Wednesday, July 21, 2010

PERJUMPAAN BERSAMA ATLET AKADEMI SERANTAU ZON UTARA

19 Julai 2010
9.30 pm – 10.45 pm
Akademi Serantau Zon Utara, B.Mertajam

Perjumpaan ini dilakukan bagi meninjau keadaan atlet di Akademi Serantau Zon Utara selepas berakhirnya Sukan Malaysia 2010. Selain KUN USPTN, hadir sama dalam perjumpaan ini adalah Warden Akademi En. Jamil, PT Pn. Hafidzah & Jurulatih Olahraga En. Juraimi.

Atlet diberi peringatan supaya menjaga tingkah laku & disiplin sepanjang berada di Akademi. Atlet-atlet juga diminta sentiasa menjaga hubungan baik sesama rakan sepelatih dan menanamkan semangat kekeluargaan dikalangan warga Akademi. Aspek kebersihan juga turut ditekankan kepada semua. Selain daripada itu, peringatan juga diberi oleh Warden & Jurulatih agar buku keluar-masuk (atlet) di Akademi sentiasa di kemaskini. Pada perjumpaan ini juga seorang atlet baru iaitu Mohd Harmizi Ardbi (olahraga) baru melapor diri.









Read more...

Sunday, July 18, 2010

KEJOHANAN MENEMBAK TUN TAN SIEW SIN TROPHY - update 2nd & 3rd Day

16 Julai 2010
Subang, Selangor

Untuk hari ini, pasukan hanya mengambil bahagian dalam acara Air Pistol Wanita Individu yang disertai oleh atlet Leow Shiuhmin. Acara bermula pada jam 9.00 am dan tamat pada 10.15 am.

Atlet Pistol Lelaki tidak menyertai acara ini, namun latihan untuk acara esok (17hb) tetap dijalankan. Pada jam 3.00 pm, latihan bagi acara 50m Free Pistol diadakan dan bertolak balik semula ke hotel penginapan pada jam 5.00 pm. Untuk hari ini juga, atlet-atlet berkesempatan melakukan latihan fizikal di kolam renang.

Pada hari ke-3 kejohanan (17.07.10), Mohd Uthman Ali dan Mohd Syamin Ashraf mengambil bahagian dalam acara 10m Air Pistol Lelaki yang bermula pada jam 9.00 am dan tamat pada jam 10.45 am. Kedua-dua atlet berkenaan juga mengambil bahagian dalam acara 25m Sport Pistol Lelaki, dan hanya bertanding secara individu kerana tiada atlet ketiga untuk bertanding dalam acara berpasukan.

Sehingga hari ini cuaca & keadaan atlet adalah baik. Penganjuran kejohanan juga berjalan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sekian laporan dari lapangsasar Menembak, Subang.

Ivarn Syazwan
Jurulatih Menembak










Read more...

Friday, July 16, 2010

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS, COACH !!

Tarikh : 16 Julai 2010
Tempat : Akademi Serantau Zon Utara, B. Mertajam

Selamat kembali bertugas Coach !! ..
Pertemuan singkat bersama JPM Olahraga ASZU, Mr. T.Krishnan di pejabat ASZU, Bukit Mertajam pagi tadi memperlihatkan kaki beliau semakin pulih & beliau bertambah sihat. Walaupun kelihatan masih sedikit bengkak di buku lali beliau, namun beliau tetap turun memantau latihan atlet-atlet. Namun demikian beliau masih perlu ke hospital untuk mencuci luka pembedahan yang dilakukan dahulu. Diharap beliau akan segera pulih sepenuhnya untuk terus membantu membangunkan sukan olahraga.




Read more...

Thursday, July 15, 2010

KEJOHANAN MENEMBAK TUN TAN SIEW SIN TROPHY 2010 - update 1st Day

15 Julai 2010
Subang, Selangor

Pasukan hanya mengambil bahagian dalam acara 10M Air Rifle lelaki sahaja pada hari ini. Dua (2) atlet Pulau Pinang yang mengambil bahagian iaitu Yee Tianle & Ong Choon Shin. Ini merupakan kejohanan pertama bagi Ong Choon Shin yang baru 2 minggu menjalani latihan. Kejohanan ini dijadikan sebagai pendedahan selain mengukuhkan minat terhadap sukan menembak ini. Acara bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 10.45 pagi.

Pada jam 11.00 pagi, atlet-atlet Pistol menjalani latihan hingga jam 2.00 petang.
Sekian, laporan dari venue kejohanan oleh Ivan Syazwan.








Read more...

LAPORAN RINGKAS KEJOHANAN MENEMBAK TUN TAN SIEW SIN TROPHY 2010

14 Julai 2010
Subang, Selangor

Pasukan bertolak pada jam 7.00 pagi dari Kelab Menembak Pulau Pinang dan tiba di lapangsasar Subang pada jam 12.00 t/hari. Atlet rifle dan pistol masing-masing melakukan pemeriksaan senjata dan terus menjalani latihan sebagai persediaan bagi acara 10M Air Rifle lelaki (esok) hingga jam 5.00 petang dan terus bertolak untuk check in di Hotel Sun Inns, Sunway.

Ivarn Syazwan
Jurulatih Menembak MSNPP








Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved