Friday, October 28, 2011

PERJUMPAAN PCP BERSAMA JURULATIH & SDO - KEM LATIHAN & BENGKEL MEMANAH PELAPIS 2011






Tarikh : 27-10-2011
Masa : 9.00pm
Tempat : EDC Hotel, UUM



Sempena Kem Latihan & Bengkel Memanah Pelapis 2011 yang kini sedang berlangsung di UUM, satu Majlis Perasmian ringkas oleh En. Shapawi Ismail, Pengarah Bahagian Atlet MSN.

Perjumpaan ringkas oleh En. Jefri Ngadirin, Pengarah Cawangan Pelapis bersama semua jurulatih & SDO turut diadakan selepas itu. Beberapa cadangan dan pandangan penambahbaikan tentang penganjuran Kem ini dikemukakan oleh jurulatih-jurulatih yang ada di lihat satu perkembangan positif ke arah mempertingkatkan lagi kualiti atlet-atlet Pelapis negara.


Read more...

Tuesday, October 25, 2011

LAPORAN RINGKAS KEM LATIHAN BERSAMA PELAPIS PERAK (ATTACHMENT TRANING) - SUKAN MEMANAH

Program : Latihan Bersama Pelapis Perak (Attachment Traning) - Sukan Memanah
Tarikh : 23 sehingga 25 Oktober 2011
Tempat : SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan

Seramai 51 atlet menyertai program ini dimana 34 atlet adalah daripada Pulau Pinang dan 17 atlet daripada Perak. Pasukan bertolak pada 23hb menaiki bas MSN Pulau Pinang dan diiringi seramai 1 SDO dan 4 Jurulatih. Pasukan menginap di Rumah Penginapan Pengkalan Hulu, Perak. Setibanya di tempat program, satu taklimat tentang perjalanan program 3 hari 2 malam ini telah disampaikan oleh SDO Perak En Zubir Shaharani.

Pada hari ke-2 kem, sesi pagi dimulakan dengan perhimpunan dan senaman pagi dan diikuti dengan latihan di padang dan dipantau oleh Jurulatih Perak dan Pulau Pinang. Sesi petang pula diadakan ujian fizikal (fitness test) yang dijalankan oleh unit Sains Sukan MSN Perak. Keputusan ujian akan di emailkan pada minggu depan.

Pada hari ke-3, kira-kira jam 8 pagi 'mini competition' diadakan dan hanya untuk jarak 30m (double 30) sahaja. Dan selepas pertandingan, sesi penutup disempurnakan oleh KUN Perak En Meor Shahriman Bin Meor Ahmad Kasri. Berikut adalah pemenang yang berjaya.

Recurve Lelaki

1. Nur Arif Azli - Perak (333)
2. Muhd Hanif Zuberi - Perak (332)
3. Quak Ting Hua - P.Pinang (325)


Recurve Wanita

1. Loke Shin Hui - P.Pinang (335)
2. Meerosha Balakrisnan - P.Pinang (330)
3. Siti Fatimah Abd Karim - P.Pinang (324)


Sekalung tahniah kepada penganjur yang berjaya menganjurkan kem latihan bersama dan semoga dapat diteruskan di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Shasha Tarmuzi















































































Read more...

HAPPY DEEPAVALI

Kepada semua atlet, jurulatih, pegawai sukan serta penggiat-pengiat sukan di seluruh negara yang beragama Hindu, Selamat Menyambut Hari Deepavali..

Read more...

Monday, October 24, 2011

LAWATAN KUN KE PUSAT LATIHAN SKUASY

Tarikh : 24 OKtober 2011
Masa : 4.15 pm
Tempat : Pusat Skuasy Bukit Dumbar

Sedikit masa diambil bagi meninjau latihan atlet-atlet skuasy petang tadi di Pusat Skuasy Bukit Dumbar. Ketika lawatan, 3 orang jurulatih iaitu Khoo Teng Hin, Aaron Soyza dan Metthew sedang menjalankan tugas masing-masing.

Kehadiran atlet agak berkurangan. Jurulatih memaklumkan bahawa mereka baru sahaja pulang dari menyertai Kejohanan Sportexcel semalam. Sememangnya atlet-atlet diberi rehat pada hari ini. Secara keseluruhannya latihan berjalan baik & lancar.
















Read more...

LAPORAN KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA BWH 16 TAHUN TERBUKA KELANTAN 2011 - Last Day

Hari Ketiga Kejohanan Angkat Berat 16 Tahun Terbuka Kelantan 2011 seramai 5 orang atlet yang bertanding keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

Omperkash (kategori 69kg)
Snatch :51KG Clean & Jerk :61KG

Abdul Haris Che Pi (Kategori 69kg)
Snatch :67kg Clean & Jerk :85kg

Mohd Amirun Asyraf Azmi (Kategori 85kg)
Snatch :85kg Clean & Jerk :98kg gagal

Ahmad Faris Faizal B. Ros Kenedy (Kategori 94kg)
Snatch : 73KG Clean & Jerk :87KG
Pingat Perak

Mohd Al Iman B. Hifni (Kategori 94kg Atas)
Snatch :58KG Clean & Jerk :75KG
Pingat Emas


Untuk makluman Kejohanan ini akan dijadikan kejohanan tahunan untuk penyertaan atlet pelapis Pulau Pinang. Mohd Al-Iman Hifni telah menyumbangkan pingat Emas dan Ahmad Faris Faizal telah meraih pingat Perak. Taniah kepada pihak penganjur kerana telah menganjur kejohanan ini dengan jayanya. Sekian.

Ahmad Firdaus Yusoff




















Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved