Sunday, March 27, 2016

LAPORAN HARI KETIGA KEM BAKAT SUKAN MEMANAH SIRI 1/2016

Tarikh : 24 Mac 2016 (Khamis)
Tempat : Lapang Sasar Memanah Kompleks Sukan MSN Keramat
Masa : 6.30 pagi hingga 10.00 malam

Seperti biasa, hari ketiga kem diteruskan dengan semua atlet berkumpul di lobi hotel untuk bergerak ke   Lapang Sasar Kompleks Sukan MSN Keramat dengan menaiki bas yang disediakan. Sampai di lapang sasar, atlet diminta berkumpul untuk perhimpunan pagi dan bacaan doa pada jam 7.00 pagi. Atlet juga diberi masa selama 30 minit untuk senaman pagi dimana diketuai oleh penghulu yang dilantik. Selesai senaman atlet dilepas untuk sarapan pagi sebelum bergerak ke padang untuk meneruskan sesi "Shooting Skill" dengan jarak lelaki (70 meter) dan wanita (60 meter). Sesi latihan ini mengambil masa 4 jam sebelum atlet diberi pelepasan untuk makan tengahari dan solat zohor.

Sesi sebelah petang diteruskan lagi dengan sesi tayangan video. Dalam masa yang sama memberi gambaran agar sukan yang di ceburi bukan mudah nak berjaya tanpa usaha. Bak kata pepatah "Usaha Tangga Kejayaan". Sesi tayangan video tamat pada jam 4.00 petang.

Atlet diminta berkumpul sekali lagi di padang untuk sesi bersama jurulatih dan meneruskan latihan "Shooting Skill" dengan jarak lelaki (60 meter) dan wanita (50 meter). Sesi latihan hanya bertahan selama 1 jam disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. Atlet diarah bergerak ke dewan kuliah untuk sesi bersama jurulatih.

Sesi malam merupakan aktiviti yang memberi kekuatan minda untuk menyelesaikan masalah sama ada berseorangan mahupun berkumpulan. Aktiviti "team building" dikendali sepenuhnya oleh Explora team consultant. Para atlet dilihat memberi kerjasama dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Sesi untuk hari ini tamat pada jam 10.00 malam dan akan bersambung pada esok hari.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved