Thursday, November 3, 2011

KEM LATIHAN MEMANAH - 1st Day

Program : Kem Latihan Memanah MSN Pulau Pinang
Tarikh : 2 - 4 November 2011
Tempat : MSN P.Pinang & PLN Batu Uban

Kem ini merupakan anjuran MSN Pulau Pinang dengan kerjasama USPTN Pulau Pinang dan ISN Pulau Pinang. Tujuan kem latihan ini diadakan adalah untuk mengumpul atlet supaya dapat berlatih bersama-sama. Selain itu,pengisian sains sukan diterapkan seperti sesi latihan fizikal, psikologi dan sesi rakaman video.

Jam 2 petang atlet mendaftarkan diri dan menginap di asrama (rumah panjang msn pulau pinang). Seramai 20 atlet mengambil bahagian dengan pecahan 2 acara iaitu recurve & compound. 10 lelaki (5 recurve / 5 compound) & 10 wanita (5 recurve / 5 compound). Sebanyak 3 jurulatih terlibat dalam program ini dan pemilihan atlet ke kem ini adalah hasil perbincangan bersama sdo.Selepas itu,satu taklimat ringkas telah diberikan.

Petang, atlet terus ke pusat latihan menjalani latihan dan sesi pertama rakaman video juga dijalankan. 2 sudut rakaman telah diambil iaitu dari sisi belakang & tepi pemanah. Sebentar tadi,hanya sempat menjalankan sesi kepada 7 pemanah sahaja. Ia akan disambung esok (pagi & petang).

Malam sesi atlet bersama Cik Diana (psikologi).Sesi ini dijalankan di bilik cemerlang dan JPM pula sedang meneliti rakaman video petang tadi di pejabat isn. Program hari ini selesai jam 11 malam. Sekian,terima kasih

Shasha Tarmuzi































Read more...

PEMANTAUAN PPN KE PLN MEMANAH

Tarikh : 02 Nov 2011
Tempat : Kompleks Belia & Sukan, batu Uban

Latihan berjalan seperti biasa. Cuaca hujan dan kira2 jam 6 petang,hujan kembali reda. Kehadiran atlet juga memuaskan,ini kerana kebanyakkan atlet telah tamat peperiksaan pmr dan ujian akhir tahun.

Dimaklumkan juga, hari ini telah diadakan sesi rakaman video dengan bantuan isn pulau pinang. Rakaman ini akan di ambil dari sisi tepi dan belakang semasa atlet shot.Selain memantau atlet pelapis,saya juga memantau atlet sukma dan pembangunan. Atlet compound juga sedang menjalani latihan seperti biasa.

Untuk makluman,seramai 20 atlet yang telah kami (saya dan jurulatih) senarai pendek untuk menyertai kem anjuran msn pulau pinang. Kem ini bermula 2 - 4 november 2011. Laporan penuh kem akan saya maklumkan secara harian iaitu selama 3 hari.Sekian dari saya..terima kasih.

Shasha Tarmuzi















Read more...

KEJOHANAN PERAHU LAYAR REGATTA KFC FELDA TERBUKA JOHOR 2011

Tarikh : 27 Hingga 30 Oktober 2011
Tempat : Tanjung Leman, Mersing Johor
Penyertaan : 9 Orang Atlet

Jurulatih
En. Ismail Bin Ghani
En. Zainal Misran

Atlet Pulau Pinang telah menyertai acara Optimist Division A, Optimist Division B, Optimist C, Wind Surfing Bic Techno dan Radial Laser Class. Untuk makluman kejohanan ini telah dijalankan sebanyak 8 perlumbaan. Setiap pelayar perlu konsisten dalam kedudukan setiap perlumbaan untuk mendapat ranking terbaik keseluruhan.

3 Orang atlet pelapis berjaya menyumbang pingat dalam kejohanan ini. Berikut adalah pemenang pingat Kejohanan Perahu Layar KFC Regatta Felda Terbuka Johor :


Muhd Syamim Azim Bin Mohd Sahari
Acara : Optimist Division C
Pingat : Emas

Katherine Ong Xin Yuan
Acara : Windsurfing Bic Techno
Pingat : Perak

Ibnu Assyad Bin Mohd Yusoff
Acara : Optimist Division B
Pingat : Perak


Taniah kepada pemenang pingat. Diharap atlet lain akan manjalani latihan gigih untuk memenangi kejohanan yang akan datang. Sekian.

Ahmad Firdaus Bin Yusoff




















Read more...

PEMANTAUAN PPN KE PLN TENPIN BOWLING

Tarikh : 29 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa : 10.45 pagi hingga 4.45 petang
Tempat : Pusat Boling Mega Lanes, Megamall Pinang
Kehadiran : 5 Atlet Pelapis Negeri/Skuad Latihan SUKMA.

Program : "Weekly Roll-Off" [Sesi Pagi : 11.00 pagi dan Sesi Petang : 2.00 petang]

Laporan ringkas :

Sesampai di Pusat Latihan mendapati atlet sedang menyediakan peralatan selepas menjalani latihan "warming-up". Program ini diadakan setiap minggu jika tidak jumlah penglibatan atlet dalam kejohanan tidak ramai dan program ini terbahagi kepada dua sesi. Setiap sesi atlet diminta untuk bermain sebanyak 6 permainan dan program ini bertujuan untuk menetapkan ranking atlet yang berada di Skuad Latihan Sukan Malaysia di Peringkat Negeri.

Seramai 5 atlet dari 12 Atlet Pelapis Negeri/Skuad Latihan Sukan Malaysia yang berlatih di Negeri Pulau Pinang. Mendapatkan makluman dari Atlet Amanda Khong yang dilantik sebagai Ketua untuk mengetuai atlet yang berlatih sepanjang ketiadaan Jurulatih Sepenuh Masa MSNPP dan Penolong Jurulatih MSNPP yang masih bercuti. Atlet yang tidak hadir, 4 menyertai Kejohanan KL Open, 2 persediaan menghadapi peperiksaan SPM dan seorang cuti Hari
Deepavali.

Mendapati Timbalan Pengerusi Persatuan Tenpin Boiling Pulau Pinang, En. Larry Chelvan hadir memantau pada sesi yang pertama. Di akhir sesi pertama telah berjumpa dengan atlet dan Timbalan Pengerusi PTBPP membincangkan pencapian atlet sepanjang pemantauan disesi pertama dan perlu dibaiki semasa di sesi kedua nanti.

Terdapat sedikit peningkatan pencapian atlet di sesi kedua. Keseluruhan dari pemantauan mendapati masih perlu di perbaiki skill permainan atlet-atlet tersebut. Perkara ini akan dibawa perbincangan bersama Jurulatih Sepenoh Masa/Penolong Jurulatih Skuad Latihan SUKMA selepas kembali dari bercuti.

Selaku Penyelaras Sukan meneruskan pemantauan keatas atlet sehinggalah tamat program.
























Read more...

Friday, October 28, 2011

PERJUMPAAN PCP BERSAMA JURULATIH & SDO - KEM LATIHAN & BENGKEL MEMANAH PELAPIS 2011






Tarikh : 27-10-2011
Masa : 9.00pm
Tempat : EDC Hotel, UUM



Sempena Kem Latihan & Bengkel Memanah Pelapis 2011 yang kini sedang berlangsung di UUM, satu Majlis Perasmian ringkas oleh En. Shapawi Ismail, Pengarah Bahagian Atlet MSN.

Perjumpaan ringkas oleh En. Jefri Ngadirin, Pengarah Cawangan Pelapis bersama semua jurulatih & SDO turut diadakan selepas itu. Beberapa cadangan dan pandangan penambahbaikan tentang penganjuran Kem ini dikemukakan oleh jurulatih-jurulatih yang ada di lihat satu perkembangan positif ke arah mempertingkatkan lagi kualiti atlet-atlet Pelapis negara.


Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved