Monday, August 2, 2010

LAPORAN RINGKAS UJIAN KECERGASAN SUKAN BADMINTON

Tarikh : 31 Julai dan 1 Ogos 2010 (Sabtu/Ahad)
Tempat : Dewan Badminton Berapit.
Masa : 0900 Pagi – 1200 Tengahari.

Bilangan Atlet Yang Hadir : 15 Atlet (BM)

1. Lelaki : 9 Atlet
2. Perempuan : 6 Atlet

Di Kendalikan oleh Staf ISN (Boon Chong / Shiny / Anis / Sheik Omar)

Di Bantu oleh JPM Razlan dan JSM Choong Kah Tzun.

Ujian-ujian yang telah di jalankan.

Hari pertama

1. Board Jump
2. Counter movement Jump
3. Maximum Push Up ( Pumping )
4. Maximum Crunches ( Sit Up )
5. 10M Sprint
6. 5 Meter Shuttle Run

Hari Kedua

1. Agility Diagonal
3. Agility Side To Side
2. Yo-Yo Endurance

Ulasan :

Pada hari kedua terdapat penambahan 3 Atlet. Seramai 11 Atlet tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan aktiviti ko-korikulum di sekolah masing-masing.
Ujian-ujian tersebut telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Sekian.

Razlan Abdullah
JPM Badminton USPTN










Read more...

Saturday, July 31, 2010

SELAMAT MAJU JAYA ..

Kami seluruh warga kerja USPTN Pulau Pinang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Syamsul Afzan Mohd Nor atas sumbangan & komitmen beliau sepanjang bertugas sebagai PPN di Unit ini. Beliau akan menyambung tugas sebagai Pengurus Sukan di Unit Pelapis Serantau, Cawangan Pelapis di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Semoga beliau akan terus cemerlang di tempat kerja yang baru kelak. Selamat Maju Jaya di ucapkan ..
Hari terakhir bertugas di USPTN Pulau Pinang ..

Read more...

Thursday, July 29, 2010

LAPORAN KEM BAKAT SUKAN MEMANAH FASA 2/2010 - 4th Day

Hari ke-4 dimulakan dengan dengan taklimat oleh Jurulatih Othman dan latihan diteruskan seperti biasa. Latihan dekendalikan oleh Jurulatih Tohir @ Gatot, Jurulatih Amran dan Jurulatih Marbawi. Jurulatih Othman dan Jurulatih Syahmi pula membantu atlet membetulkan tali bow yang kebanyakan sudah tidak boleh digunakan.

Sessi petang latihan diteruskan seperti biasa dan sessi malam adalah aktiviti riadah. Tujuan utama latihan pada hari ini adalah pemeriksaan peralatan setiap atlet dan kebanyakkan peralatan perlu diperbaiki.

Jumpa lagi esok..TQ










Read more...

LAPORAN KEM BAKAT SUKAN MEMANAH FASA 2/2010 - 3rd Day

Pagi pada hari ke-3 kem, latihan berjalan seperti biasa. dimulakan dengan warm-up dan atlet melalakukan latihan menggunakan tali getah dan seterusnya setelah mendapat 'feel' latihan diteruskan dengan menggunakan bow masing-masing. Jurulatih-jurulatih yang bertugas akan meneliti dan memeriksa setiap atlet. Atlet juga dipecahkan beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan akan dilatih seorang jurulatih. Ini memudahkan setiap latihan dapat diberikan secara terus pada setiap atlet. Jam 12.30 tengahari atlet berehat dan bersedia untuk makan tengahari.

Sessi petang dimulakan pada jam 2.30 petang dan kali ini shot ke target but. Sessi pagi atlet shot tanpa target butt dan arrow (shot kosong). Ketika sedang shot, setiap atlet akan diperhatikan oleh jurulatih-jurulatih dan kesilapan yang dilakukan akan diperbetulkan secara direct kepada atlet-atlet. Latihan tamat jam 6.00 petang. Sebelum waktu makan malam jam 7.00 malam, atlet kem memanah mengadakan aktiviti riadah dengan perlawanan persahabatan bersama abang-abang pelapis kebangsaan bermain futsal. Perlawanan berkesudahan 12-2 (PK 12/ PN 2).

Pada waktu malam, sessi taklimat bersama Jurulatih Tohir @ Gatot dengan tajuk Tujuan, Sasaran dan Goal. Kesimpulan pada taklimat ini, setiap atlet perlu berdisiplin tinggi dan bermotivasi tinggi jika mahu berjaya didalam bidang sukan memanah dan akademik. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan 'game' yang direka dan diketuai oleh En.Ibrahim. Dalam sessi ini, setiap atlet dipecahkan kepada 4 kumpulan dan diberikan task dan perlu bentangkan. Tujuan nya adalah untuk menilai sikap atlet supaya sentiasa berfikiran positif, sentiasa menyokong satu sama lain, semangat berpasukan dan perlu ada semangat juang yang tinggi. Sessi tamat jam 10.30 malam dan laporan seterusnya akan dimaklumkan dari hari ke hari.

Sekian, terima kasih.

--
Shasha Tarmuzi
PPN












Read more...

Tuesday, July 27, 2010

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN KUN – PLN BADMINTON

Tarikh : 27 Julai 2010
Masa : 3.50 – 4.45 pm
Tempat : PBA Hall, Bukit Dumbar

Latihan dijalankan seperti biasa untuk atlet bawah 16 & 18. Manakala atlet bawah 12 tahun pula diadakan sesi pemilihan untuk program tahun hadapan. Seramai 14 atlet terlibat & hanya 8/10 terbaik akan akan dikekalkan untuk program tahun hadapan.

Kesemua jurulatih hadir dan memberi kerjasama yang baik semasa sesi ini. Ibubapa juga turut hadir untuk memberi sokongan moral kepada anak masing-masing. Ujian kecergasan atlet 16 & 18 tahun akan diadakan esok petang (28.07) di venue yang sama.

Keadaan Pusat Latihan - Baik












Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved