach Ahmad Mazlan
- Latihan Gym di Wisma A.Berat
- Jumping Drill

Coach Hazril Hassan
- General Strenght

Semua atlet Olahraga ASZU turun menjalani latihan bersama 20 oranng pelajar / atlet dari Politeknik. Tiada laporan kecederaan atlet dilaporkan. Persiapan penyertaan Kejohanan Penang Open pada 30 September ini di Stadium Olahraga USM, Minden. 









Read more...

Wednesday, June 20, 2012

KEJOHANAN ANGKAT BERAT ZON UTARA 1/2012

Tarikh : 15 - 17 Jun 2012
Venue : Kompleks Belia & Sukan, Alor Setar

Bagi memastikan program di peringkat akar umbi serta pelapis tidak terus ketandusan atlet, seperi tahun-tahun sebelumnya Kejohanan Angkat Berat Zon Utara (Inter Zon) telah diadakan di Kompleks Belia & Sukan, Alor Setar Kedah.  Pada kejohanan kali ini, Pulau Pinang telah menghantar seramai 19 atlet & 2 jurulatih.

Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 Kategori iaitu Bawah 14 Tahun & Bawah 16 Tahun untuk Lelaki & Wanita. Keseluruhan, pasukan Pulau Pinang telah berjaya memungut 8 Emas, 12 Perak & 6 Gangsa. Tahniah & Syabas diucapkan kepada atlet-atlet muda ini. 











Read more...

Saturday, May 5, 2012

KLINIK SUKAN & TID SUKAN ANGKAT BERAT - SMK SERI, BALIK PULAU

Tarikh : 26hb April 2012 (Khamis)

Masa : 3.40 petang hingga 6.45 petang
Tempat : SMK Seri Balik Pulau, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang

Kehadiran :
1. Mohd Idid Fakaruddin Ibrahim - Guru Pendidikan Jasmani
2. Mohd Faizulzalham Bin Mohd Sazali - Jurulatih Angkat Berat
3. Ahmad Firdaus Bin Yusoff - PPN/SDO, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang
4. Fatimah Binti Jamil - PPN/SDO Sukan Angkat Berat, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang
5. Atlet - 3 Lelaki, 2 Wanita (Dua atlet lelaki bekas pelajar SMK Seri Balik Pulau)
6. Murid-murid - 80 Lelaki, 120 Wanita

LATIHAN (SESI DEMO)
1. Squat
2. Snatch
3. Clean and Jerk

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada

PERALATAN
1. Alat angkat berat yang dibekal berada dalam keadaan baik
2. Peralatan yang sediada dibekalkan oleh Pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

PROGRAM BINAAN
1. Jurulatih mengadakan Program TID di SMK Seri Mutiara Balik Pulau pada 26hb April 2012.
2. Atlet membantu dalam Sesi Demo bagi jenis-jenis latihan

ULASAN
1. Sampai di sekolah pada pukul 3.40 petang. Program/Aktiviti yang dijalankan seperti berikut :
- Perbincangan JSM dan SDO bersama Guru Pendidikan Jasmani
- Sesi Pemilihan Bentuk Fizikal Badan oleh JSM di kantin dan kelas ke kelas
- Pendaftaran murid-murid yang dipilih dibantu oleh atlet
- Mendapatkan peralatan dari Bilik Sukan, SMK Seri Balik Pulau untuk sesi demo
- Sesi taklimat dan demo oleh JSM di Dewan Seri, SMK Seri Balik Pulau
- Sesi demo dibantu oleh Atlet
- Perbincangan JSM bersama Guru Pendidikan Jasmani
- Bersurai

2. Sesi pemilihan bentuk fizikal badan dijalankan keatas 80 murid-murid lelaki sahaja, 44 murid yang dipilih untuk ke sesi demo di Dewan Seri, SMK Seri Balik Pulau.

3. Jemputan sesi demo dipanjangkan kepada murid-murid perempuan, 120 murid yang hadir dan 40 murid yang berminat mendaftarkan nama.

4. JSM memperkenalkan dua atlet bekas pelajar SMK Seri Balik Pulau yang telah berjaya sebelum sesi demo dimulakan. Mereka adalah :
- Mohd Syafiq Bin Yusof Atlet Peringkat Kebangsaan
- Khairul Asnawi Bin Khairul Kassim Atlet Peringkat Negeri
5. JSM memaklumkan Sesi Latihan akan bermula pada 30hb April 2012 di Bilik Sukan SMK Seri Balik Pulau. Sesi Latihan seperti berikut :
- Hari : Isnin, Rabu dan Jumaat - Murid-murid lelaki.
- Hari : Selasa, Khamis dan Sabtu - Murid-murid perempuan.
- Masa : 9.00 pagi
- Tempat : Bilik Sukan, SMK Seri Balik Pulau

6. Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama murid-murid yang akan menjalani sesi "Talent Scouting" sepanjang dua bulan sebelum diserapkan kedalam Program Pelapis Negeri.

7. Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak berikut atas sokongan, bantuan dan kerjasama yang diberikan bagi melancarkan program seperti yang dirancang.
- Pengetua Sekolah - Tuan Haji Ramli Bin Din
- Guru Pendidikan Jasmani
- Ketua Unit Sukan JPN
- Jurulatih dan Atlet
- PPN/SDO Ahmad Firdaus
- Murid-murid

Fatimah Jamil





Read more...

PEMANTAUAN PPN @ PLN MENEMBAK

Tarikh : 21 April 2012 (Sabtu)

Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang

KEHADIRAN:
1. Muhammad Ivarn Syazwan - JSM
2. Ahmad Fahmie Abdullah - JSM (MSNPP)
3. Atlet - 7 lelaki, 3 wanita


LATIHAN
1. Atlet telah berjogging 2 km dari Kelab Menembak ke Taman Bontanical untuk meningkatkan stamina.
2. Latihan ‘Dry Fire’ diadakan untuk atlet meningkatkan tahap konsentrasi bagi menepati sasaran.
3. Jurulatih telah menerangkan dan mempraktikan latihan Air Rifle dan Air Pistol untuk atlet lelaki dan perempuan.
4. Sebelum latihan JSM turut membuat pemeriksaan senjata dan memastikan senjata dalam keadaan baik dan selamat digunakan.


UJIAN
Sistem ranking bulanan akan diadakan setiap bulan untuk memastikan atlet bersaing sesama sendiri. Atlet yang terbaik akan menyertai kejohanan berdasarkan point tertinggi.


PERTANDINGAN
Kejohanan yang terdekat ialah Piala Chia Woh di Subang pada 3 hingga 6 Mei 2012. Atlet yang terbaik akan menyertai kejohanan ini. JSM telah membuat persediaan rapi dengan mengakan latihan 2 sesi setiap hari Sabtu dan Ahad.


KECEDERAAN
1. Cheryll Anne mengalami kecederaan bahu & telah mendapat rawatan di Island Hospital.

PERALATAN
Rifle dan Pistol tidak mencukupi perkara ini telah dimaklum kepada Pengarah MSNPP baru En. Leong.


PROGRAM BINAAN
Program binaan masih diperingkat perbincangan dan akan diadakan untuk memperkasakan atlet menembak Negeri Pulau Pinang.


ULASAN
1. PPN En Hamidi turut hadir dan membantu dari segi pengenalan sukan dan perjumpaan dengan ahli Kelab Menenbak.
2. Sesi bersama ISNPP telah dirancang untuk membantu jurulatih dari aspek sains sukan dan pelan
periodisasi
3. Latihan diadakan dengan sempurna dan JSM memberi kerjasama yang baik.

Ahmad Firdaus Yusoff




Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved