Sunday, March 27, 2016

LAPORAN BENGKEL PERIODISASI USPTN PULAU PINANG 2016

Tarikh : 26 Mac 2016 (Sabtu)
Masa : 8.00 am hingga 5.00 pm
Tempat : Bilik Cemerlang Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Pn. Mariani Binti Sanawi- ISNPP
2. 5 orang Kakitangan USPTNPP
3. 18 Jurulatih Separuh Masa USPTNPP

Pada 26 Mac 2016, pihak USPTN Pulau Pinang dengan kerjasama ISN Satelit Pulau Pinang telah mengadakan Bengkel Periodisasi bagi setiap jurulatih Separuh Masa (JSM) USPTN Pulau Pinang. Kehadiran kurang memuaskan berikutan beberapa jurulatih terlibat dengan kejohanan. Pendaftaran jurulatih bermula pada pukul 8.00 pagi.

Bengkel Periodisasi bermula pada pukul 8.30 pagi, dimana program ini terbahagi kepada 2 sesi dimana ia dimulakan dengan sesi teori pada sebelah pagi dan diikuti sesi praktikal pada sesi petang. Seterusnya, Puan Mariani memulakan sesi pagi dengan menerangkan faktor dan impak pelan periodisasi terhadap kejurulatihan. Selain itu, beliau juga memperluaskan penerangan kepada pengenalan dan kepentingan "period" dalam pelan periodisasi kepada peserta. Bengkel diteruskan dengan beberapa aspek yang perlu ditekankan dalam pelan periodisasi antaranya aplikasi sains sukan dalam latihan yang diberikan oleh jurulatih kepada atlet. Sepanjang sesi teori, jurulatih memberikan kerjasama yang amat baik bersama Puan Mariani terutamanya semasa penerangan jadual pelan periodisasi antaranya microcycle, macrocycle, general phase preparation, specific phase preparation dan sebagainya.

Pada sebelah petang di dalam sesi praktikal, jurulatih diminta melakarkan plan periodisasi mereka untuk tahun 2016. Latihan penulisan pelan periodisasi oleh peserta turut dibantu oleh Puan Mariani dan PPN. Jurulatih juga berpeluang untuk berkongsi masalah dan cadangan untuk memantapkan lagi sukan yang dipertanggungjawabkan oleh mereka. Sesi ini juga membantu jurulatih mempelbagaikan elemen latihan dalam merancang program mengikut sukan masing-masing dalam fasa tertentu. Kefahaman dan kemahiran jurulatih dalam merancang pelan periodisasi amat dititikberatkan mengikut kejohanan dan "star" yang dipilih oleh mereka. Memandangkan masa terhad semasa bengkel ini, para jurulatih boleh menghadirkan diri ke Pusat Satelit ISNPP selepas ini sekiranya ada pertanyaan ataupun untuk penerangan yang lebih lanjut. Bengkel berakhir pada jam 5.00 petang.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved