Tuesday, March 1, 2016

LAPORAN KLINIK SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK (MAG)

Tarikh : 26 Februari 2016 (Jumaat)
Masa : 7.30 malam hingga 10.30 malam
Tempat : Gimnasium Gimnastik MSNPP

KEHADIRAN
1. Cik Nursyafiqah Binti Salamat - PPN USPTN
2. En. Foong Kok Seng - JPM MSNPP

Jumlah atlet : 32 orang (lelaki)
Kehadiran Ibu Bapa : 64 orang

OBJEKTIF
Program ini dapat diadakan adalah bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh digilap, diasah sekaligus diketengahkan di peringkat daerah mahupun negeri. Ia juga dapat memberi pengalaman baru pada setiap pelajar untuk mengenal serta mempraktik teknik-teknik yang betul sebelum pemilihan dibuat. Pihak Unit juga ada membentangkan beberapa perkara dan hala tuju sukan ini pada setiap pelajar dan ibu bapa sekiranya terpilih. 

PENYERTAAN
Penglibatan dalam program ini melibatkan pelajar-pelajar daripada 6 buah sekolah (SJK (C) Min Sin, SJK (C) Shang Wu, SJK (C) Chung Hwa A, SJK (C) Chung Hwa B, SK Minden Height, SJK (C) Kheng Tean) yang telah dipilih pada 17 dan 19 Februari 2016 dalam program TID. Seramai 520 orang pelajar lelaki yang terdiri daripada pelajar darjah 1 daripada 6 buah sekolah telah terlibat pada sesi pemilihan awal. Pada peringkat awal, jurulatih akan mencari seberapa ramai pelajar yang berpotensi untuk menjalani latihan sebagai seorang gimnas. Peringkat kedua pihak ISNPP akan melakukan beberapa jenis ujian diantaranya ialah antropometrik (berat badan, tinggi, tinggi duduk dan panjang depa, kuasa (lompat jauh berdiri), kepantasan (20 meter lari pecut), kelenturan (depth of slope dan side split) dan keseimbangan (balance stork test). Seterusnya untuk MAG hanya 41 orang pelajar lelaki daripada 6 buah sekolah terpilih untuk menjalani latihan di Gimnasium MSNPP pada 26 Februari 2016.

Klinik sukan ini diteruskan dengan sesi ringkas bersama jurulatih dan beberapa ujian telah dilakukan oleh jurulatih untuk mengenalpasti pelajar yang berpotensi. Selain itu juga, demostrasi dari senior MAG Pulau Pinang juga dapat ditonton bagi menarik minat pelajar dan ibu bapa untuk membenarkan anak mereka menyertai sukan gimnastik. PPN dan Jurulatih juga memberikan taklimat pengenalan sukan gimnastik serta peraturan gimnasium kepada ibu bapa dan pelajar.

Akhir kata, pihak unit mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. Semoga program sebegini dapat diadakan pada tahun akan datang serta menjadi pemangkin untuk melahirkan ramai jaguh-jaguh baru bagi sukan angkat berat.

Sekian Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved